Nuffnang Ads

Rabu, 4 November 2015

Petua hilangkan bau ayam

Assalamualaikum

Untuk perkongsian petua semudah abc pada kali ini, Ummi akan berkongsi petua bagaimana untuk menghilangkan hanyir ayam.
Gambar Mr. Google

Pernah tak alami situasi dimana ayam yang telah dimasak masih mempunyai bau. Pastinya sukar untuk diterima tekak sekiranya ayam yang dibersihkan masih lagi berbau hanyir walaupun telah dimasak. 

Ianya hanya memerlukan satu bahan saja dan yang pastinya ianya murah dan mudah diperolehi iaitu tepung gandum.

Cara-caranya....
Gambar Mr. Google
a)      Bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang diingini
b)     Rendam ayam dalam air bancuhan tepung gandum selama 2-3 minit.
c)      Bilas semula dengan air bersih.

Hasilnya ayam lebih bersih dan tidak berbau hanyir.
Selamat mencuba •                       

Psstt… untuk seekor ayam anggaran berat 1kg-1.5kg biasanya Ummi gunakan 2 genggaman tangan ( anggaran dalam 1 cawan)





0 comments: