Assalammualaikum.
Untuk ruangan kali
ini, Ummi ingin berkongsi maklumat atau info mengenai penyakit Bell Palsy's
(Bell Palsi).
Bell Palsy's
merupakan salah satu penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf. Punca
penyakit Bell Palsy's adalah tidak diketahui serta ianya tidak mempunyai
tanda-tanda awal atau simptom yang tertentu kerana ianya menyerang
pesakit secara tiba-tiba.
Mengikut kajian 2
daripada 10,000 orang adalah berisiko menghidapinya.
Bell Palsy's ialah
penyakit lumpuh saraf muka berlaku secara tiba-tiba yang mana ianya menyebabkan
ketidakmampuan untuk mengawal otot muka seperti:-
✨ perubahan pada muka
(mengerenyot)
✨ menghadapi
kesukaran untuk makan atau minum
✨ air liur yang
sering meleleh berikutan kesukaran untuk mengawal otot muka.
✨ mulut atau mata
yang lemah dan senget.
✨ kulit muka terasa
tegang seperti ditarik kesebelah.
✨ kelumpuhan pada
muka yang menyebabkan kesukaran untuk menutup mata.
✨ sakit kepala
✨ kehilangan deria
rasa
✨ kepekaan terhadap
bunyi terjejas atau terganggu
✨ sakit didepan atau
dibelakang telinga.
Kebiasaanya penyakit
Bell Palsy's ini adalah bersifat sementara dan rawatan perlu diberikan dari
awal iaitu dalam tempoh 24jam bertujuan untuk mengawal gejala seperti bengkak
muka dan tekanan pada saraf agar ianya tidak lebih memudaratkan lagi keadaan
pesakit.
Ubat kortikosteriod
atau antiviral mungkin boleh membantu mengurangkan bengkak dan mengurangkan
tekanan pada muka.
Oleh itu perlu
diingatkan agar pesakit tidak menangguhkan untuk mendapatkan rawatan supaya
ianya dapat dikawal sedari awal.
Sekian dulu untuk
perkongsian kali ini. Diharapkan ianya dapat membantu semua mengetahui akan
penyakit Bell Palsy's dan memahami akan derita yang dialami oleh mereka
yang menghidapnya.
Info :
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Palsi_Bell
Klik sini untuk
testimoni pesakit Bell Pasly :-
http://teratakqasehummi.blogspot.my/2016/01/testimoni-pesakit-bell-palsy.html
Klik sini untuk kenali Vivix
Kami pengedar Shaklee
pilihan utama anda boleh dihubungi melalui:-
ü SMS/W'app/
Telegram : ☎ 011-3236 0179 (AnnaZalya)
ü http://Wasap.my/601132360179
p/s: Vivix adalah
supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA.
Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.
** Produk ini tidak
bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang
penyakit. Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT , HAMIL atau
MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu
sebelum pengambilan supplement.