Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Isnin, 24 Jun 2019

Kisah Inspirassi Master Cery

Perkongsian dari Group Awesome (WAHM-iReach)

 Nanny Hanum Sha:

jom baca sebentar. utk refleksi diri... kisah pengalaman master cery.. "nenek" shaklee saya yang sudah pun bertaraf jutawan dgn income bulanan lebih 800k.

 'income ratus ribu..sebab tu takboleh berhenti dah.lupa baik buruk.mkn duit haram.gila duit..'

Statement yang buat hati terusik

sedih.tapi kejap je. Saya dah latih hati untuk tidak 'tersentak' lama2... Rugi masa dan energy magik saya..hihi. GILA DUIT?.. Oh yes, mule2 buat bisnes shaklee, memang gila duit...haha..target saya..nak dapat at least RM10K sebulan.. mestilah ada target kan..

 Apa2 bisnes pun mesti ada target nak untung rugi berapa. kalau tidak bukan bisnes namanya. Sesiapa yang tak meletakan target yang jelas itulah yang tidak maju.

 Tahun pertama saya kerja keras bersungguh2 nak capai target 10K..Actually duit itu hanya target, tapi push factor sebenar adalah nak berhenti kerja..itu yg sebenar...memang saya. struggle tunggang terbalik hidup..diketawakan,dikutuk. biasalah...takde istilah rehat2..nonstop work..dikala ramai tak kenal shaklee,tak kenal saya,takde lagi model2 contoh,dikala tiada apa2....

 Semua bermula dengan langkah kecil.Selepas 13bulan, memang saya capai target tu....Alhamdulillah

 Lepas tu?

Selepas hampir 5thn..ikutkan saya boleh berhenti dah sebab target dah tercapai, malah terlebih2 dah..Sekarang ni pun boleh je berhenti. babai semua... . tapi kenapa takboleh berhenti ni?dah juta2 pun nak tunggu apa lagi?..

 KERANA bila dah betul2 menjiwai apa yang dibuat, bukan duit lagi jadi ukuran ..bukan duit lagi jadi target.....tapi melihat 1001 kesan shaklee ke atas beribu keluarga diluar sana..itu yang tak ternilai.. itu yang menjadi ketagih.

 Tak percaya dgn apa yang saya tulis ni? cuba tanya semua leader2 yang dah cecah income bulanan 5 angka atau at least 5ribu ke atas.. bagi mereka buat bisnes shaklee bukan lagi sebab atas dasar duit..mereka takkan mudah give up dgn ujian dan cabaran... Yang biasanya rapuh dan senang give up ni mereka2 yang income bonus bawah 5ribu..haa yang tu memang tak tahan pressure...bila2 jer boleh quit....

 

Dari pengalaman saya sendiri,phasa ini lah yg mencabar, Saya sendiri hampir give up ketika 10bulan pertama,income bulanan saya sekitar 2k-3k sahaja..Jenuh menunggu 'pokok' membesar... Tapi alhamdulillah saya tak give up.. kalau tak, tak merasa juta2 sekarang ni..hihihi.. dan yg lebih best tak merasalah banyakkkk lagi yang maniss2 dalam bisnes ni..manisssss...

 Jadi kalau ada lagi yang cakap saya gila duit, takbolih quit biz,bunuh sesamaumat Islam, nak ratus ribu sebab nak bersukaria utk diri sendiri.. . hahah.. tergelakk saya..kalaulah mereka tahu kemana duit itu semua pergi.....i wish diorang tahu.. tapi tak perlu lah kot saya publish statement perbelanjaan saya...

 Saya shoping2 pun, tak berapa sangat nak dibandingkan yang dialirkan keluar ke yang sepatutnya.... cuma orang taknampak...ingat kami takde komitmen. Tuhan je yang tahu..Kalau nak tengok sangat, haa, mari jumpa I,tengok aliran wang keluar masuk ke mana

Jika ada yang nak menilai status ini RIAK..silakan...

Misi dan visi saya bukan untuk mencari 1000 followers yang suka fanatik kat saya.. tapi Misi dan Visi saya ingin membuat 1001 kebaikan, ingin melahirkan 1001 leader yg berkualiti yg lebih hebat dari saya.. Well... at the end of the day, only kindness matters...

Okey last.. sambung satu lagi nak luahkan ni. detik manis di Long Beach.....setiap detik dipersidangan global Shaklee di Long Beach antara detik terindah dalam hidup. menyaksikan anak2 buah Jutawan diraikan,diiktiraf di mata antarabangsa.. speechless pun yer gak.... speechless sebab macam tak percaya betapa cepat mereka 'membesar'..dulu mereka hanya customer,distributor.. sekarang masing2 dah menjadi leader2 yg hebat....masyaAllah..syukur atas anugerah ini...

Tuhan sahaja yang tahu apa yg saya rasa di kala ini... pengorbanan dan kesakitan hampir 5 tahun tak terasa dah...Harapan saya hanya satu...melihat caj2 kebaikan bertebaran di muka bumi ini.

Biar diuji 10001 ujian, tapi atas dasar sayangkan keluarga Shaklee Jutawan saya,saya masih bertahan disini.... Bagi saya,hanya keyakinan dan rasa sayang yang akan buat saya bertahan dalam bisnes.Love.Faith.Courage

Semoga saya kuat untuk meneruskan perjuangan harini dan akan datang....

Akan saya

pegang kata2 hikmah ini ..

"Jika tiada bahu untuk menangis, lantai selalu ada untuk terus bersujud. tunduklah di saat yang lain angkuh, teguhlah di saat yang lain rapuh,..." 

notakaki: okey sekian luahan pagi...harini mode shop till u drop..Lets go..kedai2 pun keliling hotel jer termasuk lah Tiffany&Co..hihihi.

 



Ahad, 23 Jun 2019

Macam mana nak rezeki dari berniaga?


Perkongsian  dari Group  Amazing (WAHM- Ireach)

Effa Jual Shaklee
Macam mana nak rezeki dari berniaga?

Ya bila sebut berniaga dasarnya perlu barang atau produk, wang sebagai pertukaran dan manusia untuk menjalankan urusniaga.

Namun untuk manusia adalah satu makhluk yang unik kerana ia mempunyai hati. Tapi siapakah yang menjaga hati manusia? Ya Allah pencipta sekalian alam. Maka Allah yang izinkan mereka ini tergerak hati nak membeli.

Berniaga ni selain usaha kita memberitahu dunia yang kita mempunyai barang untuk tukaran dengan wang kita perlu usaha nak jemput rezeki.

Antara amalan yang boleh diamal untuk menjemput rezeki :
1. Menjaga solat 5 waktu dengan baik.

2. Menambah solat sunat yang disarankan iaitu solat wudhu, solat sunat sebelum dan selepas solat wajib, sunat dhuha, sunat tahajud.

3. Mengaji Al Quran

4. Berzikir

5. Menghadiahkan bacaan Yassin untuk mak ayah setiap hari.

6. Bersedekah walau hanya memberi kucing jalanan makan.

7. Memaafkan orang sebelum tidur.

8. Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.

9. Telefon mak ayah dengan kerap walau tak dapat setiap hari at least selang sehari tanya khabar. Jika dah meninggal bacakan Al Fatihah setiap waktu solat untuk mereka.

10. Sentiasa mendoakan kebaikan pada orang lain.

Sebenarnya ada banyak lagi cara nak jemput rezeki namun paling utama berapa lama kita boleh konsisten ( istiqamah) dalam melakukannya?

Oh ya, bila usaha melakukan tak perlu tanya mengapa Allah tak beri seperti yang kita harapkan ( rezeki datang cepat) kerana Allah sangat suka hambaNya memujiNya maka bersabarlah dalam mengusahakan amalan menjemput rezeki kerana Allah Maha Pemberi.

Bila kita nak berjaya dalam Shaklee, jangan lupa niat untuk membantu orang lain lebih utama. Jangan sedih bila orang menolak kerana pasti ada yang menghargai sebagai ganti.

Teruskan membuat kebaikan insyaAllah balasan yang baik juga menanti.

Sabtu, 22 Jun 2019

Motivasi dan inspirasi dari Master Norita

Perkongsian  dari Group  Awesome (WAHM- Ireach)

Motivasi dan inspirasi dari Master Norita

Mengapa saya begitu yakin ?

Untuk bertahan selama 17 tahun dalam Shaklee tanpa bisnes lain jujurnya saya beritahu kuncinya ialah saya yakin dengan 3 perkara :
1. Produk
Produk Shaklee berkualiti dan harga yang dibayar adalah setanding. Malah ada banyak produk yang claim mereka bagus dengan harga yang mahal tetapi kesannya tidak seperti yang mereka [ pengguna itu ] harapkan.

Produk Shaklee semulajadi, selamat dan berkesan.

2. Sistem
Sistem nya adil. Siapa usaha lebih dia dapat lebih. Pembayaran bonus yang tak pernah tertunda malah sentiasa membayar pada semua SID walau masa ekonomi gawat 2007. Kami lalui dengan biasa dan terus bertahan.

3. Nilai selepas jualan [ Value after sale]
Melalui Shaklee saya menemui banyak nilai. Nilai sihat bila cerita tentang vitamin. Berniaga bukan hanya cerita tentang duit, kekayaan dan kejayaan tetapi nilai ukhwah, nilai keberkatan berniaga, nilai kasih sayang.

Kesetiaan akan lahir bila kita tahu apa yang kita mahu dan ia akan menjadi kukuh bila ada cinta . Cinta bukan pada duit tapi cinta pada produk.

Jika duit yang kita kejar, biasanya jarang jumpa kejayaan pada nilai yang sebenar kerana sibuk menukar bisnes mencari duit yang banyak.

Saya yakin Shaklee adalah bisnes yang sangat menguntungkan bukan hanya untuk dunia tapi akhirat. Kerana setiap orang yang saya kenalkan Shaklee saya sentiasa mendoakan orang itu dapat satu rahmat iaitu lebih dekat kepada pencipta. Apabila seseorang itu sihat, pastinya dapat beribadat dengan lebih baik berbanding masa dia sakit.

Mengapa saya bertahan? Shaklee mempunyai semua yang saya mahu...produk yang berkualiti, sistem yang bagus dan nilai hidup yang saya mahukan. Balik pada diri individu apa yang kita lihat itu yang kita dapat.

Perjuangan perlukan masa , perlukan kekuatan dalaman dan perlukan keyakinan...

Semoga kita semua terus sukses dan setia kerana nilai setia itu boleh dinilai melalui apa yang kita kata, kita lakukan dan kita tunjukan.

Salam kejayaan dari Miri Sarawak.

saya sangat setuju, sistem bagus, produk berkualiti, tambah nilai hidup pd orang lain.

Inilah bisnes yang boleh diganda gandakan dengan banyaknya kerana kita ada semua itu yang berkait rapat dengan manusia.

Saya sayang sgt biz ni yg banyak merubah hidup, bkn diri  saya sahaja tapi semua empayar kita terkesan.

Jika kita dapat jadi orang yang lebih baik dari semalam, tidakkah ini bisnes yang sangat positif?

kita buat, kita dapat.
*******************
Ingin berubah kearah yang lebih baik… anda dijemput menyertai kami.

Kita sama-sama mengubah nasib diri serta keluarga dan dalam masa yang sama kita bantu mereka yang memerlukan.


Wasap sekarang : 011-32360179

Jumaat, 21 Jun 2019

Kebaikan Sibuk - Master Zainul


Perkongsian  dari Group  Awesome (WAHM- Ireach)
-----------
Tahniah Pada Org Yg SIBUK

Korg mungkin rasa letih sebab sibuk dengan banyak sangat benda sejak2 buat Shaklee ni.

...sibuk nak buat poster Shaklee...

...sibuk nak post sharing kat FB/Blog...

...sibuk nak setelkan Master Checklist...

...sibuk nak buat buat order Shaklee...

...sibuk nak Coaching Anak/Cucu...

...sibuk nak layan customer...

...SIBUK...SIBUK...SIBUK...SIBUK...

Tapi korg sedar x sebenarnya keSIBUKan korg tu lah cara Allah/Tuhan nak selamatkan kita drpd buat benda2 tak elok or membazir akibat byk sgt masa lapang. Sebab Allah/Tuhan dah sibukkan kita dgn Master Checklist,

...tak sempat nak DOWN: "...stressnya customer tanya tak beli2.."

...tak sempat nak BERGOSSIP: "...anak mak bedah tu curik laki org..."

...tak sempat nak FITNAH: "...ape laa Ust tu Kahwin sampai 5 bini..."

