Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Selasa, 6 Ogos 2019

takzirah ringkas

Sebagai Mukmin yang hidup diakhir zaman ini, kita jangan terlalu takut dan lemah dengan agenda agenda musuh luar dan dalam islam yang selamanya ingin memusnahkan kesucian agama islam ini.
.
Segagah mana pun mereka (musuh islam) atau sekerdil mana pun kita (mukmin) jangan kita takut dan jadi pengecut, kerana keyakinan dan kebenaran yang kita imani ini adalah benar disisi Tuhan dan ia tetap akan bersama kita biarpun kita bakal terkorban segala harta dan nyawa.
.
Jika hari ini mereka yang berkuasa merombak dan merubah pada pendidikan agama, apakah kita mahu menangis dan merasa lemah? Jangan! Terlalu banyak lagi jalan yang boleh kita usahakan. Sebagai ibu dan bapa perkemaskanlah diri dengan ilmu agama. Usahakan belajar ilmu agama di mana mana pun, surau mahupun masjid lalu diajarkan kepada anak anak.
.
Boleh juga ibu bapa mencari rujukan rujukan buku agama untuk dibaca dan difahami bersama guru yang mereka ingin belajar dengannya. Dampingi orang orang soleh yang lebih berpengalaman dalam agama ini untuk dipelajari lalu diajarkan kepada ahli keluarga.
.
Jika perkembangan ilmu agama di sekolah sekolah telah disekat, masih terdapat banyak sekolah sekolah tahfiz yang sudah pastinya mengajarkan subjek agama kepada para pelajar disamping menghafal Al Quran.
.
Tidak sedikit juga sekolah sekolah agama persendirian yang wujud atas dana persendirian ataupun persatuan yang menjadikan opsyen lebih luas kepada ibu bapa untuk menghantar anak anak mereka belajar ilmu agama.
...
Pokok pangkalnya kita kena terus berusaha dan jangan kita lemah dan lelah. Kita punya panduan lengkap (Al Quran dan As Sunnah) sebagai rujukan yang dipandu oleh alim ulama yang ikhlas.
.
Biarpun mereka (musuh islam) bekerja keras siang dan malam berfikir untuk merosakkan agama Tuhan, tetapi mereka sebenarnya sedang mempersiapkan diri mereka untuk menjadi penghuni neraka neraka Tuhan ekoran "kebijaksanaan" mereka melawan Tuhan.
.
Kita teruskan sahaja usaha dan tanggungjawab kita sebagai mukmin di alam fana ini. Kelak Tuhan akan membalas segala usaha kita dengan kebahagiaan yang hakiki. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
26 Disember 2018