RESEPI
Sayur Bunga Kantan Goreng
PETUA
Petua Membersihkan Sotong
SHAKLEE
Terbaik Dari GLA
Keluargaku Syurgaku
Hari Keluarga Zalya 2019.
Lain-Lain
Renungan.
Rabu, 24 Julai 2019
TIKET PERJALANAN MANUSIA
Sabtu, 6 Julai 2019
Testimoni Vivix - Eczema
Berkongsi
lagi kita testimony dari Perkongsian dari Amazing WAHM –Ireach
*************
kisah mak saya dengan Vivix.
Bila sebut pasal Vivix dulu-dulu, saya rasa macam mahalnya Vivix ni. Masa tu macam betul ke testimoni-testimoni yang diorang share ni.
Tapi disebabkan kisah ni, memang dah buatkan saya berubah pendapat dan nak share dengan semua kebaikannya. Sangat berbaloi.
Kisahnya, mama ada masalah eczema kronik. Banyak dah berubat sana sini. Dah berbelas tahun dah eczema mama. Duit pun habis beribu untuk berubat.
Bayangkanlah sekali pergi rawatan sahaja dah rm500++. Tapi, eczema mama tetap tak surut.
(Siapa yang kenal mama tahulah macam mana kisah ni)
Saya pun baca segala details Vivix, cari dia punya kebaikan segala kandungan dia. Time tu nekad, aku mesti cuba beli Vivix untuk mama. Tak kesahlah, cuba je dulu. Terus grab 2 botol.
Hasilnya lepas 3 bulan, alhamdulillah memang amazing. Eczema mama hilang, kulit pun makin licin, bonus awet muda. Sakit-sakit sendi, gastrik pun hilang. Cuma tinggal sikit-sikit je lagi dekat tangan yang degil tak nak hilang lagi.
Bonus, walaupun mama dah 59 tahun. Tapi orang ingat mama masih 40an.
Jumaat, 5 Julai 2019
Sayur Bunga Kantan Goreng
Hari nie ummi nak kongsi
resepi yang merupakan salah satu menu kegemaran keluarga ummi
Resepi yang simple dan mudah , yang pastinya sedap.
Biasanya bunga kantan kita masukkan dalam laksa sebagai pewangi.. tak ada bunga kantan bukan laksa namanya.
Sayur Bunga Kantan Goreng
Ramuan yang kita perlukan
Ø 3 ulas bawang
putih -tumis
Ø 3 ulas bawang merah -tumis
Ø 10 batang Bunga
kantan - potong halus (ala-ala bunga rampai gitu)
Ø 2 biji bawang besar –
dihiris
Ø Segenggam ikan bilis (nak
yang lembut ye)
Ø 5-10 biji cili padi (ikut
kepedasan yang diminati)
Ø Garam
Ø Serbuk cukup rasa (nie
klau tak de pun tak pe)
Cara memasaknya
Ø Tumis bawang putih dan
bawang merah
Ø Dah naik wangi masukkan
bunga kantan, bawang besar, ikan bilis dan cili padi
Ø Sesuaikan rasa dengan
garam dan serbuk perasa
Ø Dah lembut bunga kantan
boleh angkat & hidangkan.
Makan dengan nasi panas-panas, ikan
goreng cicah sambal lada….
Tak nampak dah, orang lalu belakang…
Selamat mencuba.
Isnin, 1 Julai 2019
Pentingnya Akal Berlandaskan Agama
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian ilmu dari Takzirah Ringkas
.Diantara kisah yang tercatat di dalam Surah Al Kahfi adalah kisah seorang lelaki yang memiliki dua kebun anggur yang cukup subur yang dipagari oleh pokok pokok kurma.
.Ditambah pula di antara celah celah kebunnya itu terdapat saliran air yang cukup sistematik untuk memudahkan pengairan ke dalam kebun kebun anggurnya.
.Tetapi malangnya, lelaki pemilik kebun kebun anggur ini angkuh lalu merasa bangga dengan segala kenikmatan yang diperolehinya. Keangkuhannya itu terzahir melalui kata katanya yang dirakam di dalam Al Quran;
."Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".(18:34)
."Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya".(18:35)
.Kata kata yang dituturkan oleh pemilik dua kebun ini membuktikan bahawa akalnya tidak berlandaskan kepada agama ketika berkata kata. Ini kerana, sifat materialistik yang telah menguasai dirinya telah menjadi hijab untuk dia melihat segala kurniaan yang diperolehinya itu datang daripada Allah SWT. Bahkan tidak juga dia itu berfikir Allah bisa sahaja menarik dan menghancurkan kebun kebunnya dalam sekelip mata.
.Keangkuhan pemilik kebun anggur itu telah ditegur oleh rakannya yang beriman yang menutur kata melalui akal yang berlandaskan agama; "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?" (18:37)
.Dipendekkan cerita, Allah SWT telah membinasakan kebun kebun anggur milik lelaki yang angkuh itu; "Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan"(18:42).
Maka tersedarlah pemilik dua kebun anggur yang angkuh itu tadi akan kesilapan yang telah dilakukan lalu menyesalinya dan merintih; "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!" (18:42)
...
Oleh kerana itu, pentingnya kita ini
dipandu oleh akal yang berlandaskan agama. Ini adalah kerana, akal yang
berlandaskan agama sebagai panduan tidak akan bermudah mudah untuk menutur kata
dan melakukan sesuatu perkara yang menyanggahi syarak.
.Kita berhati hatilah! Wallahu'alam.
.#AkhiAdifGorment
18 Disember 2018#takzirahringkas
#selfreminder