Nuffnang Ads

Isnin, 1 Julai 2019

Pentingnya Akal Berlandaskan Agama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 Perkongsian ilmu dari Takzirah Ringkas

.Diantara kisah yang tercatat di dalam Surah Al Kahfi adalah kisah seorang lelaki yang memiliki dua kebun anggur yang cukup subur yang dipagari oleh pokok pokok kurma.

.Ditambah pula di antara celah celah kebunnya itu terdapat saliran air yang cukup sistematik untuk memudahkan pengairan ke dalam kebun kebun anggurnya.

.Tetapi malangnya, lelaki pemilik kebun kebun anggur ini angkuh lalu merasa bangga dengan segala kenikmatan yang diperolehinya. Keangkuhannya itu terzahir melalui kata katanya yang dirakam di dalam Al Quran;

."Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".(18:34)

."Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya".(18:35)

.Kata kata yang dituturkan oleh pemilik dua kebun ini membuktikan bahawa akalnya tidak berlandaskan kepada agama ketika berkata kata. Ini kerana, sifat materialistik yang telah menguasai dirinya telah menjadi hijab untuk dia melihat segala kurniaan yang diperolehinya itu datang daripada Allah SWT. Bahkan tidak juga dia itu berfikir Allah bisa sahaja menarik dan menghancurkan kebun kebunnya dalam sekelip mata.

.Keangkuhan pemilik kebun anggur itu telah ditegur oleh rakannya yang beriman yang menutur kata melalui akal yang berlandaskan agama; "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?" (18:37)

.Dipendekkan cerita, Allah SWT telah membinasakan kebun kebun anggur milik lelaki yang angkuh itu; "Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan"(18:42).

Maka tersedarlah pemilik dua kebun anggur yang angkuh itu tadi akan kesilapan yang telah dilakukan lalu menyesalinya dan merintih; "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!" (18:42)

...

Oleh kerana itu, pentingnya kita ini dipandu oleh akal yang berlandaskan agama. Ini adalah kerana, akal yang berlandaskan agama sebagai panduan tidak akan bermudah mudah untuk menutur kata dan melakukan sesuatu perkara yang menyanggahi syarak.

.Kita berhati hatilah! Wallahu'alam.

.#AkhiAdifGorment

18 Disember 2018

#takzirahringkas
#selfreminder


0 comments: