Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Sabtu, 23 Disember 2017

Batik Village Kuantan, Pahang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Natural Batik Village merupakan salah satu tempat persinggahan yang tidak termasuk dalam senarai untuk dilawati semasa percutian keluarga tempoh hari.

Entah maacammana boleh ter‘singgah’ diNatural Batik Village semasa perjalanan pulang.

Mula-mula ingatkan Natural Batik Village ni sebuah kampung tradisi yang membuat batik. Rupa-rupanya bukan. Ianya lebih kepada ala-ala kedai yang menjual barangan cenderamata berupa batik.

Amat sesuai untuk mereka yang mencari buah tangan. Nak cenderahati yang lebih istimewa., pilih lukisan yang sedia ada dan warnakan sendiri.

Mula-mula hanya seorang dua yang mewarna, lama-lama berjangkit pada yang lain. Sedar tak sedar masa berlalu dengan pantas. Hari dah beransur lewat. Lukisan batik belum mengering lagi.nak ditinggalkan sayang.  Akhirnya sebagai jalan penyelesaian, pihak Natural Batik Village ada menyediakan penghantaran melalui pos. ( selamat sampai seminggu selepas tu).

Persinggahan yang tak dirancang tapi menyeronokkan disebabkan aktiviti mewarna.. Lain kali boleh singgah lagi. Kita jalan-jalan bangunan sebelah yang tak sempat diterokai gara-gara terleka dengan aktiviti mewarna.... sibuk je nak mem'batik'.

Memang asyik.. sampai lupa nak ambil gambar... 



Pilih yang mana berkenan.. nanti kita warna.

Antara cenderamati yang dijual.. cuma yang nie je sempat snap.. hehe.

Jom kita mewarna batik.. mula-mula berdua.... 

Akhirnya... ramai yang terpengaruh.. melekat kat kerusi daa..

Peminat kucing...  

3
Pengatin baru pun sibukkk jugak... warna sama-sama yer..

warna jangan tak warna.. 

Isnin, 23 Oktober 2017

Kematian Sel Dan Kanser

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Diruangan kali ini akan Ummi akan berkongsi info tentang kaitan kematian sel dan kanser dan bagaimana ianya berkaitan diantara satu sama lain.

Adakah kita sedari bahawa sel-sel badan kita sentiasa berganti baru. Ini terjadi apabila berlakunya kematian sel. Pengantian sel baru adalah perlu bagi memastikan kesimbangan sel dalam badan. Kematian sel badan terbahagi kepada dua iaitu :-

1.    Apoptosis
Ø  Merupakan proses kematian sel yang berlaku secara semulajadi tanpa paksaan (natural).
Ø  Sel yang matang atau  tua dan tidak diperlukan akan mati secara apoptosis dimana ianya  akan mengecut dan dibuang keluar secara semulajadi.
Ø  Sel lama yang telah dibuang akan digantikan dengan sel yang baru.
Ø  Proses apoptosis berlaku adalah untuk memastikan keseimbangan sel dalam tubuh diantara sel baru dan sel lama.
Ø  Proses apoptosis yang berlaku tidak meninggalkan kesan atau mendatangkan kemudaratan pada tubuh.

2.    Necrosis
Ø  Merupakan proses kematian sel yang berlaku disebabkan oleh faktor luaran dan bukan secara semulajadi.
Contoh 1 Kematian Sel Akibat Luka


Contoh 1 : 
Tangan yang luka akibat terkena pisau akan menyebabkan berlakunya kematian sel secara necrosis. Ianya terjadi apabila berlakunya pelanggaran yang menyebabkan sel baru mati secara terpaksa.



Contoh 2 Kematian Sel (Gangren)


 Contoh 2
Apabila terjadi serangan penyakit seperti diabetes yang menyebabkan salur darah tersekat, hingga menyebabkan bahagian yang sepatutnya menerima bekalan darah tidak menerima darah, secara tidak langsung ianya akan menyebabkan berlakunya kematian sel secara paksaan disebabkan oleh kekurangan bekalan darah.

     Apabila necrosis terjadi tubuh akan mengalami keradangan atau kerosakan seperti bengkak atau kerosakan pada tubuh. Kesan necrosis dapat dilihat pada tubuh sehingga adakalnya ianya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang.

Bagaimana kanser berlaku?

Kanser terjadi apabila terdapatnya  sel-sel yang tidak normal. Sel-sel tidak normal ini wujud apabila terjadinya mutasi yang disebabkan oleh beberapa faktor. Diantaranya ialah:-

ü  Kecelaruan DNA
ü  Faktor luaran seperti terdedah kepada radikal bebas.

Sel yang mengalami mutasi akan menyebabkan berlakunya tumor kerana :-

Ø  Sel yang mengalami mutasi tidak akan musnah dalam proses apoptasis.
Ø  Sel yang rosak ini  akan membiak berkali ganda dan membahagi secara tidak terkawal sehingga ianya boleh membentuk tumor. 
Tumor terbahagi kepada 2 iaitu 
  •     benign (bukan kanser) ianya tidak merebak kebahagian tubuh yang lain.

  •     malignant (kanser) ianya boleh merebak kebahagian tubuh yang lain sekiranya tidak dirawat. Ianya dikenali sebagai barah atau kanser sekunder
Ø  Tumor akan bertukar menjadi kanser dalam jangkamasa yang lama dan kebiasaannya dikesan setelah bertahun menghuni tubuh.

Seperti yang kita ketahui kanser bukan merupakan penyakit keturunan atau boleh diwarisi namun risikonya tetap ada pada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang  mengidap kanser

Oleh itu, ianya perlu dirawat merebak dengan lebih jauh lagi. Rawatan kimoterapi perlu dijalani oleh pengidap kanser bagi membunuh sel-sel yang telah rosak tetapi ianya juga membunuh sel yang sihat secara tidak langsung. Rawatan kimoterapi ini akan mencetuskan kembali proses apoptosis yang akhirnya akan bertindak untuk membunuh sel-sel yang rosak atau jahat.


Kandungan Resveretrol didalam Vivix berfungsi menambahkan mitokondria dalam tubuh  agar lebih bertenaga. dan secara tidak langsung ianya juga berfungsi membaiki sel-sel tubuh.

Fungsi kandungan Resveretrol dalam Vivix  :-
Ø  Membaiki dan melindungi sel DNA
Ø  Memberi kesan positif terhadap pengawal genetik
Ø  Penghasilan tenaga (motikondria)
Ø  Melambatkan penghasilan AGE protein.


Klik sini untuk kenali Vivix 
Kami pengedar Shaklee pilihan utama anda boleh dihubungi melalui:-
ü  SMS/W'app/ Telegram http://Wasap.my/601132360179


Klik disini untuk order secara terus dari Shaklee ... 

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/apa-itu-kanser/
               Nanny Hanum (Group Amazing – Ireach)

p/s: Vivix adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan supplement.

Testimoni Vivix

Testimoni Vivix - Kanser
Testimoni Vivix -Kanser Urine

  

Selasa, 25 Julai 2017

10 Sebab Kenapa Shaklee Terbaik Untuk Anda Dan Keluarga


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Untuk perkongsian kali Pilihan terbaik untuk ini, Ummi ingin berkongsi rahsia mengapa Shaklee pilihan terbaik untuk seisi keluarga.

Dizaman alaf baru ini, kita sering kali terlepas pandang akan perkara atau benda yang terbaik buat keluarga akibat dari kekangan kerja. Dan ianya sering menjadi alasan diatas kesibukan. Disebabkan kesibukan yang saban hari tubuh sering kepenatan dan sebagai alternatif kita mengambil supplement atau makanan tambahan bagi membantu tubuh agar kekal sihat dan bertenaga.

Namun begitu didalam kesibukan, kita kadangkala terlepas pandang untuk memeriksa kesahihah sesuatu product atau supplement yang diambil.

Untuk ruangan kali ini, ingin dikongsikan 10 sebab mengapa Shaklee terbaik buat anda dan keluarga.

1)     Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian setiap tahun untuk memastikan tahap keselamatan dan keberkesanan produk.

2)     Setiap satu produk Shaklee diuji 100% untuk menjamin setiap bahan seperti yang terdapat pada label adalah betul dan dalam kuantiti yang sepatutnya

3)     Semua bahan dalam produk Shaklee adalah layak di bawah protokol Shaklee yang sangat ketat, unik dalam industry, diuji sebanyak 350 kali untuk pencemaran kimia termasuk racun serangga, logam berat, sisa-sisa terlarut dan sebagainya

4)     Saintis Shaklee mencipta formulasi untuk memastikan bahan aktif penting dimasukkan pada tahap kemujaraban secara klinikal, biasanya lebih tinggi berbanding syarikat lain secara significant.

5)     Setiap produk diformulasi dengan bahan-bahan bernutrisi yang telah dikaji secara mendalam untuk memastikan tahap keselamatan dan keberkesanannya. Produk Shaklee bukan dihasilkan kerana “ikut-ikutan” tapi mengambil kira segi saintifik dan/atau bukti epidemiologi keperluan dan manfaat

6)     Shaklee mempunyai advanced delivery system untuk meningkatkan bioavailability (kesediaan bio) – dan sistem ini telah diuji untuk mengesahkan kelebihan penyampaian nutrisi mereka

7)     Semua bahan wajib diterima / diluluskan oleh standpoint falsafah Shaklee serta penelitian terperinci tahap keselamatannya. Shaklee tidak menerima sembarangan Sijil Analisa sepertimana yang diterima oleh kebanyakan syarikat tetapi Shaklee melakukan ujian semula terhadap tahap pencemaran untuk mengesahkan bahawa Sijil Analisa tersebut adalah sah dan tepat

8)     Shaklee mempunyai komitmen yang tinggi dalam mengelakkan penggunaan perisa tiruan, pemanis dan pengawet tambahan. Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubah secara genetik (non-GMO)

9)     Shaklee menghasilkan banyak standard dan protokol untuk pengilangan yang kini dirujuk sebagai Good Manufacturing Practices (GMPs)

10) Bukti berterusan tentang keberkesanan produk Shaklee ditunjukkan melalui:

     Lebih daripada 100 terbitan saintifik, 90+ in peer-reviewed journals

     Landmark Study, satu-satunya kajian seumpamanya yang membuktikan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee untuk tempoh lebih 20 tahun mendapat tahap kesihatan yang lebih baik berbanding pengguna multivitamin lain dan bukan pengguna suplemen

     Produk Shaklee telah membantu para atlet untuk memenangi 125 pingat

     Produk Shaklee membantu :-

Ø  Para explorers dalam misi menawan dunia( 7 of Time-Life’s Greatest Adventures of All Time)

Ø  NASA Space Shuttle astronauts dengan produk rehydration istimewa (dikenali sebagai Astro-Ade)


Anda boleh melihat bukti ujian klinikal Shaklee disini :- http://healthresource.shaklee.com/

Lagi mengenai Shaklee





Selasa, 9 Mei 2017

Kenali Tiriod


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Pada ruangan kali ini, ummi ingin berkongsi  info mengenai penyakit tiriod. Semoga dengan perkongsian ini akan dapat  membantu anda mengenali serba sedikit mengenai peyakit tiriod

Mengapa saya pilih tiroid untuk perkongsian kali ini?
Ini berikutan beberapa insiden perbualan ummi bersama prospek yang berminat untuk mendapatkan supplement bagi masalah tiriod yang dihadapi.
Antara soalan wajib yang akan Ummi utarakan buat mereka yang ingin mendapatkan supplement tiriod ialah:-
             ‘boleh saya tahu tiriod jenis apa ye?’
Jawapan untuk soalan diatas  amat membantu Ummi dalam membantu prospek @ customer untuk memberikan pilihan yang terbaik. Namun seringkali jawapan yang diterima agak mengecewakann. Contohnya:

Ø  “Sakit tiriod je”
Ø  “sakit dua-dua”
Ø  “sis tak yah tahu, saya nak tau supplement ape je”
Ø  “tak tahu tapi leher selalu bengkak, rasa terketar-ketar”
Namun begitu ada juga jawapan yang amat membantu saya untuk dalam membantu customer untuk membuat pilihan bagi mendapatkan supplement yang terbaik iaitu:-
Ø  “ saya hyper”
Ø  “saya hypo”

Kenapa jawapan diatas amat membantu.