Bayangkan, berapa banyak DOSA kita dah selamat sbb dah takse masa nak buat benda2 tak elok ni? Syukurlah Allah/Tuhan sibukkan kita dengan Shaklee, dengan Kerja, dengan anak, dengan biz, etc.

Jadi,

Setiap kali korg nak rasa DOWN or ada masa nak FITNAH org lain, cepat2:

...siapkan artikel kat Blog2 Shaklee korg...

...PM customer2 korg pasal promo2 Shaklee...

...ingatkan diri sendiri & anak/cucu Shaklee psl Master Checklist...

Sebelum masa2 kita di-sia2kan Allah/Tuhan, Cepat2 Penuhkan dgn Hal2 Shaklee...  ~ MASTER ZAINUL

Selasa, 2 April 2019

Sedikit Renungan Dari Master Norita


Perkongsian testimoni dari Amazing (WAHM- Ireach)
-----------
sedikit renungan yg best dari moyang shaklee iaitu master norita:

Nak berjaya dalam bidang diceburi ELAKKAN 3C.

Selepas habis UPSR kami terus balik ke KL untuk menyambut Master Celebration mak dan ayah mertua saya yang juga upline kami. Ia berlangsung di Istana Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kami berpeluang bertemu dengan ramai susur galur kami dalam majlis tersebut.

Antara yang menarik yang disampaikan oleh ayah mertua saya dalam ucapan beliau ialah tips yang perlu diamalkan untuk berjaya dalam Shaklee namun ia juga boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Elakkan 3 C dalam hidup :

C yang pertama ialah Complain.
Mereka yang banyak komplen sebenarnya adalah mereka yang suka merungut dan secara tak langsung menjadikan kita hamba ALLAH yang tidak bersyukur. Daripada banyak komplen kita dinasihatkan memberi cadangan dalam mencapai penyelesaian untuk cabaran yang datang. Nak berjaya dalam bisnes kurangkan komplen. Jika kita dah berusaha, berdoa ...terus istiqamah kerana ALLAH tahu the best time untuk makbulkan doa kita. Jika ALLAH tak beri apa yang kita mahu ALLAH tetap akan beri apa yang kita perlu.

Kurangkan komplen tapi ikut nasihat mentor yang dah berjaya....insyaALLAH kita juga berjaya seperti mentor.

Teringat pantun masa kat sekolah...
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

C yang kedua ialah Compare
Jika kita sibuk nak banding-bandingkan apa yang kita dapat dengan orang lain...sudahnya kita tiada masa usaha untuk majukan diri sendiri. Sebab adakala kita lihat rumput rumah orang lebih hijau dari rumput rumah sendiri namun tanpa kita sedar rumput orang itu ialah rumput palsu.

Jika ada orang yang berjaya lebih cepat dari kita, jangan bandingkan dengan kita. Hakikatnya kehidupan dia dan kehidupan kita pasti berbeza. Paling penting ; ini yang selalu suami saya tekankan : Tidak penting dimana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir.

 Jadi kita kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi disamping terus usaha untuk menambah nilai dalam kehidupan kita. Jika rezeki yang kita perolehi semakin bertambah , cara untuk menambah nilai dalam kehidupan ialah beri mak ayah elaun setiap bulan lebih baik dari sebelumnya, buat sedekah pada kucing yang lalu lalang, beri hadiah pada sanak saudara dan rakan taulan dan banyak lagi amal makruf yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.

C yang ketiga ialah Compromise
Di sini bermaksud jangan benarkan alasan menghalang impian kita. Nak berjaya kena cari peluang bukan cari alasan. Jika ada kelas upline atau syarikat usahakan, pastikan cuba hadir. Ramai orang beri alasan sibuk atau tiada masa padahal semuanya boleh diatur. Bila mahu semua boleh jadi kenyataan. Jangan jadikan alasan ada anak kecil tak boleh berjaya kerana hakikatnya anak itu datangnya dengan rezeki dan tuah mereka tersendiri.

Saya lihat sendiri beberapa ibu yang mulanya bersemangat nak berjaya tapi bila mengandung beri alasan untuk tunggu selepas melahirkan. Selepas bayi lahir, si ibu nak tunggu anak besar dulu. Akhirnya anak dah besar 4-5 tahun...matlamat tadi terus hilang begitu sahaja.

Kalau usaha secara istiqamah insyaALLAH lambat laun ada hasilnya.

Pokok perlukan masa untuk berbuah, begitu juga bayi dalam kandungan perlukan masa untuk membesar....samalah dengan bisnes. Ia perlu masa. Paling utama usahakan secara berterusan dan istiqamah.

Jujurnya satu masa dulu , saya pernah teringin nak buka syarikat kapal terbang bila pakcik suami ada syarikat kapal terbangnya sendiri....namun nasihat beliau terpahat dalam kepala saya sehingga hari ini :

Bukan tak boleh nak buka bisnes lain jika ada modal namun sangat bagus jika mahirkan diri dalam bisnes yang kita ceburi sehingga menjadi seorang profesional. Pakcik suami berkata dia buka syarikat kapal terbang kerana beliau ialah seorang pilot maka beliau ada ilmu tentang bidang itu. Ya kerana itulah kami menjadikan Shaklee bisnes utama kami dan sehingga hari ini kami masih terus belajar kerana bisnes itu adalah suatu yang dinamik. Walau dah berada 17 tahun dalam dunia Shaklee namun setiap hari pasti ada ilmu baru yang kami belajar secara langsung memperbaiki kemahiran kami dalam bidang kesihatan.

So jika anda baru dalam dunia bisnes...perbanyakkan membaca dan pengalaman berikteraksi dan berkomunikasi dengan prospek sangat membantu kita matang dalam bidang yang diceburi. Jangan lupa dekati ALLAH kerana rezeki itu tetap datang dari ALLAH. Hakikatnya blog, fb, ig atau apa juga medium internet ia hanya menjadi medan penghubung sesama makhluk namun rezeki itu tetap datang dari ALLAH juga.

Selamat beramal, selamat berusaha semoga terus berjaya!

Ahad, 17 Mac 2019

Amanat Dari Master Zainul


Perkongsian testimoni dari Amazing (WAHM- Ireach)
-----------
baca amanat ni ~ dari master zainul~

Korang Semua pun kenal siapa Roger Barnett ni kan?

Buat2 tak kenal pulak. Siapa dah yg berebut2 nak ambek gambor dengan pakcik masa NC tahun lepas? Ha, buat2 tak ngaku pulak dah...

Anyway, Bagi yg belum kenal, dia ni lah CEO Shaklee. Sebab dia punya saham dalam Shaklee paling banyak, so technically speaking Shaklee ni dia punya.

Walaupun dia ni CEO Shaklee, dia pernah cakap ke SID lebih  kurang begini,

"...saya bekerja keras untuk SID seluruh dunia. Bangunkan produk, uruskan kos, jaga pemasaran dsb sampai tak cukup masa untuk anak/family. Pun begitu, gaji saya lagi sikit drpd sesetengah SID. Korg; Master Coordinator Shaklee, raih lebih banyak income drpd saya & staff2 lain walaupun kami di Shaklee berhempas pulas di tempat kerja..."

Haa, begitu lah.

Kami pun baru tau.

Hj Roslan baru cerita.
Walaupun korg nampak Master2 korg tu selebet, serabai & colour blocking, bonus2 diorg lagi kencang drpd President & CEO Shaklee Msia tau. Eh, maybe jugak lagi banyak drpd gaji Roger Barnett tu sendiri.

Bukan lah nak soh korg jadi selebet serabai macam Master2 korg tu. HuHu. Tapi, tolong jangan pandang biz Shaklee ni sebelah mata hanya sebab upline2 korg tak pakai blazer, kot or bawak MyVi je. Dan lebih penting, korg pun boleh kecapi sama. Dengan syarat, duplicate betul2 apa yg mak/nenek Shaklee korg buat sungguh2.

Jangan pikit2 lagi dah.
Jangan tangguh2 pun lagi.

Just Do It!

Khamis, 7 Februari 2019

Kisah Motivasi - Jualan Vivix


Perkongsian testimoni dari Amazing (WAHM- Ireach)
-----------
Setiap hari saya share pasal Vivix di Blog, Instagram dan FB..Ada juga ceritakan secara offline pada kawan kawan di office. Mereka memang sudah lama mencari suplemen yang makan sesudu je untuk total wellneaa and here we come.ada juga yang try vivix untuk pelbagai penyakit dan untuk kesuburan.

