اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sayur Bunga Kantan Goreng
Petua Membersihkan Sotong
Terbaik Dari GLA
Hari Keluarga Zalya 2019.
Renungan.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Diruangan kali ini, suka saya kongsikan produk terbaru dari Shaklee untuk permulaan awal tahun ini iaitu Life Shake Matcha.
Life Shake Matcha merupakan minuman protien hidangan lengkap. Selain kaya dengan sumber protien, ianya mengandungi kalsium, serat, vitamin dan mineral. Selain itu juga kandungan estrak tambahan Matcha bagi meningkatkan manfaat antioksidan.Life Shake Matcha dihadirkan khusus buat peminat Green Tea.
Rasanya yang lemak2 manis dan sedikit rasa pahit dipenghujungnya menambahkan lagi keistimewaan Matcha.
Manfaat Life Shake Matcha
✍Membantu membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi mood yang lebih baik
✍Menyokong kesihatan sel dan perlindungan sel badan
✍ Meningkatkan kesihatan kolon dan penghadaman
✍Menyokong tahap kolestrol yang sihat.
✍Menyokong penurunan berat badan serta memngekalkan kesihatan otot
✍Menyokong kesihatan Tahap Gula dalam darah
✍Rasa kenyang yang lebih lama
Peminat Green Tea wajib try Life Shake Matcha dan rasai perbezaannya
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2022🥰
Sempena bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba, saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 makna buat semua.
Semoga Ramadan kali ini kita dipertemukan dengan Lailaturqadar dan kita sama2 beroleh keberkatan disepanjang Ramadhan. Semoga Allah angkat segala amal kita dan dengannya menjadi asbab untuk kita kesyurga Allah.
Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah tutur bicara, terkhilaf perbuatan tingkah laku yang melukakan serta halalkan segala yang terambil secara sengaja atau tidak.
Akhir kata Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua.😘
Berkongsi
lagi kita testimony dari Perkongsian dari Amazing WAHM –Ireach
*************
kisah mak saya dengan Vivix.
Bila sebut pasal Vivix dulu-dulu, saya rasa macam mahalnya Vivix ni. Masa tu macam betul ke testimoni-testimoni yang diorang share ni.
Tapi disebabkan kisah ni, memang dah buatkan saya berubah pendapat dan nak share dengan semua kebaikannya. Sangat berbaloi.
Kisahnya, mama ada masalah eczema kronik. Banyak dah berubat sana sini. Dah berbelas tahun dah eczema mama. Duit pun habis beribu untuk berubat.
Bayangkanlah sekali pergi rawatan sahaja dah rm500++. Tapi, eczema mama tetap tak surut.
(Siapa yang kenal mama tahulah macam mana kisah ni)
Saya pun baca segala details Vivix, cari dia punya kebaikan segala kandungan dia. Time tu nekad, aku mesti cuba beli Vivix untuk mama. Tak kesahlah, cuba je dulu. Terus grab 2 botol.
Hasilnya lepas 3 bulan, alhamdulillah memang amazing. Eczema mama hilang, kulit pun makin licin, bonus awet muda. Sakit-sakit sendi, gastrik pun hilang. Cuma tinggal sikit-sikit je lagi dekat tangan yang degil tak nak hilang lagi.
Bonus, walaupun mama dah 59 tahun. Tapi orang ingat mama masih 40an.
Hari nie ummi nak kongsi
resepi yang merupakan salah satu menu kegemaran keluarga ummi
Resepi yang simple dan mudah , yang pastinya sedap.
Biasanya bunga kantan kita masukkan dalam laksa sebagai pewangi.. tak ada bunga kantan bukan laksa namanya.
Sayur Bunga Kantan Goreng
Ramuan yang kita perlukan
Ø 3 ulas bawang
putih -tumis
Ø 3 ulas bawang merah -tumis
Ø 10 batang Bunga
kantan - potong halus (ala-ala bunga rampai gitu)
Ø 2 biji bawang besar –
dihiris
Ø Segenggam ikan bilis (nak
yang lembut ye)
Ø 5-10 biji cili padi (ikut
kepedasan yang diminati)
Ø Garam
Ø Serbuk cukup rasa (nie
klau tak de pun tak pe)
Cara memasaknya
Ø Tumis bawang putih dan
bawang merah
Ø Dah naik wangi masukkan
bunga kantan, bawang besar, ikan bilis dan cili padi
Ø Sesuaikan rasa dengan
garam dan serbuk perasa
Ø Dah lembut bunga kantan
boleh angkat & hidangkan.
Makan dengan nasi panas-panas, ikan
goreng cicah sambal lada….
Tak nampak dah, orang lalu belakang…
Selamat mencuba.
Perkongsian ilmu dari Takzirah Ringkas
.Diantara kisah yang tercatat di dalam Surah Al Kahfi adalah kisah seorang lelaki yang memiliki dua kebun anggur yang cukup subur yang dipagari oleh pokok pokok kurma.
.Ditambah pula di antara celah celah kebunnya itu terdapat saliran air yang cukup sistematik untuk memudahkan pengairan ke dalam kebun kebun anggurnya.
.Tetapi malangnya, lelaki pemilik kebun kebun anggur ini angkuh lalu merasa bangga dengan segala kenikmatan yang diperolehinya. Keangkuhannya itu terzahir melalui kata katanya yang dirakam di dalam Al Quran;
."Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".(18:34)
."Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya".(18:35)
.Kata kata yang dituturkan oleh pemilik dua kebun ini membuktikan bahawa akalnya tidak berlandaskan kepada agama ketika berkata kata. Ini kerana, sifat materialistik yang telah menguasai dirinya telah menjadi hijab untuk dia melihat segala kurniaan yang diperolehinya itu datang daripada Allah SWT. Bahkan tidak juga dia itu berfikir Allah bisa sahaja menarik dan menghancurkan kebun kebunnya dalam sekelip mata.
.Keangkuhan pemilik kebun anggur itu telah ditegur oleh rakannya yang beriman yang menutur kata melalui akal yang berlandaskan agama; "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?" (18:37)
.Dipendekkan cerita, Allah SWT telah membinasakan kebun kebun anggur milik lelaki yang angkuh itu; "Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan"(18:42).
Maka tersedarlah pemilik dua kebun anggur yang angkuh itu tadi akan kesilapan yang telah dilakukan lalu menyesalinya dan merintih; "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!" (18:42)
...
Oleh kerana itu, pentingnya kita ini
dipandu oleh akal yang berlandaskan agama. Ini adalah kerana, akal yang
berlandaskan agama sebagai panduan tidak akan bermudah mudah untuk menutur kata
dan melakukan sesuatu perkara yang menyanggahi syarak.
.Kita berhati hatilah! Wallahu'alam.
.#AkhiAdifGorment
18 Disember 2018
Perkongsian kisah untuk renungan kita bersama.
Sebuah percakapan
Iblis kepada anak buahnya...
"Jika kau
ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!"
Beri dia perasaan
akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.
Jika dia sudah
merasa lelah, ambil rasa syukurnya.
Biarkan dia
merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak
memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya.
Setelah kau ambil
rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri.
Sibukkan
pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain.
Buatlah dia lupa
akan kebaikan yang dia miliki.
Buatlah dia
merasa kecewa dan tidak berharga.
Jika itu sudah
terjadi, ambillah juga sabarnya.
Gaduhkan hatinya
agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya.
Buatlah dia
merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya.
Goda lisannya
untuk berkata kasar,
hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu
bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura syurga dalam rumah.
Dan kau akan
menemukan perlahan, rumah itu rosak… dari pintu seorang IBU
....
Sekali lagi,
makhluk penting itu bernama Ibu.
Lelah yang tidak
selesai menjadi tempat masuknya syaitan,
Ia mengambil
bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.
Jangan biarkan
syaitan mengambil itu.
Jika kau lelah,
rehatlah.
Jika kau lelah,
berbagilah.
Sungguh tak ada
satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai
dirimu.
Ringankan tugasmu
ibu.
Jangan menekan
dirimu terlalu keras.
Sesekali tidak
mengapa rumahmu kotor.
Tidak mengapa
betapa banyaknya pekerjaan yang belum kau selesaikan.
Jangan terjebak
dalam waktumu, ibu.
Sungguh tugas
muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang kau lakukan setiap hari.
Rehatlah,
Walaupun tak mungkin kau tempuh jarak puluhan kilo untuk segarkan diri.
Sekadar
menyendiri, menyendirilah.
Beri waktu untuk
dirimu sendiri.
Sekadar melihat
betapa banyak kebaikan yang kau punya.
Betapa manisnya
keceriaan anak-anakmu.
Betapa
bertanggungjawabnya suamimu.
Rasakan
pelukannya.
Ada cinta dan
ketulusanmu dalam tegap badannya.
Kau berharga ibu,
jangan pernah lupakan itu.
Tetapi, saat
mendengar masalah orang lain,kita semakin sedar bahawa perspektif kita
menentukan cara pandang kita terhadap masalah.
Jika kita melihat
perkara ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.
Jika kita
memandang diri hanya sebatas pelaku rutin biasa, kita tidak akan menemukan
rohnya.
Berilah
penghargaan kepada diri kamu, ibu.
Sungguh perananmu
jauh lebih besar dari semua keluhanmu.
Jangan biarkan
syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU kerana dari
bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga
Baarakallahu
fiikum...
Selamat menjemput
syurga dalam aktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.
Selalu ada
BAHAGIA di segala cuaca.
Renungan untuk
para ibu Dan wanita2 solehah...
#SmartParentingId
#SumberIstiqomah
#Terapialami
#selfreminder
#Copypaste
Perkongsian dari Group Awesome (WAHM-iReach)
Nanny Hanum Sha:
jom baca sebentar. utk refleksi diri... kisah pengalaman master cery.. "nenek" shaklee saya yang sudah pun bertaraf jutawan dgn income bulanan lebih 800k.
'income ratus ribu..sebab tu takboleh berhenti dah.lupa baik buruk.mkn duit haram.gila duit..'
Statement yang buat hati terusik
sedih.tapi kejap je. Saya dah latih hati untuk tidak 'tersentak' lama2... Rugi masa dan energy magik saya..hihi. GILA DUIT?.. Oh yes, mule2 buat bisnes shaklee, memang gila duit...haha..target saya..nak dapat at least RM10K sebulan.. mestilah ada target kan..
Apa2 bisnes pun mesti ada target nak untung rugi berapa. kalau tidak bukan bisnes namanya. Sesiapa yang tak meletakan target yang jelas itulah yang tidak maju.
Tahun pertama saya kerja keras bersungguh2 nak capai target 10K..Actually duit itu hanya target, tapi push factor sebenar adalah nak berhenti kerja..itu yg sebenar...memang saya. struggle tunggang terbalik hidup..diketawakan,dikutuk. biasalah...takde istilah rehat2..nonstop work..dikala ramai tak kenal shaklee,tak kenal saya,takde lagi model2 contoh,dikala tiada apa2....
Semua bermula dengan langkah kecil.Selepas 13bulan, memang saya capai target tu....Alhamdulillah
Lepas tu?
Selepas hampir 5thn..ikutkan saya boleh berhenti dah sebab target dah tercapai, malah terlebih2 dah..Sekarang ni pun boleh je berhenti. babai semua... . tapi kenapa takboleh berhenti ni?dah juta2 pun nak tunggu apa lagi?..
KERANA bila dah betul2 menjiwai apa yang dibuat, bukan duit lagi jadi ukuran ..bukan duit lagi jadi target.....tapi melihat 1001 kesan shaklee ke atas beribu keluarga diluar sana..itu yang tak ternilai.. itu yang menjadi ketagih.
Tak percaya dgn apa yang saya tulis ni? cuba tanya semua leader2 yang dah cecah income bulanan 5 angka atau at least 5ribu ke atas.. bagi mereka buat bisnes shaklee bukan lagi sebab atas dasar duit..mereka takkan mudah give up dgn ujian dan cabaran... Yang biasanya rapuh dan senang give up ni mereka2 yang income bonus bawah 5ribu..haa yang tu memang tak tahan pressure...bila2 jer boleh quit....
Dari pengalaman saya sendiri,phasa ini lah yg mencabar, Saya sendiri hampir give up ketika 10bulan pertama,income bulanan saya sekitar 2k-3k sahaja..Jenuh menunggu 'pokok' membesar... Tapi alhamdulillah saya tak give up.. kalau tak, tak merasa juta2 sekarang ni..hihihi.. dan yg lebih best tak merasalah banyakkkk lagi yang maniss2 dalam bisnes ni..manisssss...
Jadi kalau ada lagi yang cakap saya gila duit, takbolih quit biz,bunuh sesamaumat Islam, nak ratus ribu sebab nak bersukaria utk diri sendiri.. . hahah.. tergelakk saya..kalaulah mereka tahu kemana duit itu semua pergi.....i wish diorang tahu.. tapi tak perlu lah kot saya publish statement perbelanjaan saya...
Saya shoping2 pun, tak berapa sangat nak dibandingkan yang dialirkan keluar ke yang sepatutnya.... cuma orang taknampak...ingat kami takde komitmen. Tuhan je yang tahu..Kalau nak tengok sangat, haa, mari jumpa I,tengok aliran wang keluar masuk ke mana
Jika ada yang nak menilai status ini RIAK..silakan...
Misi dan visi saya bukan untuk mencari 1000 followers yang suka fanatik kat saya.. tapi Misi dan Visi saya ingin membuat 1001 kebaikan, ingin melahirkan 1001 leader yg berkualiti yg lebih hebat dari saya.. Well... at the end of the day, only kindness matters...
Okey last.. sambung satu lagi nak luahkan ni. detik manis di Long Beach.....setiap detik dipersidangan global Shaklee di Long Beach antara detik terindah dalam hidup. menyaksikan anak2 buah Jutawan diraikan,diiktiraf di mata antarabangsa.. speechless pun yer gak.... speechless sebab macam tak percaya betapa cepat mereka 'membesar'..dulu mereka hanya customer,distributor.. sekarang masing2 dah menjadi leader2 yg hebat....masyaAllah..syukur atas anugerah ini...
Tuhan sahaja yang tahu apa yg saya rasa di kala ini... pengorbanan dan kesakitan hampir 5 tahun tak terasa dah...Harapan saya hanya satu...melihat caj2 kebaikan bertebaran di muka bumi ini.
Biar diuji 10001 ujian, tapi atas dasar sayangkan keluarga Shaklee Jutawan saya,saya masih bertahan disini.... Bagi saya,hanya keyakinan dan rasa sayang yang akan buat saya bertahan dalam bisnes.Love.Faith.Courage
Semoga saya kuat untuk meneruskan perjuangan harini dan akan datang....
Akan saya
pegang kata2 hikmah ini ..
"Jika tiada bahu untuk menangis, lantai selalu ada untuk terus bersujud. tunduklah di saat yang lain angkuh, teguhlah di saat yang lain rapuh,..."
notakaki: okey sekian luahan pagi...harini mode shop till u drop..Lets go..kedai2 pun keliling hotel jer termasuk lah Tiffany&Co..hihihi.
Bahan-bahan
10 grm agar2 serbuk
600 ml air
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn milo
3 keping roti..
Cara membuatnya
Ø Roti diblander bersama dengan susu cair..
Ø Masukkan air & agar2 dalam periuk, Kacau rata
dan letak atas gas
Ø Masukkan susu pekat manis. Kacau hingga sebati...
Ø Masukkan roti yg dah diblander dgn susu cair..
masak hingga mendidih..
Ø Ambil sedikit adunan letak atas permukaan acuan
puding (kalau guna loyang tidak perlu asingkan)
Ø Masukkan selama 5 minit dalam freezer..
Ø Masukkn milo dalam baki agar2..Kacau rata supaya
milonya larut..
Ø Tapis dan masukkan dalam acuan..
Ø Masukkan dalam peti ais..
Ø Tunggu keras & bolehlah dikeluarkan dari
acuan...
Dah siap...
Selamat Mencuba
#selamat mencuba...very simple
resipikan..
Terima kasih tuan empunya resepi atas perkongsian.