Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Khamis, 10 Mei 2018

Petua Merawat Ulser Mulut Anak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Petua merawat ulser mulut anak

Petua seringkali kita mendengar petua untuk merawat ulser adalah dengan berkumur dengan air garam tapi pastinya amat menyakitkan dan pedih buat sikecil. 

Petua yang selamat &  tidak menyakitkan sesuai  untuk anak-anak adalah  dengan menyapu madu disekeliling tempat yang terkena ulser didalam mulut.

InSyaAllah ,ianya akan beransur pulih....



















Gambar  dari Mr.Google

Rabu, 9 Mei 2018

Testimoni ESP - Rambut Gugur/Kuku Rapuh


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian testimoni dari WAHMillionare - Ireach
Testimoni ESP – Rambut Gugur/ Kuku Rapuh
******
Sebelum ni akak ni mengalami masalah rambut gugur dan kuku nipis, lembut la... mudah patah, tambah-tambah bila kena air lepas basuh pinggan dan sebagainya..
Nak cuci rambut pun tak boleh nak garu-garukan kepala... rasa sakit jugak la... akak nak lekatkan butang baju pun susah sebab kuku terlampau lembut...

Tapi lepas akak minim ESP (soy protien isolated powder... Rambut dah kurang gugur.. yang paling akak rasa seronok kuku akak dah jadi keras... Maksudnya normal la bila basuh pinggan mangkuk pun… kuku nie tak patah dah… Suami akak pun tau hal nie.

Terus terang akak cakap produk Shaklee ni the best.
.
 

Ingin Kenali ESP disini
Ø   https://teratakqasehummi.blogspot.com/2016/08/esp-oh-esp.html (ESP oh ESP)
Ø  https://teratakqasehummi.blogspot.com/2018/01/estimony-gastrik-esp.html (Testimoni Gastrik)


Selasa, 8 Mei 2018

Testimoni ESP – Ibu Menyusu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian testimoni dari WAHMillionare - Ireach
Testimoni ESP – Kurus Cantik
******
Saya minum ESP untuk kurus. Sedap bila ESP kosong  campur dengan Cinch Café Latte. Tapi yang paling tak best bila susu badan melimpah ruah pula. Selalu jadi bengkak susu sebab si raisha minum main-main je sekarang ni. 

Tapi setiap malam memang tak perlu nak bangun untuk menyusu dia la. Bagi masa mula nak tido dan waaktu subuh je. Raisha kenyang lama sangat.
Yang paling tak best bila eye bag pun makin pudar.

Liang roma di muka pun semakin kecil. Bila cuci muka rasa cam pelik lak, nape la halus sangat.
Rupanya ESP ni kesan dia banyak merebak keseluruh badan. Tak faham betul la.
Ni keluh kesah sangat pasal ESP.



Ingin Kenali ESP disini
Ø   https://teratakqasehummi.blogspot.com/2016/08/esp-oh-esp.html (ESP oh ESP)
Ø  https://teratakqasehummi.blogspot.com/2018/01/estimony-gastrik-esp.html (Testimoni Gastrik)



Isnin, 7 Mei 2018

Bijakkah Kita Sebagai Pengguna?



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Akhir-akhir ini terdapat begitu banyak lambakan barangan kesihatan dan kecantikan yang menjadi pilihan ramai yang boleh didapati dimana sahaja. Ianya mudah diperolehi sama ada melalui atas talian, farmasi, pasaraya ataupun dipasar malam.

Tahukah sahabat semua, ada diantaranya mengandungi barangan terlarang dan ada diantaranya juga tidak mempunyai kelulusan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). BPFK telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal melalui pendaftaran dan pelesenan.

Sebagai seorang pengguna kita boleh memastikan kesahihan produk yang menjadi pilihan dengan melakukan semakan produk berdaftar melalui laman sesawang BPFK.

Cara untuk melakukan semakan produk melalui laman sesawang BPFK:-

1.         Memasukkan www.bpfk.gov.my  atau npra.moh.gov.my untuk laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
2.         Klik pada menu ‘QUEST – Product Search’ pada sebelah kiri
3.         Pangkalan data Sistem QUEST2 dan QUEST3 akan dipaparkan.
Sekiranya sahabat ingin mencari status produk berdaftar bagi produk farmaseutikal, tradisional atau suplemen kesihatan, pengguna boleh memilih  ‘All Registered Product Other Than Cosmetics’ dan sekiranya ingin mencari status untuk kosmetik  klik  ‘Cosmetic Products Only’

Semoga perkongsian kali ini membantu sahabat semua dapat memilih produk yang yang telah terjamin kesahihannya dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatan. Jadilah pengguna yang bijak dan sayangi diri anda


rujukan :-
http://www.myhealth.gov.my/semakan-produk-berdaftar-melalui-laman-sesawang-bpfk/