Wanita hamil yang berisiko
tinggi mengidap anemia adalah mereka yang :-
Ø Pernah disahkan mengidap
anemia semasa kehamilan terdahulu
Ø Pernah melahirkan anak
beberapa kali
Ø Pernah mengalami
kehilangan darah yang berlebihan semasa melahirkan anak
Ø Ibu yang sedang
menyusukan anak
Diantara punca atau
penyebab terjadinya anemia ialah:-
Ø Kekurangan zat besi
(ZinC)
Ø Kekurangan folat dan vitamin B12
Ø Talasemia
Ø Pemindahan darah semasa
hamil
Ø Jangkitan kuman.
Semasa hamil, tubuh manusia akan menghasilkan lebih
banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Oleh itu, tubuh memerlukan zat
besi atau vitamin B12 dan folat bagi memastikan penghasilan darah merah yang
mencukupi disepanjang tempoh kehamilan.
Semakin bertambah usia kandungan, semakin
meningkat isipadu darah yang diperlukan. Ianya juga menyebabkan kecairan darah
berlaku. Walaupun
sel darah merah semakin bertambah, tetapi dalam tempoh yang sama penghasilan
plasma darah juga turut lagi bertambah dan menyebabkan keadaan yang kita
panggil anemia relative atau fisiologi.
Seseorang itu dikatakan mengidapi anemia
bila tahap hemoglobin kurang dari:-
Ø
11
g/dl semasa trimester pertama
Ø
10.5
g/dl semasa trimester kedua
Ø
10 g/dl dalam trimester ketiga
Tanda-tanda Anemia
terhadap ibu hamil antaranya ialah:-
Ø Letih
Ø merasa tidak bermaya
Ø pening atau sakit kepala
Ø berdebar-debar
Ø sesak nafas
Antara risiko atau
kompilasi Anemia terhadap ibu dan anak
adalah:-
Ø Kelahiran pra-matang
Ø Kematian bayi dalam
kandungan
Ø Kemurungan selepas
bersalin
Ø Tumbesaran bayi
terbantut (kandungan kecil)
Ø Kerencatan perkembangan
akal dan psikomotor
Ø Pendarahan ketika bersalin
Langkah-langkah yang
perlu diikuti atau dilakukan oleh ibu hamil :
Ø
Adalah
disarankan agar para ibu meningkatkan kadar pengambilan zat besi didalam diet
harian
Ø
Melakukan
pemeriksaan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Ø
Melakukan
rawatan zat besi yang disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung
Ø
Mendapatkan
suntikan zat besi seperti yang disarankan sekiranya ibu tidak dapat mengambil
zal besi secara biasa.
Ø
Melakukan
pemindahan darah sekiranya perlu.
Ø
Menjalani
pemeriksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh klinik ibu mengandung
Langkah-langkah ini perlu diikuti oleh ibu hamil
bagi memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.
Adalah itu diharapkan agar ibu hamil mengambil
diet seimbang bagi memastikan keperluan nutrient semasa hamil mencukupi.
Pengambilan vitamin atau makanan tambahan tertentu dapat membantu memenuhi
keperluan tubuh dan memastikan keperluan nutrient ibu hamil dapat dipenuhi.