Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Jumaat, 21 Jun 2019

Parut (Keloid) Czer Mengecut


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian testimoni dari WAHMillionare - Ireach
Testimoni ESP – Parut (Keloid) Czer Mengecut
******
Sejak saya konsisten ESP dan Vitamin C, keloid Czer saya semakin mengecut. Ini perubahan paling besar dari saya sejak konsisten dua benda ne.

Saya memang tak sangka keloid czer yang selama ne orang cakap tak boleh hilang melainkan dengan surgery dan suntikan boleh kecut dan pudar hanya dengan konsisten ESP dan Vitamin C.

Selama ne asyik fokus mau kulit cantik dan putih. Rupanya yang tersembunyi lagi ohsem effect!


Ingin Kenali ESP disini
Ø  https://teratakqasehummi.blogspot.com/2018/01/estimony-gastrik-esp.html (Testimoni Gastrik)

Kebaikan Sibuk - Master Zainul


Perkongsian  dari Group  Awesome (WAHM- Ireach)
-----------
Tahniah Pada Org Yg SIBUK

Korg mungkin rasa letih sebab sibuk dengan banyak sangat benda sejak2 buat Shaklee ni.

...sibuk nak buat poster Shaklee...

...sibuk nak post sharing kat FB/Blog...

...sibuk nak setelkan Master Checklist...

...sibuk nak buat buat order Shaklee...

...sibuk nak Coaching Anak/Cucu...

...sibuk nak layan customer...

...SIBUK...SIBUK...SIBUK...SIBUK...

Tapi korg sedar x sebenarnya keSIBUKan korg tu lah cara Allah/Tuhan nak selamatkan kita drpd buat benda2 tak elok or membazir akibat byk sgt masa lapang. Sebab Allah/Tuhan dah sibukkan kita dgn Master Checklist,

...tak sempat nak DOWN: "...stressnya customer tanya tak beli2.."

...tak sempat nak BERGOSSIP: "...anak mak bedah tu curik laki org..."

...tak sempat nak FITNAH: "...ape laa Ust tu Kahwin sampai 5 bini..."

Bayangkan, berapa banyak DOSA kita dah selamat sbb dah takse masa nak buat benda2 tak elok ni? Syukurlah Allah/Tuhan sibukkan kita dengan Shaklee, dengan Kerja, dengan anak, dengan biz, etc.

Jadi,

Setiap kali korg nak rasa DOWN or ada masa nak FITNAH org lain, cepat2:

...siapkan artikel kat Blog2 Shaklee korg...

...PM customer2 korg pasal promo2 Shaklee...

...ingatkan diri sendiri & anak/cucu Shaklee psl Master Checklist...

Sebelum masa2 kita di-sia2kan Allah/Tuhan, Cepat2 Penuhkan dgn Hal2 Shaklee...  ~ MASTER ZAINUL

Testimoni Set Menyusu. ( Puan Solehah Mariyam Sa’ari)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perkongsian testimoni dari WAHMillionare - Ireach
Testimoni Set Menyusu.  ( Puan Solehah Mariyam Sa’ari)
******
 saya teruja bila ambik set menyusu ni adalah  sebab KESANnya yang amat menakjubkan, minggu pertama lepas kelahiran memang susu hanya 1oz..

Lepas tu saya try ESP dan ALFAFA, Allah izinkan susu keluar mencurah-curah sampai mak bagitau peti sejuk ni penuh dengan stok susu kamu ja mariyam. Mak nak letak mata ikan-ikan mak ni..

Tau berapa oz sekali pam? 8oz! Memang meriah, siap bagi stok susu kat orang lagi..

Misi dan tok bidan urut pun terkejut tengok stok susu saya.

Alhamdullilah..


Ingin Kenali ESP disini
Ø  https://teratakqasehummi.blogspot.com/2018/01/estimony-gastrik-esp.html (Testimoni Gastrik)


Khamis, 20 Jun 2019

Kisah Yang Mengetuk Hati

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Saw.

Pengemis itu berkata:
"saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."
Rasulullah bersabda:
"Wahai Aisyah berikan BAJU itu kepada pengemis itu".
Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW.
Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau dan langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar:
"Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? "
Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.
Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta dan ia berkata kepada budaknya: jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi. Alangkah gembiranya si buta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah SAW yang dia dapat.

 Orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:
"Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATANKU".
MaaSyaa Allah...dengan izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:
Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku". 

Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.

Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:
"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDEQAH telah mengkayakan orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita".
Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala  SHADAQAH itu ada 5 macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : 
وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ،
 وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، 
وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، 
وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، 
وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori
1. Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.
2. Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
3. Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara.
4. Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.
5. Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqh/fekah.
[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. 

Aamiin...

#sembangnasihat

Rabu, 12 Jun 2019

10 Yang Aku Takut


1. *Yang aku takut:*
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

2. *Yang aku takut:*
Aku merasa aku paling  benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. *Yang aku takut:*
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. *Yang aku takut*:
Aku lupa cermin diri sendiri,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. *Yang aku takut:*
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeda-bedakan dengan yang lain.

6. *Yang aku takut:*
Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. *Yang aku takut*:
Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. *Yang aku takut:*
Aku hanya pintar dalam berkhotbah, namun sulit untuk mentaatinya. 

9. *Yang aku takut:*
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.

10. *Yang aku takut:*
Aku membenci dosa orang lain.
Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya ... 

#renungan diri.

#sembang nasihat


Rabu, 22 Mei 2019

Keistimewaan Lobak Ungu ( Purple Carrot)

*​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ*
Untuk mengisi ruangan kali 
ini, kita akan berkongsi rahsia kehebatan Lobak Ungu.

Seperti yang diketahui, Lobak Ungu merupakan salah satu dari merupakan salah satu ramuan utama Vivix.

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa lobak ungu yang menjadi pilihan Shaklee dan bukannya Lobak kuning yang mudah ditemui dan dikenali ramai.

Seringkali lobak merupakan salah- satu dari sayuran pilihan ibu untuk menu anak-anak. Antara ayat yang sering diguna pakai untuk memujuk anak adalah...
' kalau makan lobak nanti mata cantik, tak rabun.'

Ternyata lobak mempunyai khasiat atau kebaikannya tersendiri.
Tetapi apa yang istimewanya dengan Lobak Ungu (Purple Carrot) berbanding lobak kuning.

Lobak Ungu (Purple Carrot)

Keistimewaan Lobak Ungu
😘 warna ungu yang pada pada lobak adalah disebabkan oleh komponen antioksidan yang dikenali sebagai ANTHOCYANIN.
😘Apa itu ANTHOCYANIN?
ianya adalah unsur yang memberi warna pada pada buah dan sayuran seperti warna merah, ungu dan biru. Ianya merupakan antioksidan.
😘Antioksidan yang terdapat dalam Lobak Ungu berfungsi membantu melawan radikal bebas dalam tubuh yang boleh menyebabkan 'kerosakan sel kekal'.
😘Pengambilan Anthocyanin dalam diet harian membantu mengurangkan paras kolestrol 'LDL' (kolestrol jahat)
 😘Ianya juga membantu melindungi sistem saraf dari mudah rosak akibat oksidasi


Jom kita lihat khasiat yang ada pada Lobak Ungu.
📌Anti-Oksida
Ianya mengandungi lebih anti-oksida berbanding lobak yang lainnya. Anti-oksida ini berfungsi membantu melindungi tubuh dari penyakit.
📌Anti-Radang
Lobak Ungu juga mengandungi anti-radang yang sangat tinggi. Anti-radang ini sangat membantu melegakan bagi mereka yang sering mengalami masalah sakit sendi.
📌Anti-Viral/Anti-Septic
Kamdungan anti-viral/anti-septic yang terdapat dalam Lobak Ungu amat membantu tubuh dalam melawan penyakit berjangkit seperti campak dan juga masalah jangkitan dibahagian dalaman tubuh seperti disaluran kencing, mulut dan perut.
📌Anti-Carcinogen
Anti-carcinogen yang terdapat dalam Lobak Ungu bertindak untuk memerangi dan mengurangkan risiko kanser
📌Rendah Kalori
Ianya adalah rendah kalori dan amat sesuai diamalkan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan (diet)
📌Tinggi serat
Kandungan serat yang tinggi dalam Lobak Ungu amat penting dalam membantu proses penghadaman serta ianya membantu tubuh untuk menyerap nutrien dengan lebih cepat. Selain itu ianya membantu menurunkan paras kolestrol serta membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
📌Vitamin A
Vitamin A dalam Lobak Ungu membantu dalam memgelakkan arteri dari tersumbat dan secara tidak langsung mengelak dari terjadinya strok pada tubuh. Selain dari vitamin A, Lobak Ungu juga mengandungi Vitamin B, C dan E yang membantu merendahkan bacaan kolestrol.
📌Akar
seringkali kita membuang bahagian akar apabila memasak sesuatu hidangan, tetapi tanpa kita ketahui akar Lobak Ungu telah digunakan untuk merawat masalah penghadaman, tonsil dan sembelit dari masa dulu lagi.

Banyakkan kelebihan lobak ungu yang tidak kita ketahui dan terlepas pandang.

Jadi tunggu apalagi.. lepas ini bolehlah tukar pilihan lobak ketika memasak.

Sukar untuk dapatkan Lobak Ungu... usah risau Vivix kan ada.. amalkan Vivix 1 sudu teh sehari untuk kesihatan anda dan keluarga tersayang.




Isnin, 20 Mei 2019

Macammana nak rezeki dari berniaga?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perkongsian  ini adalah dari group WAHMillonare _-Ireach
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua.



motivasi:

Macam mana nak rezeki dari berniaga?

Ya bila sebut berniaga dasarnya perlu barang atau produk, wang sebagai pertukaran dan manusia untuk menjalankan urusniaga.

Namun untuk manusia adalah satu makhluk yang unik kerana ia mempunyai hati. Tapi siapakah yang menjaga hati manusia? Ya Allah pencipta sekalian alam. Maka Allah yang izinkan mereka ini tergerak hati nak membeli.

Berniaga ni selain usaha kita memberitahu dunia yang kita mempunyai barang untuk tukaran dengan wang kita perlu usaha nak jemput rezeki.

Antara amalan yang boleh diamal untuk menjemput rezeki :

1. Menjaga solat 5 waktu dengan baik.
2. Menambah solat sunat yang disarankan iaitu solat wudhu, solat sunat sebelum dan selepas solat wajib, sunat dhuha, sunat tahajud.
3. Mengaji Al Quran
4. Berzikir
5. Menghadiahkan bacaan Yassin untuk mak ayah setiap hari.
6. Bersedekah walau hanya memberi kucing jalanan makan.
7. Memaafkan orang sebelum tidur.
8. Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.
9. Telefon mak ayah dengan kerap walau tak dapat setiap hari at least selang sehari tanya khabar. Jika dah meninggal bacakan Al Fatihah setiap waktu solat untuk mereka.
10. Sentiasa mendoakan kebaikan pada orang lain.


Sebenarnya ada banyak lagi cara nak jemput rezeki namun paling utama berapa lama kita boleh konsisten ( istiqamah) dalam melakukannya?

Oh ya, bila usaha melakukan tak perlu tanya mengapa Allah tak beri seperti yang kita harapkan ( rezeki datang cepat) kerana Allah sangat suka hambaNya memujiNya maka bersabarlah dalam mengusahakan amalan menjemput rezeki kerana Allah Maha Pemberi.

Bila kita nak berjaya dalam Shaklee, jangan lupa niat untuk membantu orang lain lebih utama. Jangan sedih bila orang menolak kerana pasti ada yang menghargai sebagai ganti.

Teruskan membuat kebaikan insyaAllah balasan yang baik juga menanti.
~ master norita ~



Keistimewaan Anggur Muscadine

*​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ*

Untuk perkongsian kali ini kita akan 
berkongsi kelebihan atau keistimewaan Anggur Muscadine berbanding anggur yang lainnya..

Inilah buah anggur muscadine...
besarkan.... hampir sebesar bola golf.

Anggur muscadine nie merupakan salah satu ramuan utama dalan Vivix...

Nak tau keistimewaan atau kelebihan Anggur Muscadine berbanding anggur yang lainnya.. jom kita tengok sama-sama...
😘Anggur Muscadine mempunyai lebih 1 kromosom berbanding anggur biasa yang mempunyai hanya 19 kromosom.
😘saiznya yang 20 kali lebih besar dari anggur lain dan hampir sebesar bola golf atau seakan buah plum besarnya.
😘Anggur muscadine tumbuh atau hidup dalam cuaca yang ekstrem.
😘Ianya tumbuh secara semulajadi ditempat yang panas dan lembab. Anggur lainnya memerlukan cuaca sejuk.
😘Anggur muscadine kaya dengan resv eraterol dan polifenol yang tinggi.
kaya dengan antioksidan.
😘kandungan revestrolnya adalah 6 kali lebih tinggi berbanding anggur lainnya.
😘merupakan satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Asid ( yang berfungsi sebagai antikanser dan antiradang)

Sebab itulah Shaklee pilih Anggur Muscadine sebagai salah satu ramuan utama Vivix.. kerana ianya merupakan anggur yang terbaik diantara anggur yang lainnya.