Saya juga ada bermain kutu Vivix dengan kawan kawan di office.Mereka sangat berminat dengan Vivix sebab macam miracle..ada yang badan cergas..kulit makin pinkish..ada yang dulu cepat sakit sekarang dah ok.sihat..

Macam baru je semalam saya dapat mesej dari customer yang bagi free vivix kat pak cik dia mengatakan pakcik dia dah ok..mata dah kembali normal ( sebelum ni dia rabun) sebab ada masalah retinopati..kesan dari penyakit diabetis..alhamdulillah..dah ok sekarang..dah nak repeat order lagi..syukran Ya Allah..Saya juga menggunakan medium FB..Kalau kat FB Ni ramai kawan2 sekolah dl..ada juga lah 2 3 orang yang bertanyakan khasiat vivix..memang best vivix ni..

Ada juga customer yang dapat no phone saya dari google..berkat kesabaran duk sharing setiap hari ada juga rezeki dari google. alhamdulillah..rezeki tak pernah salah alamat kan..saya kena gandakan lagi sharing di semua medium yang ada baru lah proses penjualan vivix makin kencang..nak jual banyak banyak banyak dan banyak lagi nak tolong semua yang sakit dan sihat dengan vivix..tapi semuanya dengan izin Allah Taala..

Tadi baru je jumpa customer..nak naikkan platlet sebab platlet rendah..tapi check kat doc..belum lagi naik..tapi ni..nak consistent amalkan vivix harap harap platlet customer saya cepat naik..VivIx insyaAllah dapat membantu kesemua masalah itu..

Memang best jual ViVix ni..majoroti yang ambil memang nak repeat order..sekarang dah agak ramai yg nak repeat..walaupun baru 6 orang..tapi agak ramai tu bagi saya yang baru belajar nak jual vivix ni..Macam minggu lepas saya memang bawak vivix saya ke office bagi kawan kawan rasa sedap ke tak sedap ke..kalau sedap diorang nak..apa lagi..dah memang sedap kan..so hasilnya terjual lah 2 botol vivix.. ok la tu..puas dah..kan..dapar twinpack vivix..bulan senang nak jual vivix ni..tapi kalau nak jual offline ni..kita memang kena well prepared. sebab customer akan tanya macam macam..apa dia rasveratrol..apa itu anggur muscadine..macam macam lah..so kena buat kelas sikit dan cerita kat kawan kawan..sebab sebenarnya diorang ni memang nak..just nak tunggu explanation dari kita je..kannn...kikiki..Selain dari tu..nak jual vivix kita kena lah makan vivix jugak.at least kalau orang tanya apa rasanya..apa kesan kat awak..apa iti apa ini..kita boleh lah men jawab dengan jujur based on our own experienced..tak gittu...kan...

di samping itu juga..vivix ni kita tak sesuai la nak jual macam kat pasar malam..sebab vivix ni kan exclusive..premium suplemen gitu..so yang menjual kena ada knowledge yang banyak..pergi ke kelas dapatkan ilmu ilmu dari pakar nutrisi sebab kita kan jual suplemen..so nanti customer akan tanya macam macam..so kita sendiri kena ada satu buku nita pasal suplemen yang kita jual..rujukan macam buku nutrisi, buku testimonial vivix dan lain lain lagi..pelbagai bahan bacaan kita boleh dapatkan.Justeru itu juga vivix ni kan dah memamg glamour..yang paling senang nak jual kalau diorang memang dah search lama tinggal nak beli ngn siapa je..yang tu lagi senang kita nak follow up..satu lagi pastikan ada group broadcast wasap untuk semua pengguna vivix..senang kita nak update pembelian vivix nanti..

Vivix Oh Vivix..Come to me..come to me..saya akan pastikan aaya berjaya lagi menjual vivix 14 botol atau kebih bulan ni walaupun bukan bulan promo vivix..nak share kebaikan..lagi lagi pada customer yang memang ada masalah kesihatan..saya suka sangat dapat membantu orang di luar sana..at least kita dapat lah pahala dari Allah Taala atas niat membantu orang lain..Aminn...

Credit: Nur Hidayah Ahmad (Gopeng, Perak)