Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mei 2018

Petua Merawat Ulser Mulut Anak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Petua merawat ulser mulut anak

Petua seringkali kita mendengar petua untuk merawat ulser adalah dengan berkumur dengan air garam tapi pastinya amat menyakitkan dan pedih buat sikecil. 

Petua yang selamat &  tidak menyakitkan sesuai  untuk anak-anak adalah  dengan menyapu madu disekeliling tempat yang terkena ulser didalam mulut.

InSyaAllah ,ianya akan beransur pulih....



















Gambar  dari Mr.Google

Ahad, 1 April 2018

Petua Menghilangkan Sembelit Anak


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Hati ibu mana yang tidak sedih bila melihat anaknya berada dalam kesukaran dan kesakitan akibat sembelit. Sembelit terjadi apabila kandunga air dalam tubuh  adalah tidak mencukupi. Sembelit biasanya terjadi apabila anak  mulai memakan makanan pejal iaitu  dalam usia 6
bulan keatas.

Seorang ibu haruslah mengetahui tanda-tanda awal sembelit terhadap anak anda, diantaranya :-
Ø  Meragam, sakit perut
Ø  Perut  merasa keras
Ø  Sakit perut tetapi  susah untuk membuang air besar
Ø  Najis bercampur darah
Ø  Najis yang berketul-ketul dan keras


Tip utk mencegahnya
·        Banyakkan pengambilan air putih untuk anak anda
·        Banyakkan pengambilan buah-buahan sebagai snek anak anda.

Petua Sembelit
1.      Bakar beberapa biji pisang abu bersama kulitnya sekali sehingga kehitam-hitaman.
2.      Sejukkan hingga suam-suam kuku,  barulah dimakan.
3.      Amalkan setiap hari hingga bagi membantu pelawasan anak anda.

InsyaAllah, ianya dapat membantu masalah sembelit anak.

Gambar dari Mr.Google

Rabu, 4 November 2015

Petua cara selamat dan murah atasi masalah rambut beruban.

Rambut dikatakan mahkota bagi setiap insan. Tidak  kira lelaki atau perempuan.Rambut yang beruban kadangkala mengurangkan kenyakinan diri untuk tampil bergaya. Masalah rambut beruban bukan hanya dihadapi oleh mereka yang berusia tetapi juga diperingkat remaja.
Ingin tahu rahsia menghilangkan uban tanpa bahan kimia yang memudaratkan dan tidak mengandungi akohol dan yang paling menarik ianya amat murah dan mampu dilakukan oleh sesiapa saja.
Bahan yang super luk an hanyalah secawan air kelapa. Ianya digosokkan kekulit kepala sehingga rata dan kemudiannya dibalut dengan tuala selama 30 minit dan
barulah dicuci dengan air bersih.
Hasilnya...rambut kembali sihat dan bersinar dan masalah rambut beruban akan berkurangan.
Lakukannya selama 2 minggu untuk melihat hasilnya .... Selamat mencuba