Sabtu, 7 November 2015

Petua Menghalau Kutu Beras




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Bahan-bahan:
✨ Beras
✨ Daun Limau
Caranya ialah dengan memasukkan daun limau kedalam bekas simpanan beras. Kesannya tiada lagi kutu beras dan beras berbau wangi.

Petua Membersihkan Sotong


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Untuk ruangan petua pada kali ini, Ummi ini berkongsi petua dari orang lama yang amat mudah untuk diamalkan.

Hari ini kita kongsi petua bagaimana untuk cara mudah untuk membuang kulit sotong. Haa… jangan ingat semua suka makan sotong yang tidak dibuang kulitnya..

Caranya semudah abc tau…

a)      Dengan mengunakan air basuhan beras, rendam sotong selama 2 – 5minit.
b)     Buang kulit sotong .. mulai dari bahagian ekor ianya lebih mudah lekang atau ditanggalkan
c)      Dah selesai , bilas  …dah blh masak resepi yang diingini.

Selamat mencuba.

Akan datang Ummi akan kongsikan petua yang lainnya.


Rabu, 4 November 2015

Testimoni Esp - Ibu Menyusu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Until entry kali ini, Ummi ingin berkongsi pengakuan seorang ibu yang mengambil ESP sebagai alternatif untuk menyusui bayinya. Waktu yang sama, beliau menghadapi masalah berat badan yang naik serta masalah kulit kering & berjerawat serta berparut.
Jom kits ikuti pengakuan dan semoga pengakuan beliau dapat membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah yang sama di luar sana.

⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Niat asal ambil ESP adalah untuk 'milk booster' time menyusu anak first. Yes, memang susu makin hari makin meriah, makin pekat.
Lama2 baru perasan perubahan kulit -makin lembap, dah tak mengelupas2 area hujung bibir & bawah hidung, stretchmark makin pudar, jerawat belakang badan pun segan nak naik, surprisingly parut2 lama pun hilang! Kalau luka plak, cepaaat jer baik, tak tinggal parut macam dulu2.
Lagi satu yang best, ibu menyusu kan makan agak kerap. Sebelum consume esp, hourly jugakla mengunyap sebab lapar. Tapi lepas esp, paling kurang lepas 3 jam baru rasa lapar. Walaupun orang lain rasa makan 3 jam sekali tu macam makan banyak, tapi semua pun tegur body tak naik walaupun dah anak 2. Hepi tak hepi, berat lepas anak 2 sama dengan berat masa sekolah rendah tu! :)
Pregnant dgn esp plak sentiasa bertenaga dari bukak mata bangun pagi, sampaila nak tidur. Sayalah ibu berkerjaya, surirumah, isteri dan ibu kepada 2 anak perempuan kecil (nak masuk 3 tak lama lagi). Tak ada orang gaji, semua kerja rumah pun kami suami isteri buat sendiri.
Last skali, "boring" dah orang tegur, "ha, dah 30 tahun? Ingatkn baru habis SPM!" :P
Kesimpulannya...
SUPERMOM MEMANG PERLUKAN SHAKLEE! 

Petua cara selamat dan murah atasi masalah rambut beruban.

Rambut dikatakan mahkota bagi setiap insan. Tidak  kira lelaki atau perempuan.Rambut yang beruban kadangkala mengurangkan kenyakinan diri untuk tampil bergaya. Masalah rambut beruban bukan hanya dihadapi oleh mereka yang berusia tetapi juga diperingkat remaja.

Ingin tahu rahsia menghilangkan uban tanpa bahan kimia yang memudaratkan dan tidak mengandungi akohol dan yang paling menarik ianya amat murah dan mampu dilakukan oleh sesiapa saja.

Bahan yang super luk an hanyalah secawan air kelapa. Ianya digosokkan kekulit kepala sehingga rata dan kemudiannya dibalut dengan tuala selama 30 minit dan
barulah dicuci dengan air bersih.

Hasilnya...rambut kembali sihat dan bersinar dan masalah rambut beruban akan berkurangan.

Lakukannya selama 2 minggu untuk melihat hasilnya .... Selamat mencuba😘😘😘

Petua hilangkan bau ayam

Assalamualaikum

Untuk perkongsian petua semudah abc pada kali ini, Ummi akan berkongsi petua bagaimana untuk menghilangkan hanyir ayam.
Gambar Mr. Google

Pernah tak alami situasi dimana ayam yang telah dimasak masih mempunyai bau. Pastinya sukar untuk diterima tekak sekiranya ayam yang dibersihkan masih lagi berbau hanyir walaupun telah dimasak. 

Ianya hanya memerlukan satu bahan saja dan yang pastinya ianya murah dan mudah diperolehi iaitu tepung gandum.

Cara-caranya....
Gambar Mr. Google
a)      Bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang diingini
b)     Rendam ayam dalam air bancuhan tepung gandum selama 2-3 minit.
c)      Bilas semula dengan air bersih.

Hasilnya ayam lebih bersih dan tidak berbau hanyir.
Selamat mencuba •                       

Psstt… untuk seekor ayam anggaran berat 1kg-1.5kg biasanya Ummi gunakan 2 genggaman tangan ( anggaran dalam 1 cawan)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...