Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Rabu, 2 Januari 2019

Penyakit Sembuh Asbab Bervivix

Perkongsian  dari Group  Amazing (WAHM- Ireach)

Pertama kali cuba vivix untuk bapak sendiri yang menghidap penyakit kulit yang tak dapat dikenal pasti apa punca nya. berkudis penuh di tangan dan kaki.

kongsi duit antara tiga beradik beli time promo twin pack. nak beli sendiri memang tak mampu sebab tak bekerja dan bonus vivix pun baru takat 2 angka. tu pun on and off.

alhamdulillah baru minum seminggu vivix tu gatal-gatal dah mula hilang. kudis pun dah mula reda. lepas tu mula berharap dengan asbab ambil vivix moga boleh lah dia berhenti merokok. tapi misi tu tak kesampaian lagi. huhu.

orang kedua yang mencuba vivix adalah ibu mertua. dia ada masalah sendi. lama jugak bersolat secara duduk atas kerusi. terapi boleh dikatakan setiap minggu sekurang-kurangnya tiga kali. setiap kali terapi charges dalam rm100++ sekali dengan ubat. ubat pun sekadar pain killer.

bila makan elok tapi dalam masa beberapa jam saja. suggest pada suami untuk try vivix pada mak. sebab tengok respond positif daripada bapa saya.

Alhamdulillah 13 beradik kongsi untuk beli vivix pada mak. diorang lagi senang kan kongsi tiga belas beradik. huhu.

Alhamdulillah memang keluar dari mulut mak sendiri yang dia berpuas hati degan vivix.

Mertua saya ni seorang yang sangat cerewet bila berkaitan dengan ubat. dia lebih suka kan ubat dalam bentuk jamu ataupun yang berkaitan makanan sunnah. paling tak dia akan suruh beli ubat dari farmasi. almaklumlah menantu ni sekadar surirumah yang hanya menjual supplement milik orang omputih. huhu.

Tapi sekarang dia laa yang paling lantang mempromote vivix asal ada kawan-kawan or anak-anak yang mengadu badan tak sihat. heheheh.

Sekarang ni bersolat pun dah tak perlukan kerusi. baru-baru ni pergi umrah siap orang yang lebih muda tegur "lajunya laa kak pah jalan". huhu.

Dan hotel yang diorang duduk masa kat mekah memang sangat jauh. dia cuma rasa lenguh biasa je. balik dari umrah pun dia takde batuk or demam.

Kalau tahun sebelumnya balik dari umrah mesti mak akan rasa letih. kadang siap asyik baring tidur je. tapi kali ni balik dari umrah selang dua hari boleh gi berjalan ke rumah sedara kat kuala lumpur. anak mana tak happy bila tengok mak camtu kan.

Saya sendiri baru tahun lepas cuba amik vivix time berpantang. mula tak berani ambil sebab diorang cakap ibu menyusu tak boleh ambil vivix. tapi heran sebab banyak je testimoni ibu berpantang dengan vivix. so nekad nak try.

Takkan nak bagi mak bapak je sihat. kita pun kena sihat sama ka. hehehe. memang terasa perbezaan nya. dah laa kali ni berpantang sendiri. bertungku hanya seminggu time berurut je. mana nak jaga askar-askar lain yang tengah dalam proses melasak.
Yang paling best sebab ada kawan mak yang datang melawat tegur "wani nampak sihat". mula saya tersentap jugak. sebab ingatkan sihat tu maksudnya gemuk. huhu.

Tapi lepas tu dia sambung "mestilah kena sihat sebab nak jaga anak-anak yang lain lagi". dan-dan laa tersenyum lebar je hari tu. heheheh

Bila dah cuba sendiri dan nampak kesannya pada diri sendiri dan orang-orang terdekat baru saya berani untuk menjual.

Dulu nak jual sebotol vivix pun rasa tak confident. bulan lepas memang saya ambil kesempatan cuba promote vivix bersungguh-sungguh. saya gunakan kebanyakan testimoni yang di share dalam group ireach dan dalam group whatsapp.

Alhamdulillah walaupun masih di takat permulaan dan tak jual berpuluh-puluh botol macam orang lain, sekurang-kurangnya saya berjaya memecahkan rekod diri sendiri.

Kalau dulu nak jual sebotol pun bercinta sebab takut orang tak mampu.

Tapi sekarang asal boleh je mesti saya akan suggest vivix mengikut pada masalah customer. saya berpegang pada kata-kata upline "anggap je yang semua customer kita ni banyak duit."

InsyaAllah saya berharap dapat meneruskan lagi momentum bulan lepas bagi bulan-bulan yang berikutnya.




Credit: Adeq Wanie (Taiping, Perak)

Ancaman Kepada Pencipta Dan Menyebar Fitnah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian ilmu dari Takzirah Ringkas
.
Sabda Baginda SAW ketika menceritakan tentang Alam Barzakh (selepas kematian) yang bermaksud :
.
“Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.; “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” (Hadis Riwayat Bukhari: Bil. 7047 dari hadis Samurah bin Jundub R.A).
.
Jika kita fahami hadith ini, sebenarnya Nabi SAW telah lama memberi amaran dan mengingatkan kita tentang bahaya fenomena penyebaran pembohongan (fitnah) yang cukup membimbangkan yang berleluasa berlaku pada hari ini.
.
Setiap berita mahupun cerita yang kita perolehi wajib kita cermati agar kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang disebut oleh Nabi SAW sebagai "kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia".
.
Manusia di zaman edan ini sanggup meninggalkan kehidupan beragama dan hidup tidak bermoral demi untuk meraih kenikmatan dunia yang sedikit. Umpamanya mereka ini punya pancaindera tetapi telah tertutup daripada melihat dosa kemungkaran, kesan buruk dan kebinasaan yang bakal berlaku apabila tersebarnya pembohongan (fitnah) yang mereka lakukan.
.
Dalam satu rakaman yang ditularkan di media sosial tentang seorang lelaki yang bernama Mirko Ceselkoski (The Man Who Helped Donald Trump Win US Election) mengakui bahawa dia dan pelajar pelajarnya telah memanipulasi maklumat atau membuat ''fake news'' lalu menyebarkannya ke seluruh penjuru dunia sehingga menyebabkan Donald Trump memenangi pilihan raya di Amerika Syarikat.
.
Pelbagai isu telah dimanipulasi dan berita palsu dicipta untuk diperdendangkan kepada rakyat Amerika Syarikat agar mereka cenderung memilih Donald Trump sebagai President negara Uncle Sam itu. Ini telah membuktikan bahawa moral telah mati dikalangan pengamal "fake news" ini sehingga memangsakan mereka yang bermudah mudah percaya kepada sesuatu isu atau berita.
.
Yang lebih membimbangkan lagi adalah apabila ''fake news'' (berita palsu) dijadikan satu industri (perniagaan) yang mana pakar pakar pembuat ''fake news'' ini dibayar untuk mencipta satu satu isu atau pembohongan untuk disebar luaskan dengan tujuan untuk memenangkan pihak yang membayar mereka.
.
Justeru, melalui kehidupan yang tidak bermoral ini jugalah telah timbul pula satu "sihir baru" yang menakutkan kita pada hari ini iaitu , "Post Truth" yang membawa maksud kebenaran hanya dirungkai atau diketahui selepas terjadinya satu satu pembohongan yang telah direka untuk membohongi individu atau masyarakat. Ini cukup bahaya! lebih lebih lagi melibatkan suatu kuasa pemerintahan yang bermotif jahat yang jelas tidak bermoral lagi jauh daripada landasan agama.
.
Allah SWT telah mengingatkan kita di dalam Al Quran agar kita berhati hati dan membuat semakan atau mencermati satu satu berita yang kita terima. Ini kerana, dengan berbuat demikian kita boleh terselamat daripada terjerumus ke lembah kebejatan umat manusia yang hidup dengan pembohongan yang tidak berkesudahan ini.
.
Kita berhati hatilah!. Tidak seharusnya kita orang orang yang beriman, mudah mudah untuk dibohongi oleh musuh. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
20 Disember 2018

#takzirahringkas
#selfreminder