Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Julai 2019

Sayur Bunga Kantan Goreng

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.

Hari nie ummi  nak kongsi resepi yang merupakan salah satu menu kegemaran keluarga ummi

Resepi yang simple dan mudah , yang pastinya sedap.

Biasanya bunga kantan kita masukkan dalam laksa sebagai pewangi.. tak ada bunga kantan bukan laksa namanya.

Sayur Bunga Kantan Goreng

Ramuan yang kita perlukan

Ø  3 ulas bawang putih  -tumis

Ø  3 ulas bawang merah -tumis

Ø  10 batang Bunga kantan  - potong halus (ala-ala bunga rampai gitu)

Ø  2 biji bawang besar – dihiris

Ø  Segenggam ikan bilis (nak yang lembut ye)

Ø  5-10 biji cili padi (ikut kepedasan yang diminati)

Ø  Garam

Ø  Serbuk cukup rasa (nie klau tak de pun tak pe)

Cara memasaknya

Ø  Tumis bawang putih dan bawang merah

Ø  Dah naik wangi masukkan bunga kantan, bawang besar, ikan bilis dan cili padi

Ø  Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perasa

Ø  Dah lembut bunga kantan boleh angkat & hidangkan.

Makan dengan nasi panas-panas, ikan goreng cicah sambal lada….

Tak nampak dah, orang lalu belakang…

Selamat mencuba.

Isnin, 24 Jun 2019

Puding Roti Milo

Tiada penerangan foto disediakan.

Bahan-bahan

10 grm agar2 serbuk

600 ml air

1 cwn susu cair

1/2 cwn susu pekat manis

1 cwn milo

3 keping roti..

 

Cara membuatnya 

 

Ø  Roti diblander bersama dengan susu cair..

Ø  Masukkan air & agar2 dalam periuk, Kacau rata dan letak atas gas

Ø  Masukkan susu pekat manis. Kacau hingga sebati...

Ø  Masukkan roti yg dah diblander dgn susu cair.. masak hingga mendidih..

Ø  Ambil sedikit adunan letak atas permukaan acuan puding (kalau guna loyang tidak perlu asingkan)

Ø  Masukkan selama 5 minit dalam freezer..

Ø  Masukkn milo dalam baki agar2..Kacau rata supaya milonya larut..

Ø  Tapis dan masukkan dalam acuan..

Ø  Masukkan dalam peti ais..

Ø  Tunggu keras & bolehlah dikeluarkan dari acuan...

 Dah siap...

Selamat Mencuba


#selamat mencuba...very simple resipikan.. 

 Terima kasih tuan empunya resepi atas perkongsian.

 https://web.facebook.com/sitty.rohaya




Jumaat, 21 Jun 2019

Krim Puff

Bahan-bahan :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
Tiada penerangan foto disediakan.100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur.....

Cara membuatnya :
Ø  Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Ø  Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Ø  Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Ø  Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
Ø  Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Ø  Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Ø  Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Ø  Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Ø  Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Ø  Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing.

Selamat mencuba
Terima kasih pada tuan empunya resepi diatas perkongsian