Nuffnang Ads

Isnin, 7 Mei 2018

Bijakkah Kita Sebagai Pengguna?



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Akhir-akhir ini terdapat begitu banyak lambakan barangan kesihatan dan kecantikan yang menjadi pilihan ramai yang boleh didapati dimana sahaja. Ianya mudah diperolehi sama ada melalui atas talian, farmasi, pasaraya ataupun dipasar malam.

Tahukah sahabat semua, ada diantaranya mengandungi barangan terlarang dan ada diantaranya juga tidak mempunyai kelulusan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). BPFK telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal melalui pendaftaran dan pelesenan.

Sebagai seorang pengguna kita boleh memastikan kesahihan produk yang menjadi pilihan dengan melakukan semakan produk berdaftar melalui laman sesawang BPFK.

Cara untuk melakukan semakan produk melalui laman sesawang BPFK:-

1.         Memasukkan www.bpfk.gov.my  atau npra.moh.gov.my untuk laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
2.         Klik pada menu ‘QUEST – Product Search’ pada sebelah kiri
3.         Pangkalan data Sistem QUEST2 dan QUEST3 akan dipaparkan.
Sekiranya sahabat ingin mencari status produk berdaftar bagi produk farmaseutikal, tradisional atau suplemen kesihatan, pengguna boleh memilih  ‘All Registered Product Other Than Cosmetics’ dan sekiranya ingin mencari status untuk kosmetik  klik  ‘Cosmetic Products Only’

Semoga perkongsian kali ini membantu sahabat semua dapat memilih produk yang yang telah terjamin kesahihannya dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatan. Jadilah pengguna yang bijak dan sayangi diri anda


rujukan :-
http://www.myhealth.gov.my/semakan-produk-berdaftar-melalui-laman-sesawang-bpfk/


0 comments: