Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Jumaat, 7 Jun 2013

Pasar Malam Kuala Krau


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdullillah….
Kali ini masih berpeluang lagi mengunjungi Pasar Malam Kuala Krau yang hanya berlangsung pada setiap hari Jumaat (Malam Sabtu).

Pasar Malam Kuala Krau ini merupakan salah satu dari persinggahan yang menjadi pilihan untuk untuk mencari juadah tempatan yang menepati selera. 


Antara menu yang sering menjadi pilihan ummi nasi goreng kampong dan pastinya kuih orang dulu-dulu iaitu pulut udang dan kuih yang agak sukar untuk ditemui.. putu buluh atau juga dikenali sebagai putu bamboo.( my mum favourite),

Yang pastinya menu yang tak pernah ‘miss’ bila pergi pasar malam ialah  goreng-gorengan untuk kudap-kudapan semasa dalam kereta…

Pasar Malam Kuala Krau ini dah ibarat RnR buat kami sekeluarga.  Kalau lalu hari Jumaat je mesti nak singgah…cari apa yang patut..kadang tu tak lama pun, pergi tempat yang dituju, jumpa apa yang dicari.. siap.. kadang tu tak sampai 30 minit pun.. dengan syarat anak-anak tunggu dalam kereta..

Cuma bila musim tengkujuh.. tapak pasar malam akan berubah lokasinya di jalan besar atau laluan utama, gara-gara lokasi asal ditelenggami air… Singgah tetap singgah...

Hehe..lain kali kita singgah lagi.