Sabtu, 23 Disember 2017

Batik Village Kuantan, Pahang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Natural Batik Village merupakan salah satu tempat persinggahan yang tidak termasuk dalam senarai untuk dilawati semasa percutian keluarga tempoh hari.

Entah maacammana boleh ter‘singgah’ diNatural Batik Village semasa perjalanan pulang.

Mula-mula ingatkan Natural Batik Village ni sebuah kampung tradisi yang membuat batik. Rupa-rupanya bukan. Ianya lebih kepada ala-ala kedai yang menjual barangan cenderamata berupa batik.

Amat sesuai untuk mereka yang mencari buah tangan. Nak cenderahati yang lebih istimewa., pilih lukisan yang sedia ada dan warnakan sendiri.

Mula-mula hanya seorang dua yang mewarna, lama-lama berjangkit pada yang lain. Sedar tak sedar masa berlalu dengan pantas. Hari dah beransur lewat. Lukisan batik belum mengering lagi.nak ditinggalkan sayang.  Akhirnya sebagai jalan penyelesaian, pihak Natural Batik Village ada menyediakan penghantaran melalui pos. ( selamat sampai seminggu selepas tu).

Persinggahan yang tak dirancang tapi menyeronokkan disebabkan aktiviti mewarna.. Lain kali boleh singgah lagi. Kita jalan-jalan bangunan sebelah yang tak sempat diterokai gara-gara terleka dengan aktiviti mewarna.... sibuk je nak mem'batik'.

Memang asyik.. sampai lupa nak ambil gambar... 



Pilih yang mana berkenan.. nanti kita warna.

Antara cenderamati yang dijual.. cuma yang nie je sempat snap.. hehe.

Jom kita mewarna batik.. mula-mula berdua.... 

Akhirnya... ramai yang terpengaruh.. melekat kat kerusi daa..

Peminat kucing...  

3
Pengatin baru pun sibukkk jugak... warna sama-sama yer..

warna jangan tak warna.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...