Nak khasiat anggur muscadine... jom dapatkan Vivix 

Amalkan #vivix 1sudu sehari untuk kesihatan anda.

p/s.... vivix bukan ubat tau..


Rabu, 8 Mei 2019

Jerawat Hilang Setelah Amalkan Vivix

Perkongsian testimoni dari Amazing (WAHM- Ireach)
-----------
Assalamualaikum.. ni Mira nak share testimoni Mira sendiri selepas gunakan Vivix & ESP secara konsisten.

Ni masa belum ambik Youth nih..
Nanti, later2 pulak share testi after Youth pulak😊. Dipersilakan share..
.............................................
JERAWAT MIRA HILANG SELEPAS AMBIK VIVIX

Ni testimoni Mira setelah konsisten 3 bulan ambik Vivix.

'Jerawat mira' atau kak Mia anak sulong Mira selalu panggil 'jerawat mama'.
Kalau dia nampak orang jerawat besar kat pipi pun dia selalu panggil "tu macam jerawat mama".
Stress mama dia😂

Pada mulanya.. Muka Mira breakout teruk lepas cuba satu skincare ni. Sampai segan jugak bila ramai yang tanya kenapa dengan muka Mira.
Hampir setahun jugak muka Mira teruk breakout macam tu. Dah cuba macam2 skincare pun Mira masih tak puas hati.
Sebabnya jerawat memang jadi kawan baik.
Muka selalu berminyak walaupun lepas basuh muka.
Nampak jelas bercapuk-capuk bila pakai bedak.
Bahagian pipi dan hidung memang selalu naik jerawat yang merah-merah. Inflammed.

STOP SEMUA SKIN CARE
So Mira stop semua skincare, dan fokus pemulihan dari dalam.
Sebab jerawat pun indikasi masalah dari dalam yang tak sihat.

Lepas konsisten ambik Vivix dan ESP selama 3 bulan..
Dalam sebulan ambik Vivix dah nampak jelas merah-merah jerawat dah berkurang.
Bila masuk bulan kedua Mira nampak banyak perubahan baik. Alhamdulillah.
Seterusnya pada bulan ke3 ni lah Mira nampak jerawat memang susah dah nak naik.

Liang pori semakin kecil. Kulit pun makin cerah dan parut-parut kawah yang dalam tu pun dah makin 'cetek' hehe.

Sape tak senang hati bila muka dah kembali ok.
Lepas ni memang Mira kena jaga-jaga untuk ambik sebarangan skincare.

Ni ShakleeEffect Mira.. memang puas hati sesangat!!😊👍

Alhamdulillah.. syukur sangat. Bila bab muka dah ok.
Lega dan boleh fokus untuk perkara lain..😊


#vivix dan #ESP9

Selasa, 2 April 2019

Sedikit Renungan Dari Master Norita


Perkongsian testimoni dari Amazing (WAHM- Ireach)
-----------
sedikit renungan yg best dari moyang shaklee iaitu master norita:

Nak berjaya dalam bidang diceburi ELAKKAN 3C.

Selepas habis UPSR kami terus balik ke KL untuk menyambut Master Celebration mak dan ayah mertua saya yang juga upline kami. Ia berlangsung di Istana Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kami berpeluang bertemu dengan ramai susur galur kami dalam majlis tersebut.

Antara yang menarik yang disampaikan oleh ayah mertua saya dalam ucapan beliau ialah tips yang perlu diamalkan untuk berjaya dalam Shaklee namun ia juga boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Elakkan 3 C dalam hidup :

C yang pertama ialah Complain.
Mereka yang banyak komplen sebenarnya adalah mereka yang suka merungut dan secara tak langsung menjadikan kita hamba ALLAH yang tidak bersyukur. Daripada banyak komplen kita dinasihatkan memberi cadangan dalam mencapai penyelesaian untuk cabaran yang datang. Nak berjaya dalam bisnes kurangkan komplen. Jika kita dah berusaha, berdoa ...terus istiqamah kerana ALLAH tahu the best time untuk makbulkan doa kita. Jika ALLAH tak beri apa yang kita mahu ALLAH tetap akan beri apa yang kita perlu.

Kurangkan komplen tapi ikut nasihat mentor yang dah berjaya....insyaALLAH kita juga berjaya seperti mentor.

Teringat pantun masa kat sekolah...
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

C yang kedua ialah Compare
Jika kita sibuk nak banding-bandingkan apa yang kita dapat dengan orang lain...sudahnya kita tiada masa usaha untuk majukan diri sendiri. Sebab adakala kita lihat rumput rumah orang lebih hijau dari rumput rumah sendiri namun tanpa kita sedar rumput orang itu ialah rumput palsu.

Jika ada orang yang berjaya lebih cepat dari kita, jangan bandingkan dengan kita. Hakikatnya kehidupan dia dan kehidupan kita pasti berbeza. Paling penting ; ini yang selalu suami saya tekankan : Tidak penting dimana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir.

 Jadi kita kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi disamping terus usaha untuk menambah nilai dalam kehidupan kita. Jika rezeki yang kita perolehi semakin bertambah , cara untuk menambah nilai dalam kehidupan ialah beri mak ayah elaun setiap bulan lebih baik dari sebelumnya, buat sedekah pada kucing yang lalu lalang, beri hadiah pada sanak saudara dan rakan taulan dan banyak lagi amal makruf yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.

C yang ketiga ialah Compromise
Di sini bermaksud jangan benarkan alasan menghalang impian kita. Nak berjaya kena cari peluang bukan cari alasan. Jika ada kelas upline atau syarikat usahakan, pastikan cuba hadir. Ramai orang beri alasan sibuk atau tiada masa padahal semuanya boleh diatur. Bila mahu semua boleh jadi kenyataan. Jangan jadikan alasan ada anak kecil tak boleh berjaya kerana hakikatnya anak itu datangnya dengan rezeki dan tuah mereka tersendiri.

Saya lihat sendiri beberapa ibu yang mulanya bersemangat nak berjaya tapi bila mengandung beri alasan untuk tunggu selepas melahirkan. Selepas bayi lahir, si ibu nak tunggu anak besar dulu. Akhirnya anak dah besar 4-5 tahun...matlamat tadi terus hilang begitu sahaja.

Kalau usaha secara istiqamah insyaALLAH lambat laun ada hasilnya.

Pokok perlukan masa untuk berbuah, begitu juga bayi dalam kandungan perlukan masa untuk membesar....samalah dengan bisnes. Ia perlu masa. Paling utama usahakan secara berterusan dan istiqamah.

Jujurnya satu masa dulu , saya pernah teringin nak buka syarikat kapal terbang bila pakcik suami ada syarikat kapal terbangnya sendiri....namun nasihat beliau terpahat dalam kepala saya sehingga hari ini :

Bukan tak boleh nak buka bisnes lain jika ada modal namun sangat bagus jika mahirkan diri dalam bisnes yang kita ceburi sehingga menjadi seorang profesional. Pakcik suami berkata dia buka syarikat kapal terbang kerana beliau ialah seorang pilot maka beliau ada ilmu tentang bidang itu. Ya kerana itulah kami menjadikan Shaklee bisnes utama kami dan sehingga hari ini kami masih terus belajar kerana bisnes itu adalah suatu yang dinamik. Walau dah berada 17 tahun dalam dunia Shaklee namun setiap hari pasti ada ilmu baru yang kami belajar secara langsung memperbaiki kemahiran kami dalam bidang kesihatan.

So jika anda baru dalam dunia bisnes...perbanyakkan membaca dan pengalaman berikteraksi dan berkomunikasi dengan prospek sangat membantu kita matang dalam bidang yang diceburi. Jangan lupa dekati ALLAH kerana rezeki itu tetap datang dari ALLAH. Hakikatnya blog, fb, ig atau apa juga medium internet ia hanya menjadi medan penghubung sesama makhluk namun rezeki itu tetap datang dari ALLAH juga.

Selamat beramal, selamat berusaha semoga terus berjaya!