Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Sabtu, 25 Februari 2023

Risiko Anemia Terhadap Ibu Hamil

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Tahukah anda, ibu hamil juga mempunyai risiko untuk menghidapi anemia.

Apa itu Anemia
Anemia merupakan  situasi dimana tubuh menghadapi kekurangan darah merah serta jumlah sel darah merah (hemoglobin) tidak memenuhi  tahap hemoglobin yang mencukupi atau berada dibawah paras normal untuk menampung keperluan tubuh .


Wanita hamil yang berisiko tinggi mengidap anemia adalah mereka yang :-
Ø  Pernah disahkan mengidap anemia semasa kehamilan terdahulu
Ø  Pernah melahirkan anak beberapa kali
Ø  Pernah mengalami kehilangan darah yang berlebihan semasa melahirkan anak
Ø  Ibu yang sedang menyusukan anak

Diantara punca atau penyebab terjadinya anemia ialah:-
Ø  Kekurangan zat besi (ZinC)
Ø  Kekurangan folat  dan vitamin B12
Ø  Talasemia
Ø  Pemindahan darah semasa hamil
Ø  Jangkitan kuman.

Semasa hamil, tubuh manusia akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Oleh itu, tubuh memerlukan zat besi atau vitamin B12 dan folat bagi memastikan penghasilan darah merah yang mencukupi disepanjang tempoh kehamilan.
Semakin bertambah usia kandungan, semakin meningkat isipadu darah yang diperlukan. Ianya juga menyebabkan kecairan darah berlaku. Walaupun sel darah merah semakin bertambah, tetapi dalam tempoh yang sama penghasilan plasma darah juga turut lagi bertambah dan menyebabkan keadaan yang kita panggil anemia relative atau fisiologi.  

Seseorang itu dikatakan mengidapi anemia bila tahap hemoglobin kurang dari:-
Ø  11 g/dl semasa trimester pertama
Ø  10.5 g/dl semasa trimester kedua
Ø   10 g/dl dalam trimester ketiga

Tanda-tanda Anemia terhadap  ibu hamil antaranya ialah:-
Ø  Letih
Ø  merasa tidak bermaya
Ø  pening atau sakit kepala
Ø  berdebar-debar
Ø  sesak nafas

Antara risiko atau kompilasi  Anemia terhadap ibu dan anak adalah:-
Ø  Kelahiran pra-matang
Ø  Kematian bayi dalam kandungan
Ø  Kemurungan selepas bersalin
Ø  Tumbesaran bayi terbantut (kandungan kecil)
Ø  Kerencatan perkembangan akal dan psikomotor
Ø  Pendarahan ketika  bersalin

Langkah-langkah yang perlu diikuti atau dilakukan oleh ibu hamil :
Ø  Adalah disarankan agar para ibu meningkatkan kadar pengambilan zat besi didalam diet harian
Ø  Melakukan pemeriksaan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Ø  Melakukan rawatan zat besi yang disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung
Ø  Mendapatkan suntikan zat besi seperti yang disarankan sekiranya ibu tidak dapat mengambil zal besi secara biasa.
Ø  Melakukan pemindahan darah sekiranya perlu.
Ø  Menjalani pemeriksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh klinik ibu mengandung

Langkah-langkah ini perlu diikuti oleh ibu hamil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.

Adalah itu diharapkan agar ibu hamil mengambil diet seimbang bagi memastikan keperluan nutrient semasa hamil mencukupi. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan tertentu dapat membantu memenuhi keperluan tubuh dan memastikan keperluan nutrient ibu hamil dapat dipenuhi.



Sumber rujukan /gambar
Google


Life Shake Matcha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 

Diruangan kali ini, suka saya kongsikan produk terbaru dari Shaklee untuk permulaan awal tahun ini iaitu Life Shake Matcha.

Life Shake Matcha merupakan minuman protien hidangan lengkap. Selain kaya dengan sumber protien, ianya mengandungi kalsium, serat, vitamin dan mineral. Selain itu juga kandungan estrak tambahan Matcha bagi meningkatkan manfaat antioksidan.

Life Shake Matcha dihadirkan khusus buat peminat Green Tea.

Rasanya yang lemak2 manis dan sedikit rasa pahit dipenghujungnya menambahkan lagi keistimewaan Matcha.



Manfaat Life Shake Matcha

✍Membantu membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi mood yang lebih baik

✍Menyokong kesihatan sel dan perlindungan sel badan

✍ Meningkatkan kesihatan kolon dan penghadaman

✍Menyokong tahap kolestrol yang sihat.

✍Menyokong penurunan berat badan serta memngekalkan kesihatan otot

✍Menyokong kesihatan Tahap Gula dalam darah

✍Rasa kenyang yang lebih lama

Peminat Green Tea wajib try Life Shake Matcha dan rasai perbezaannya