Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Selasa, 21 Ogos 2018

Set Raja @ Ratu Sehari

Assalamualaikum………

Set Raja @ Ratu Sehari….…… Kecantikan  bermula  dari dalam….
       “Renjis-renjis dipilis….. ditepungilah  tawar…… hai  beras  kunyit ditabur….  Disiram  si air mawar…. “.

       Bila musim cuti sekolah jer……  kedengaran berkumandang  irama ini  di merata-merata  …hmmm……. Tandanya…. Ade  yang  duduk  bersanding  dipelamin… sambil  tersenyum  malu…….. ade yang bergelar raja& ratu  sehari rupanya…… Wah meriahnya……

Haaa……Jom  tengok  antara senarai  persiapan  yang  perlu  dibuat oleh  bakal pengantin baru  sedari  awal pertunangan…

   
 Mula-mula merisik…bertunang…..  bila dah bertunang  …. menetapkan tarikh hari bahagia…..  persiapan pun bermula……  bimbang jika  ade  kekurangan  di hari bahagia…. Bakal pengantin sibuk mencari  @  membeli  barang hantaran…  memilih baju pengantin yang  diinginkan… ‘food test’ dari catering pilihan agar  hidangan  mennyelerakan  dihari bahagia…..  kanopi dipilih… pelamin dihias mengikut  tema yang  diingini…. Tempahan dewan @ lokasi perkahwinan…. X lupa  juga ….  Kursus perkahwinan yang  perlu diikuti…. 

      

      Hmm ……. Byak btul  la…..  penatnya…..   bakal  pengantin menyiapkan persiapan walaupun dibantu oleh  ahli keluarga……… masih  banyak  yang perlu dilakukan….masih merasa kekurangan….. Sedar-sedar sudah sampai masanya  diakad berwali…. Merah berinai dijari..

      Tiba-tiba…. .. baru disedari… persiapan diri  terabai…gara-gara memikiri majlis yang dinanti…. Badan penat ..letih..kulit  kusam tak bermaya… saat-saat akhir.. baru menyediakan diri  untuk  majlis  yang dinanti…  ke spa  dikunjungi…  buat facial..lulur…sauna…  mandi susu…  serta  bermacam lagi….  
       
 Tapi…. Hanya luaran  semata…  hanya untuk seketika…. Kenapa  tidak  dimulai…  sedari  awal…sedangkan  segalanya  tersedia  … hanya  mahu  atau  tidak  saja… SHAKLEE  pilihannya….. wajah  berseri  sedari  awal  pertunangan…  hingga ke majlis nikah… dihari persandingan….  Berbulan  madu  hingga…  kehari  tua bahagia  bersama…..

***Opsss….. lupa plak nak bagitau….berbaloi-baloi bersama  SHAKLEE….. 

 Jom  Tengok  Set Pilihan  Untuk  Raja @ Ratu  Sehari…… 

Selamat  Pengantin Baru ..sehingga berkekalan hingga ke Jannah... Amin 






** Produk ini tdak bertujuan  untuk  mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah  sebarang  penyakit. 

Isnin, 20 Ogos 2018

6 Jenis Vitamin Bakal Ibu Kena Tahu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Perkongsian kali ini istimewa buat mereka yang bergelar ummi, mummy, emak, ibu, mama dan buat semua wanita diluar sana yang merancang untuk mempunyai cahaya mata atau telahpun mempunyai cahayamata, pengikat jantung hati anda dan suami. Anak-anak syurga dunia buat semua ibu.

Jom, kita kenali vitamin-vitamin tersebut dan semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk semua para ibu. 

Terdapat 6 jenis vitamin wajib semua ibu dan bakal ibu  ketahui dan kebaikkannya sepanjang proses kehamilan.

#1 : Vitamin B12

Biasanya didapati dalam daging, ikan, telur, susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.

Ianya diperlukan dalam pembentukan sel darah untuk kebaikan bayi yang dikandung.

#2 : Folik Asid

Ini penting tau. Ianya membantu untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi.

Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari.

Bila perlu ambil?
Ianya perlu diambil dari mula mahu hamil hinggalah 3 bulan pertama awal kehamilan.

#3 : Vitamin C

Vitamin C bantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun.

Semasa hamil sekurangnya sebanyak 85mg sehari perlu diambil.

#4 : Vitamin D

Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin Djuga  membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.

#5 : Kalsium

Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi dan juga kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi.

Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tak cukup pengambilan kalsium, bayi anda akan ambil dari simpanana kalsium ibu dan ini akan menyebabkan risiko ibu terkena osteoporosis (kereputan tulang) di kemudian hari.

Ibu perlukan sekurangnya 1000mg setiap hari semasa hamil.

#6 : Zat Besi

Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi.

Ibu hamil perlukan 27mg zat besi sehari. Jangan skip tau sebab kalau tak cukup zat besi ni boleh sebabkan masalah hb rendah pada ibu.

Masalah hb rendah boleh mengundang risiko pada bayi seperti kelahiran tidak cukup bulan atau pun kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan.

***** 
Semoga pekongsian kali ini dapat membantu para ibu melalui proses kehamilan dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses kehamilan ini. In Shaa Allah.


Pilihan Anda.. Rokok atau Kanser???

Assalammualaikum….

Seringkali  kita lihat dikotak rokok, amaran  tentang bahaya  merokok  dikotak rokok  tersebut, namun masih ramai yang   tetap  membelinya ..tanpa mengira peringkat umur. Rokok menjadi  pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan ‘cool’ sedangkan telah diwar-warkan akan keburukan merokok terhadap kesihatan untuk jangka masa yang panjang terhadap  diri sendiri  dan  buat mereka  yang berada disekeliling perokok.

Kesan buruk dari  merokok
Ø  Merokok boleh merosakkan DNA pada folikel rambut yang akan mengakibatkan masalah rambut nipis  dan gugur
Ø  Gigi  dan jari menjadi kuning berpunca daripada nikotin yang terkandung dalam asap rokok.
Ø  Kulit kering dan cepat berkedut
Ø  Risiko katarak yang boleh menyebabkan buta
Ø  Sukar untuk tidur dengan nyenyak
Ø  Luka lambut sembuh serta parut yang besar disebabkan oleh nikotin.
Ø  Risiko kulit bersisik.

Merokok juga merupakan penyumbang terbesar kepada risiko penyakit  merbahaya seperti:-

ü  Kanser paru-paru           
ü  Kanser mulut
ü  Kanser tekak
ü  Kanser esophagus
ü  Kanser pankreas
ü  Kanser serviks
ü  Kanser koloon @ usus
ü  Kanser perut
ü  Kanser pundi kencing
ü  Kanser buah pinging
ü  Sakit jantung
ü  Strok


Sayangi diri anda dan mreka yang tersayang…. Ayuh  jauhi rokok bersama Shaklee  kearah hidup  yang lebih cergas dan sihat.
 Supplement Pilihan Anda











Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT (dalam pemantauan doctor) , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan

p/s: Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.


** Produk ini tdak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.














Sabtu, 18 Ogos 2018

Jangan Buka Periuk Andai Nasi Belum Masak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perkongsian yang amat menarik sewaktu mengikuti Group Online Awesome  (Wahmillioare)  - iReach. Group yang banyak memberi perkongsian serta disini jugalah kita belajar mengenali diri secara tidak langsung melalui kisah yang memberi inspirasi. Semoga anda juga mempunyai inspirasi dan motivasi melalui kisah kali ini.

******
secebis kisah tentang gambar ini:
 

Jangan Buka Periuk Andai Nasi Belum Masak, Kerjakan Sesuatu Mengikut Waktu"

Beberapa minggu lepas, saya menghadiri Majlis sambutan Master Celebration Untuk kedua mempelai ini.

Master Hajah Salwa dan Haji Hussien merupakan super upline saya. Saya cicit di level ke empat beliau.

Pernah satu waktu dahulu terfikir, sampai bila mahu bertahan? Mampukah untuk bertahan? Ada masa depankah jika diteruskan?

Namun selepas mendengar kisah dan penceritaan mereka. Ianya sangat-sangat mengujakan.

Kisah seorang guru yang satu waktu dahulu terpaksa keluar bekerja siang malam untuk menguruskan keluarga dan suami yang sedang sakit.

Namun ujian Allah kirimkan sejajar dengan waktu dan kemampuan. 20 tahun mereka bersabar menanam dan kini menuai hasilnya.

Bermula mendaftar sebagai ahli Shaklee selepas Master Haji Hussin pencen dari Tentera Laut pada usia 45tahun. Perkenalan indah yang diaturkan Allah dengan upline beliau Master Dato Haji Roslan Ghazali mengubah dimensi kehidupan hari ini.

Berkat sabar Master Haji Roslan, akhirnya mereka setuju untuk join ahli dengan berfikir

 "Selepas ni pasti orang ni tak ganggu aku lagi, asyik datang setiap hari. Ianya sangat merimaskan"

Mereka rimas diganggu oleh Haji saban hari yang mengajak mereka untuk menjadi sebahagian dari ahli pasukan.

Master Hajah Salwa mempunyai pengalaman buruk dengan MLM sebelum ini sehingga beliau menjadi anti kepada semua bisnes yang berkonsepkan MLM.

Namun berkat sentuhan dan keikhlasan Haji Roslan mahu membantu mereka dan menyebarkan keistimewaan produk Shaklee telah mengubah hidup mereka sekeluarga.

Perjalanan mereka tidak sepantas saya dalam bisnes ini. Mereka join ahli pada tahun 1995 dan mencapai gelaran Master Coordinator pada tahun 2013.

Itu merupakan kunci dan kekuatan yang saya pegang selepas pulang dari Master Celebration beliau.

Bukan seberapa pantas saya boleh capai pangkat Master Coordinator itu, tapi selama mana saya sendiri yakin dan boleh bertahan untuk terus konsisten berkongsi manfaat dalam dunia Shaklee ini.

Sejauh mana saya sendiri yakin dengan produk dan Syarikat untuk terus bertahan dan menyakinkan lebih ramai orang sehingga berpuluh tahun lamanya.

#yesShaklee

~ master zura~
*****
Kesimpulannya dari perkongsian kisah ini…
Kehidupan ini tidak seindah dan semudah yang kita impikan.  Namun selagi kita sabar dan yakin,  In Sha Allaah, kebahagiaan  milik kita dengan izin dariNYA.

Usia sekadar angka bukan alasan untuk menghalang kita dari mengecapi kejayaan. Syukuri nikmatNYA.

Berusahalah untuk kecapi kebahagian yang kita inginkan. Cepat atau lambat adalah dari usaha kita dan atas keizinNYA. Usah berputus asa akan .hidup ini kerana ia ada keindahannya  yang tersendiri.

Khamis, 16 Ogos 2018

KIsah Dari Bandung, Indonesia.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Untuk perkongsian kali ini, Ummi akan berkongsi cerita yang telah dikongsikan oleh seorang sahabat pada satu ketika dulu. 

Dan, terima kasih buat tuan empunya kisah, Semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda. Aminn.

Semoga kisah ini menjadi renungan buat kita agar tidak berhenti mengharap dan sentiasa yakin padaNYA.

KISAH DARI BANDUNG INDONESIA

Ada sebuah kampung di pedalaman Bandung, Indonesia. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari…

Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.

Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepada Mu agar kacang soya ini menjadi tempe… Aamiin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya.

Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi Mu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soya ku ini kepada tempe, Aamiin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempe nya masih tetap begitu !!!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walau bagaimana pun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar ke semua tempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat ke dua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doa ku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buat ku, jadikanlah tempe ini. Aamiin”.

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.

Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!!! Dia berasa amat sedih lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis.

Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun ja

Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.

Walau pun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempe ku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Aamiin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi!

Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis ke semua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa.

Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Pengajaran/Moral kepada kisah ini:

Pertama:
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.
Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga :
Tiada yang mustahil bagi Allah.

Keempat :
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga sembahyang 5 waktu, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat...

Sesuatu yang baik, belum tentu benar...

Sesuatu yang benar, belum tentu baik...

Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga...

Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus...

Dan sebenarnya anda lebih berani dari apa yang anda duga...
lebih kuat dari yang anda tahu...dan
lebih pintar dari yang anda sangka...
namun itu semua tersembunyi di sebalik dinding bernama keraguan...

In Sya Allah, Dia lebih mengetahui segalanya...

Jangan berhenti berdoa...

Doa pasti makbul. Cepat atau lambat sahaja, dan pasti tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

******
Semoga kita beroleh mafaat dari kisah ini. Aminn

Tempe - Google

Selasa, 14 Ogos 2018

Vita-E Complex

Assalammualaikum….       

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat  yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat disampng meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun.

Shaklee VitaE Complex diperbuat dari minyak soya organic dan minyak  biji gandum, yang kaya dengan vitamin E dan digabungkan dengan 8 jenis  vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya merupakan vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membrane sel-sel, sel darah merah dan  tisu-tisu otot. Ianya juga merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadnium dan mengukuhkan anti-oksidan serta melindungi retina.

Satu kapsul gel lembut membekalkan :-
  • Ø  400 IU sumber asli vitamin E
  • Ø  65 mcg selenium sebagai pelengkap  vitamin  E
  • Ø  39.4 m Estrak Biji Anggur

Manfaat  pengambilan vitamin E secara konsisten adalah terbaik kerana ianya :-
Ø  Melindungi jantung – melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan  kolestrok  HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang anemia hemolitik , penyakit  jantung dan  lain-lain.
Ø  Meningkatkan kemampuan reproduktif – Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil vitamin secara konsisten mampu meningkatkan kiraan  sperma mereka
Ø  Anti penuaan – Pengambilan vitamin E setiap hari dapat membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan.  Ianya mampu memulihkan tesktur kulit dan ton muka, dada serta otot peha.
Ø  Anti-oksidan yang kuat – membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun,  menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal  bebas  serta memperbaiki masalah katarak dan masalah penglihatan.
Ø  Merawat arthritis – meningkatkan keanjalan salur darah, meperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos serta sakiit sendi.
Ø  Menghalang keguguran – merawat sindrom prahaid dan sindrom menopous seperti  ‘hot flush’
Ø  Memperbaiki parut – Pengambilan vitamin E juga dapat membantu merawat bengkak dan ulser kulit. Ianya juga boleh terus disapu pada permukaan luka bagi menghilangkan parut.

Lagi manfaat Vita-E Complex
Ø  Melindungi kulit daripada sinaran UV , jeragat &  kedutan membuatkan kulit tampak lebih muda
Ø   Melindungi paru-paru dari pencemaran udara
Ø   Anti Oksidan
Ø   Membekalkan oksigen ke sel-sel badan
Ø  Meningkatkan imuniti tubuh badan untuk melawan penyakit
Ø  Melegakan kesakitan artritis dan inflamasi sendi
Ø  Mengurangkan risiko Alzheimer ( Nyanyuk)
Ø  Menyelesaikan masalah kelesuan
Ø  Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil
Ø   Membantu merendahkan kadar kolestrol
Ø  Membantu mencegah kanser
Ø  Merendahkan risiko katarak 

Set Pilihan  Vita-E Complex











Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT (dalam pemantauan doctor) , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan

p/s: Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.


** Produk ini tdak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
























Isnin, 13 Ogos 2018

Gout???Penyakit Orang Kaya????

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Gout….seringkali dikenali sebagai penyakit orang kaya dan dipercayai wujud sejak 2000 tahun yang lampau. Gout merupakan penyakit yang berkaita rapat dengan dengan pemakanan yang diambil.

 Gout terjadi apabila kandungan asid urik yang berlebihan didalam badan. Asid urik merupakan bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein) yang terkumpul pada sendi dan tisu lembut disekelilling sendi. Lelaki adalah lebih berisiko untuk mengidap gout serta wanita yang sudah melewati monopouse.

Tanda-tanda gout
Ø Mengalami masalah bengkak pada sendi
Ø Bewarna kemerah-merahan
Ø Sering merasa panas
Ø Panas
Ø Demam


Antara faktor yang menyebabkan terjadinya gout:-
 Ø  Tabiat pemakanan yang salah – pengambilan makanan yang berprotien tinggi secara berlebihan
Ø   Tekanan atau stress
Ø  Berat badan yang berlebihan(obesity)
Ø  Pengambilan antibiotik
Ø  Faktor keturunan


Makanan yang perlu dielakkan oleh mereka yang mengidap gout:-
·        Bijirin
·        Makanan Laut
·        Ikan bilis
·        Kicap
·        Teh / Kopi
·        Minuman Keras
·        Kekacang


Apabila kesihatan  dalaman kita elok dan sistem imun berfungsi dengan baik  secara tidak langsung ianya akan kelihatan dari luar dengan kulit yang semakin sihat dan cantik. Tentu seronokkan bila mempunyai tubuh yang. Btul x???

Haa….. apa tunggu lagi.. Jom dapatkan Set Gout Shaklee hari ini agar tubuh sihat.

 Ingin mendapatkan GLA Shaklee dengan harga istimewa, Kami pengedar Shaklee pilihan utama anda boleh dihubungi melalui:-

         Wasap.my/601132360179/SETGOUTSHAKLEE
  
Berminat..... tp  nak order sendiri.. boleh aje...klik je kat  sini ..... Set Gout Pilihan Anda..


Set Gout Pilihan Anda..

Testimoni Gout




Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT (dalam pemantauan doctor) , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan

p/s: Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.


** Produk ini tdak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.