Assalammualaikum……
Baru-baru nie akak gi jalan-jalan rumah kawan
tempat kerja, tujuannya nak ambil buah rambutan. Tapi sayangnya hajat tak kesampaian
sebabnya pokok rambutan tu tinggi amat .. dan yang menariknya tak ada dahan
kecuali dibahagian atas.
Tapi yang lebih menarik perhatian akak … pokok ubi kayu yang ditanam dibelakang rumah.
Ala…. Ubi kayu jer…apa yang hendak dihairankan..Betul tak????
Sebenarnya
..akak tertarik dengan daunnya yang berbentuk bunga... dan kecil comel tidak seperti daun ubi kayu
yang kita biasa ditanam atau ubi kayu gajah yang sering terdapat ditepi jalan
dikampung-kampung… kat bandar susah nak
jumpa… yer kn…
Alahai .. ubi kayu pun nak kecoh ker????
Jangan fikir ubi kayu tak bernilai.. tak ada jasanya... Cuba tanya datuk nenek yang masih ada.. betapa ubi kayu menjadi santapan harian waktu dulu-dulu..
Betapa susahnya.. kehidupan generasi dulu, ubi kayu jadi santapan.. buat bekal anak, buat bekal suami yang bekerja dibendang membanting tulang untuk mencari rezeki keluarga... Dan betapa senangnya, kehidupan generasi sekarang dengan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu.
Bersyukurlah... kita hidup dizaman yang penuh kemewahan, dimanjai dan hampir semuanya mudah untuk diperolehi. Usah sia-siakan pengorbanan mereka...
Jadilah seperti ubi
kayu...diam-diam berisi... dan kemana pergi tahu membawa diri.... Nak tau sebab
ape??? Dulu-dulu.. campak jer batang ubi kayu..InsyaAllah ..ianya akan
hidup dan ada hasilnya.
Jadi dalam hidup ini .. pandai-pandailah membawa diri , jangan mudah merasa bongkak hanya kerana kita berkemampuan.Usah membangga diri hanya dengan kelebihan yang kita miliki.... Setiap yang kita miliki ada pemilikNya yang sebenar... Beringatlah..dan salinglah memperingati diantara kita...
0 comments:
Catat Ulasan