السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian ini adalah dari group WAHMillonare _-Ireach
Semoga perkongsian ini memberi
manfaat pada kita semua.
motivasi:
Macam mana nak rezeki
dari berniaga?
Ya bila sebut
berniaga dasarnya perlu barang atau produk, wang sebagai pertukaran dan manusia
untuk menjalankan urusniaga.
Namun untuk manusia
adalah satu makhluk yang unik kerana ia mempunyai hati. Tapi siapakah yang
menjaga hati manusia? Ya Allah pencipta sekalian alam. Maka Allah yang izinkan
mereka ini tergerak hati nak membeli.
Berniaga ni selain
usaha kita memberitahu dunia yang kita mempunyai barang untuk tukaran dengan
wang kita perlu usaha nak jemput rezeki.
Antara amalan yang
boleh diamal untuk menjemput rezeki :
1. Menjaga solat 5
waktu dengan baik.
2. Menambah solat
sunat yang disarankan iaitu solat wudhu, solat sunat sebelum dan selepas solat
wajib, sunat dhuha, sunat tahajud.
3. Mengaji Al Quran
4. Berzikir
5. Menghadiahkan
bacaan Yassin untuk mak ayah setiap hari.
6. Bersedekah walau
hanya memberi kucing jalanan makan.
7. Memaafkan orang
sebelum tidur.
8. Mohon maaf dengan
suami sebelum tidur.
9. Telefon mak ayah
dengan kerap walau tak dapat setiap hari at least selang sehari tanya khabar.
Jika dah meninggal bacakan Al Fatihah setiap waktu solat untuk mereka.
10. Sentiasa
mendoakan kebaikan pada orang lain.
Sebenarnya ada banyak
lagi cara nak jemput rezeki namun paling utama berapa lama kita boleh konsisten
( istiqamah) dalam melakukannya?
Oh ya, bila usaha
melakukan tak perlu tanya mengapa Allah tak beri seperti yang kita harapkan (
rezeki datang cepat) kerana Allah sangat suka hambaNya memujiNya maka
bersabarlah dalam mengusahakan amalan menjemput rezeki kerana Allah Maha
Pemberi.
Bila kita nak berjaya
dalam Shaklee, jangan lupa niat untuk membantu orang lain lebih utama. Jangan
sedih bila orang menolak kerana pasti ada yang menghargai sebagai ganti.
Teruskan membuat
kebaikan insyaAllah balasan yang baik juga menanti.
~ master norita ~
0 comments:
Catat Ulasan