Nuffnang Ads

Rabu, 2 Januari 2019

Ancaman Kepada Pencipta Dan Menyebar Fitnah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian ilmu dari Takzirah Ringkas
.
Sabda Baginda SAW ketika menceritakan tentang Alam Barzakh (selepas kematian) yang bermaksud :
.
“Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.; “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” (Hadis Riwayat Bukhari: Bil. 7047 dari hadis Samurah bin Jundub R.A).
.
Jika kita fahami hadith ini, sebenarnya Nabi SAW telah lama memberi amaran dan mengingatkan kita tentang bahaya fenomena penyebaran pembohongan (fitnah) yang cukup membimbangkan yang berleluasa berlaku pada hari ini.
.
Setiap berita mahupun cerita yang kita perolehi wajib kita cermati agar kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang disebut oleh Nabi SAW sebagai "kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia".
.
Manusia di zaman edan ini sanggup meninggalkan kehidupan beragama dan hidup tidak bermoral demi untuk meraih kenikmatan dunia yang sedikit. Umpamanya mereka ini punya pancaindera tetapi telah tertutup daripada melihat dosa kemungkaran, kesan buruk dan kebinasaan yang bakal berlaku apabila tersebarnya pembohongan (fitnah) yang mereka lakukan.
.
Dalam satu rakaman yang ditularkan di media sosial tentang seorang lelaki yang bernama Mirko Ceselkoski (The Man Who Helped Donald Trump Win US Election) mengakui bahawa dia dan pelajar pelajarnya telah memanipulasi maklumat atau membuat ''fake news'' lalu menyebarkannya ke seluruh penjuru dunia sehingga menyebabkan Donald Trump memenangi pilihan raya di Amerika Syarikat.
.
Pelbagai isu telah dimanipulasi dan berita palsu dicipta untuk diperdendangkan kepada rakyat Amerika Syarikat agar mereka cenderung memilih Donald Trump sebagai President negara Uncle Sam itu. Ini telah membuktikan bahawa moral telah mati dikalangan pengamal "fake news" ini sehingga memangsakan mereka yang bermudah mudah percaya kepada sesuatu isu atau berita.
.
Yang lebih membimbangkan lagi adalah apabila ''fake news'' (berita palsu) dijadikan satu industri (perniagaan) yang mana pakar pakar pembuat ''fake news'' ini dibayar untuk mencipta satu satu isu atau pembohongan untuk disebar luaskan dengan tujuan untuk memenangkan pihak yang membayar mereka.
.
Justeru, melalui kehidupan yang tidak bermoral ini jugalah telah timbul pula satu "sihir baru" yang menakutkan kita pada hari ini iaitu , "Post Truth" yang membawa maksud kebenaran hanya dirungkai atau diketahui selepas terjadinya satu satu pembohongan yang telah direka untuk membohongi individu atau masyarakat. Ini cukup bahaya! lebih lebih lagi melibatkan suatu kuasa pemerintahan yang bermotif jahat yang jelas tidak bermoral lagi jauh daripada landasan agama.
.
Allah SWT telah mengingatkan kita di dalam Al Quran agar kita berhati hati dan membuat semakan atau mencermati satu satu berita yang kita terima. Ini kerana, dengan berbuat demikian kita boleh terselamat daripada terjerumus ke lembah kebejatan umat manusia yang hidup dengan pembohongan yang tidak berkesudahan ini.
.
Kita berhati hatilah!. Tidak seharusnya kita orang orang yang beriman, mudah mudah untuk dibohongi oleh musuh. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
20 Disember 2018

#takzirahringkas
#selfreminder

0 comments: