Nuffnang Ads

Isnin, 23 Oktober 2017

Kematian Sel Dan Kanser

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Diruangan kali ini akan Ummi akan berkongsi info tentang kaitan kematian sel dan kanser dan bagaimana ianya berkaitan diantara satu sama lain.

Adakah kita sedari bahawa sel-sel badan kita sentiasa berganti baru. Ini terjadi apabila berlakunya kematian sel. Pengantian sel baru adalah perlu bagi memastikan kesimbangan sel dalam badan. Kematian sel badan terbahagi kepada dua iaitu :-

1.    Apoptosis
Ø  Merupakan proses kematian sel yang berlaku secara semulajadi tanpa paksaan (natural).
Ø  Sel yang matang atau  tua dan tidak diperlukan akan mati secara apoptosis dimana ianya  akan mengecut dan dibuang keluar secara semulajadi.
Ø  Sel lama yang telah dibuang akan digantikan dengan sel yang baru.
Ø  Proses apoptosis berlaku adalah untuk memastikan keseimbangan sel dalam tubuh diantara sel baru dan sel lama.
Ø  Proses apoptosis yang berlaku tidak meninggalkan kesan atau mendatangkan kemudaratan pada tubuh.

2.    Necrosis
Ø  Merupakan proses kematian sel yang berlaku disebabkan oleh faktor luaran dan bukan secara semulajadi.
Contoh 1 Kematian Sel Akibat Luka


Contoh 1 : 
Tangan yang luka akibat terkena pisau akan menyebabkan berlakunya kematian sel secara necrosis. Ianya terjadi apabila berlakunya pelanggaran yang menyebabkan sel baru mati secara terpaksa.



Contoh 2 Kematian Sel (Gangren)


 Contoh 2
Apabila terjadi serangan penyakit seperti diabetes yang menyebabkan salur darah tersekat, hingga menyebabkan bahagian yang sepatutnya menerima bekalan darah tidak menerima darah, secara tidak langsung ianya akan menyebabkan berlakunya kematian sel secara paksaan disebabkan oleh kekurangan bekalan darah.

     Apabila necrosis terjadi tubuh akan mengalami keradangan atau kerosakan seperti bengkak atau kerosakan pada tubuh. Kesan necrosis dapat dilihat pada tubuh sehingga adakalnya ianya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang.

Bagaimana kanser berlaku?

Kanser terjadi apabila terdapatnya  sel-sel yang tidak normal. Sel-sel tidak normal ini wujud apabila terjadinya mutasi yang disebabkan oleh beberapa faktor. Diantaranya ialah:-

ü  Kecelaruan DNA
ü  Faktor luaran seperti terdedah kepada radikal bebas.

Sel yang mengalami mutasi akan menyebabkan berlakunya tumor kerana :-

Ø  Sel yang mengalami mutasi tidak akan musnah dalam proses apoptasis.
Ø  Sel yang rosak ini  akan membiak berkali ganda dan membahagi secara tidak terkawal sehingga ianya boleh membentuk tumor. 
Tumor terbahagi kepada 2 iaitu 
  •     benign (bukan kanser) ianya tidak merebak kebahagian tubuh yang lain.

  •     malignant (kanser) ianya boleh merebak kebahagian tubuh yang lain sekiranya tidak dirawat. Ianya dikenali sebagai barah atau kanser sekunder
Ø  Tumor akan bertukar menjadi kanser dalam jangkamasa yang lama dan kebiasaannya dikesan setelah bertahun menghuni tubuh.

Seperti yang kita ketahui kanser bukan merupakan penyakit keturunan atau boleh diwarisi namun risikonya tetap ada pada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang  mengidap kanser

Oleh itu, ianya perlu dirawat merebak dengan lebih jauh lagi. Rawatan kimoterapi perlu dijalani oleh pengidap kanser bagi membunuh sel-sel yang telah rosak tetapi ianya juga membunuh sel yang sihat secara tidak langsung. Rawatan kimoterapi ini akan mencetuskan kembali proses apoptosis yang akhirnya akan bertindak untuk membunuh sel-sel yang rosak atau jahat.


Kandungan Resveretrol didalam Vivix berfungsi menambahkan mitokondria dalam tubuh  agar lebih bertenaga. dan secara tidak langsung ianya juga berfungsi membaiki sel-sel tubuh.

Fungsi kandungan Resveretrol dalam Vivix  :-
Ø  Membaiki dan melindungi sel DNA
Ø  Memberi kesan positif terhadap pengawal genetik
Ø  Penghasilan tenaga (motikondria)
Ø  Melambatkan penghasilan AGE protein.


Klik sini untuk kenali Vivix 
Kami pengedar Shaklee pilihan utama anda boleh dihubungi melalui:-
ü  SMS/W'app/ Telegram http://Wasap.my/601132360179


Klik disini untuk order secara terus dari Shaklee ... 

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/apa-itu-kanser/
               Nanny Hanum (Group Amazing – Ireach)

p/s: Vivix adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan supplement.

Testimoni Vivix

Testimoni Vivix - Kanser
Testimoni Vivix -Kanser Urine

  

0 comments: