Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Sabtu, 7 November 2015

Petua Menghalau Kutu Beras




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Bahan-bahan:
✨ Beras
✨ Daun Limau
Caranya ialah dengan memasukkan daun limau kedalam bekas simpanan beras. Kesannya tiada lagi kutu beras dan beras berbau wangi.

Petua Membersihkan Sotong


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Untuk ruangan petua pada kali ini, Ummi ini berkongsi petua dari orang lama yang amat mudah untuk diamalkan.

Hari ini kita kongsi petua bagaimana untuk cara mudah untuk membuang kulit sotong. Haa… jangan ingat semua suka makan sotong yang tidak dibuang kulitnya..

Caranya semudah abc tau…

a)      Dengan mengunakan air basuhan beras, rendam sotong selama 2 – 5minit.
b)     Buang kulit sotong .. mulai dari bahagian ekor ianya lebih mudah lekang atau ditanggalkan
c)      Dah selesai , bilas  …dah blh masak resepi yang diingini.

Selamat mencuba.

Akan datang Ummi akan kongsikan petua yang lainnya.


Rabu, 4 November 2015

Petua hilangkan bau ayam

Assalamualaikum

Untuk perkongsian petua semudah abc pada kali ini, Ummi akan berkongsi petua bagaimana untuk menghilangkan hanyir ayam.
Gambar Mr. Google

Pernah tak alami situasi dimana ayam yang telah dimasak masih mempunyai bau. Pastinya sukar untuk diterima tekak sekiranya ayam yang dibersihkan masih lagi berbau hanyir walaupun telah dimasak. 

Ianya hanya memerlukan satu bahan saja dan yang pastinya ianya murah dan mudah diperolehi iaitu tepung gandum.

Cara-caranya....
Gambar Mr. Google
a)      Bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang diingini
b)     Rendam ayam dalam air bancuhan tepung gandum selama 2-3 minit.
c)      Bilas semula dengan air bersih.

Hasilnya ayam lebih bersih dan tidak berbau hanyir.
Selamat mencuba •                       

Psstt… untuk seekor ayam anggaran berat 1kg-1.5kg biasanya Ummi gunakan 2 genggaman tangan ( anggaran dalam 1 cawan)





Rabu, 23 September 2015

Petua Ikan Goreng Tidak Melekat

Assalamualaikum....

Seringkali terjadi tanpa disedari ikan yang digoreng melekat dikuali. Pasti kecewa rasanya... Hmm.. takkan nak kena beli kuali mahal baru mudah kerja mengoreng ikan.
Usah risau, diruangan petua kali ini, InsyaAllah dapat membantu mengatasi masalah tersebut...
Bahan yang diperlukan hanyalah sekeping asam keping...
Gambar Mr.Google

Caranya semudah abc
a)       Panaskan minyak
b)     Masukkan sekeping asam gelugor atau asam keping kedalam kuali.
c)      Biarkan seketika barulah dimasukkan ikan yang ingin digoreng. Goreng seperti biasa.

Asam gelugor atau asam keping tidak perlu dikeluarkan ketika mengoreng ikan.
Hasilnya ikan tidak lagi melekat dan rasanya lebih sedap.

Tak percaya…. Cubalah..