Nuffnang Ads

Jumaat, 4 September 2015

Shaklee vs MLM

Assalammualaikum.

Untuk entry kali ini, mari kita kenali perbezaan di antara Shaklee & MLM. Seringkali kita mendengar ramai yang beranggapan Shaklee adalah salah satu cabang MLM. Namun sebenarnya tanggapan berikut adalah salah sama sekali. Shaklee amat berbeza dengan sistem MLM atau skim cepat kaya yang lainnya.

Pertamanya, untuk menjadi ahli Shaklee yuran yang dikenakan hanya RM80 ( kit permulaan & post). Ianya merupakan yuran yang dikenakan seumur hidup. Berbeza dengan MLM dimana ianya mengenakan yuran keahlian yang perlu diperbaharui dalam tempoh tertentu.

Keduanya, ahli Shaklee  atau lebih dikenali sebagai SID tidak perlu membeli stock untuk dijual. Ini bererti SID tidak perlu mengeluarkan puluhan RM sebagai modal apatah lagi mencecah ribuan. Berbeza dengan MLM dimana ahli perlu mengeluarkan modal dalam jumlah yang tertentu dan menyimpan stock product untuk dijual yang acapkali mencecah ribuan ringgit.

Perbezaan yang ketiga diantara Shaklee dan MLM ialah tiadanya sistem 'Head Hunting'. Ini bermakna SID tidak siwajibkan untuk mencari ahli dibawahnya namun ianya masih mendapat manfaat darinya. Berbeza dengan MLM dimana ahli adalah diwajibkan mendapatkan jumlah tertentu ahli dibawahnya bagi melayakkannya untuk mendapat imbuhan yang seterusnya dan ianya lebih dikenali sebagai sistem piramid.

Perbezaan yang keempat ialah didalam Shaklee tiada istilah meng'kaya'kan orang atasan atau lebih dikenali sebagai leader. Setiap SID perlu berusaha mencapai impian atau targetnya sendiri. Berbeza dengan MLM yang mana keuntungannya perlu dikongsi bersama Leader  mengikut nisbah yang telah ditetapkan.

Perbezaan yang kelima adalah perbezaan yang paling menarik iaitu 90% SID Shaklee pada asalnya merupakan pengguna Shaklee yang telah merasai kebaikan product @ supplement dari  Shaklee termasuk saya sendiri. Dari seorang penguna dan akhirnya menjadi SID & berkongsi kebaikan product dan mendapat keuntungan darinya. Berbeza dengan ahli MLM yang menyertai MLM untuk mencari keuntungan semata.

Adalah diharapkan entry kali ini membantu anda lebih mengenali Shaklee dan perbezaannya dengan MLM. Sekiranya anda berminat untuk mengenali Shaklee dengan lebih lanjut hubungi ☎✉ 011-3236 0179.... Ingat hubungi ☎✉ 011-3236 0179 untuk lanjut.

0 comments: