Assalamualaikum…
Pernahkan terjadi kepada anda… apabila anda mengambil
sesuatu ubat atau supplement .. keadaan anda bertambah sakit… sedangkan tujuan
anda mengambil ubat atau supplement tersebut adalah untuk membantu agar
diri semakin sihat dan cergas tetapi sebaliknya yang terjadi…Lalu membuat
andaian bahawa ubat @ supplement tersebut adalah tidak sesuai buat anda.. Perlu
diketahui apabila ini terjadi, ianya dikenali sebagai Krisis Pemulihan
(Healing Process)
Sesetengah orang akan melalui suatu jangka masa
penyesuaian apabila mengambil supplement dietary. Ini terjadi apabila
makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement. Diantara
symptom krisis pemulihan kadangkala kelihatan seperti penyakit, tetapi
sebenarnya tidak. Ianya adalah tidakbalas tubuh kita kerana kekurangan
khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita..
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah lama berada
didalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama. Toksin ini
terjadi disebabkan oleh sisa-sisa,makanan berkimia,lemak dan stress ditambah
dengan pengambilan diet yang tidak seimbang. Tidur yang tidak mencukupi,
pengambilan ubat-ubatan atau antibiotic juga boleh menyebabkan
toksin pada tubuh. Supplement dietary membantu mempertingkatkan system imun dan
kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ.
Pada waktu detoksifikasi ini, sesetengah pesakit
akan berkemungkinan mengalami pening,sakit kepala, kelesuan, ketidakhadaman
(sakit perut,lapar), cirit-birit,kahak berlebihan,kencing yang keruh, berasa
panas atau hangat dan lain-lain. Simptom dan tempoh krisis pemulihan
adalah berbeza bagi setiap individu. Ada individu hanya mengalami
1@ 2 minggu krisis pemulihan da nada diantaranya menghadapi proses krisis
pemulihan yang agak lama bergantung pada daya tahan tubuh seseorang.
Didalam tempoh krisis pemulihan ini ,pengambilan air
putih yang banyak dan mencukupi adalah digalakkan. Rehat yang
secukupnya, dan pengambilan sayuran dan buahaan adalah penting agar
proses pemulihan berjalan dengan lancar.
***
Air masak @ air putih amat penting untuk diambil dalam proses pembuangan toksik
dalam badan bagi menangani krisis pemulihan.***
Proses
pemulihan terjadi samaada secara luaran atau dalaman.
Bahagian
2 : Kenali Simptom Krisis Pemulihan
(Luaran)
0 comments:
Catat Ulasan