Mari kita berkenalan dengan tiriod terlebih dahulu.
Tiriod merupakan kelenjar (merupakan organ endoktrin) kecil yang berbentuk rama-rama  dan terletak dibahagian leher. Kelenjar tiriod ini amat penting kepada fungsi tubuh manusia. Ianya berberfungsi mengeluakan hormon yang penting untuk metabolism tubuh (kesan berat badan dan tenaga) serta emosi (kemurungan).

Jawapan diatas amat membantu ummi untuk membantu anda mendapatkan pilihan supplement yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Diantara hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiriod ialah:-
Ø  Triiodothyonine (T3)
Ø  Thyroxine (T4)

Penyakit tiriod terbahagi kepada 2 iaitu:-
Ø   Hyperthyroidisma (pesakit mempunyai hormon tiriod lebih tinggi)
Ø  Hipothyroidisma ( pesakit kekurangan hormon tiriod)
p/s : info tentang Hyperthyroidisma dan Hipothyriodisma akan dikongsi lebih lanjut diruangan akan datang.

Siapakah yang lebih berisiko mengidap tiriod.
Ø  Kaum wanita adalah lebih berisiko mengidap tiriod berbanding lelaki.
Ø  Keturunan
     Mempunyai sejarah ahli keluarga pernah menghidap tiriod.
Ø  Mereka yang berusia lanjut (50an keatas) namun ada juga yang menghidapi ketika usia muda (remaja)
Ø  Ibu hamil atau menyusu ( ianya boleh berlaku semasa atau selepas kehamilan)
Ø  Mereka yang merokok.

Ingin dimaklumkan bahawa sekiranya tiriod tidak dirawat sedari awal ianya boleh memudaratkan tubuh dan berisiko membawa maut kepada pengidapnya.

Vivix merupakan supplement utama pilihan mereka yang menghidap tiriod samaada hypotiriod ataupun hypertiriod.

Klik sini untuk kenali Vivix 

p/s: Set Thyriod Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan supplement.

Testimoni Tiriod


p/s: Set Thyriod Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.



Rabu, 12 April 2017

Set hamil shaklee



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Diruangan kali ini, ummi ingin berkongsi kelebihan supplement Set Hamil Shaklee didalam memenuhi keperluan para ibu semasa hamil.
Pastinya setiap insan yang bergelar ibu inginkan yang terbaik buat anaknya sedari awal kehamilan. Hati seorang ibu pasti inginkan bayi yang dikandungnya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang.
Set Hamil Shaklee terdiri daripada:-

ESP merupakan sumber protein yang diperolehi dari kacang soya. Ianya membantu ibu hamil agar kekal bertenaga sepanjang kehamilan. ESP juga membantu mengurangkan risiko diabetes dan darah tinggi dalam tempoh kehamilan.



OMEGA GUARD amat penting untuk perkembangan otak, system saraf serta penglihatan yang baik untuk bayi dalam tempoh kehamilan.





VITALEA merupakan multivitamin lengkap yang diperlukan oleh tubuh. Ianya membantu pembentukan sel darah merah serta membantu mengekalkan HB darah normal sepanjang kehamilan.



VITA-C PLUS bertindak membantu merangsang penyerapan zat besi dan asid folik. Ianya juga membantu meningkatkan system imunisasi ibu mengandung.


B-COMPLEX bertindak membantu melawan tekanan dan stress. Ianya juga menggalakkan pertumbuhan bayi yang sihat dan normal. B-Complex Shaklee juga lengkap dengan asid folik yang diperlukan sepanjang kehamilan.


Ostematrik amat penting disepanjang kahamilan. Ini disebabkan ibu hamil memerlukan 1000mg kalsium setiap hari untuk kesihatan tulang dan gigi. Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan sakit pinggang dan kejang kaki semasa tempoh kehamilan. Ostematrix amat sesuai diambil oleh ibu yang mengalami alahan susu.

Set Hamil Shaklee boleh diambil secara berasingan mengikut keperluan ibu.
Kami pengedar Shaklee pilihan utama anda boleh dihubungi melalui:-
ü  SMS/W'app/ Telegram :  011-3236 0179 (AnnaZalya)
p/s: Set Hamil Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.