السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdullillah….
Kali ini masih
berpeluang lagi mengunjungi Pasar Malam Kuala Krau yang hanya berlangsung pada
setiap hari Jumaat (Malam Sabtu).
Pasar Malam Kuala
Krau ini merupakan salah satu dari persinggahan yang menjadi pilihan untuk
untuk mencari juadah tempatan yang menepati selera.
Antara menu yang
sering menjadi pilihan ummi nasi goreng kampong dan pastinya kuih orang
dulu-dulu iaitu pulut udang dan kuih yang agak sukar untuk ditemui.. putu buluh
atau juga dikenali sebagai putu bamboo.( my mum favourite),
Yang pastinya menu
yang tak pernah ‘miss’ bila pergi pasar malam ialah goreng-gorengan untuk
kudap-kudapan semasa dalam kereta…
Pasar Malam Kuala
Krau ini dah ibarat RnR buat kami sekeluarga.
Kalau lalu hari Jumaat je mesti nak singgah…cari apa yang patut..kadang
tu tak lama pun, pergi tempat yang dituju, jumpa apa yang dicari.. siap..
kadang tu tak sampai 30 minit pun.. dengan syarat anak-anak tunggu dalam
kereta..
Cuma bila musim
tengkujuh.. tapak pasar malam akan berubah lokasinya di jalan besar atau laluan
utama, gara-gara lokasi asal ditelenggami air… Singgah tetap singgah...
Hehe..lain kali kita singgah lagi.