RESEPI
Sayur Bunga Kantan Goreng
PETUA
Petua Membersihkan Sotong
SHAKLEE
Terbaik Dari GLA
Keluargaku Syurgaku
Hari Keluarga Zalya 2019.
Lain-Lain
Renungan.
Khamis, 3 September 2020
Khamis, 21 Mei 2020
Adab Mandikan Bayi
Perkongsian ini menarik untuk dikongsi kepada para ibubapa diluar sana yang bakal menimang cahayamata. Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu ibubapa lebih memahami dan dapat mengamalkannya.
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Bonus untuk mereka yang bakal bergelar ibubapa video cara memandikan bayi
Rabu, 6 Mei 2020
Sabtu, 16 November 2019
Kisah Sebiji Kurma
Selasa, 6 Ogos 2019
takzirah ringkas
.
Segagah mana pun mereka (musuh islam) atau sekerdil mana pun kita (mukmin) jangan kita takut dan jadi pengecut, kerana keyakinan dan kebenaran yang kita imani ini adalah benar disisi Tuhan dan ia tetap akan bersama kita biarpun kita bakal terkorban segala harta dan nyawa.
.
Jika hari ini mereka yang berkuasa merombak dan merubah pada pendidikan agama, apakah kita mahu menangis dan merasa lemah? Jangan! Terlalu banyak lagi jalan yang boleh kita usahakan. Sebagai ibu dan bapa perkemaskanlah diri dengan ilmu agama. Usahakan belajar ilmu agama di mana mana pun, surau mahupun masjid lalu diajarkan kepada anak anak.
.
Boleh juga ibu bapa mencari rujukan rujukan buku agama untuk dibaca dan difahami bersama guru yang mereka ingin belajar dengannya. Dampingi orang orang soleh yang lebih berpengalaman dalam agama ini untuk dipelajari lalu diajarkan kepada ahli keluarga.
.
Jika perkembangan ilmu agama di sekolah sekolah telah disekat, masih terdapat banyak sekolah sekolah tahfiz yang sudah pastinya mengajarkan subjek agama kepada para pelajar disamping menghafal Al Quran.
.
Tidak sedikit juga sekolah sekolah agama persendirian yang wujud atas dana persendirian ataupun persatuan yang menjadikan opsyen lebih luas kepada ibu bapa untuk menghantar anak anak mereka belajar ilmu agama.
...
Pokok pangkalnya kita kena terus berusaha dan jangan kita lemah dan lelah. Kita punya panduan lengkap (Al Quran dan As Sunnah) sebagai rujukan yang dipandu oleh alim ulama yang ikhlas.
.
Biarpun mereka (musuh islam) bekerja keras siang dan malam berfikir untuk merosakkan agama Tuhan, tetapi mereka sebenarnya sedang mempersiapkan diri mereka untuk menjadi penghuni neraka neraka Tuhan ekoran "kebijaksanaan" mereka melawan Tuhan.
.
Kita teruskan sahaja usaha dan tanggungjawab kita sebagai mukmin di alam fana ini. Kelak Tuhan akan membalas segala usaha kita dengan kebahagiaan yang hakiki. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
26 Disember 2018
Rabu, 24 Julai 2019
TIKET PERJALANAN MANUSIA
Sabtu, 6 Julai 2019
Testimoni Vivix - Eczema
Berkongsi
lagi kita testimony dari Perkongsian dari Amazing WAHM –Ireach
*************
kisah mak saya dengan Vivix.
Bila sebut pasal Vivix dulu-dulu, saya rasa macam mahalnya Vivix ni. Masa tu macam betul ke testimoni-testimoni yang diorang share ni.
Tapi disebabkan kisah ni, memang dah buatkan saya berubah pendapat dan nak share dengan semua kebaikannya. Sangat berbaloi.
Kisahnya, mama ada masalah eczema kronik. Banyak dah berubat sana sini. Dah berbelas tahun dah eczema mama. Duit pun habis beribu untuk berubat.
Bayangkanlah sekali pergi rawatan sahaja dah rm500++. Tapi, eczema mama tetap tak surut.
(Siapa yang kenal mama tahulah macam mana kisah ni)
Saya pun baca segala details Vivix, cari dia punya kebaikan segala kandungan dia. Time tu nekad, aku mesti cuba beli Vivix untuk mama. Tak kesahlah, cuba je dulu. Terus grab 2 botol.
Hasilnya lepas 3 bulan, alhamdulillah memang amazing. Eczema mama hilang, kulit pun makin licin, bonus awet muda. Sakit-sakit sendi, gastrik pun hilang. Cuma tinggal sikit-sikit je lagi dekat tangan yang degil tak nak hilang lagi.
Bonus, walaupun mama dah 59 tahun. Tapi orang ingat mama masih 40an.
Jumaat, 5 Julai 2019
Sayur Bunga Kantan Goreng
Hari nie ummi nak kongsi
resepi yang merupakan salah satu menu kegemaran keluarga ummi
Resepi yang simple dan mudah , yang pastinya sedap.
Biasanya bunga kantan kita masukkan dalam laksa sebagai pewangi.. tak ada bunga kantan bukan laksa namanya.
Sayur Bunga Kantan Goreng
Ramuan yang kita perlukan
Ø 3 ulas bawang
putih -tumis
Ø 3 ulas bawang merah -tumis
Ø 10 batang Bunga
kantan - potong halus (ala-ala bunga rampai gitu)
Ø 2 biji bawang besar –
dihiris
Ø Segenggam ikan bilis (nak
yang lembut ye)
Ø 5-10 biji cili padi (ikut
kepedasan yang diminati)
Ø Garam
Ø Serbuk cukup rasa (nie
klau tak de pun tak pe)
Cara memasaknya
Ø Tumis bawang putih dan
bawang merah
Ø Dah naik wangi masukkan
bunga kantan, bawang besar, ikan bilis dan cili padi
Ø Sesuaikan rasa dengan
garam dan serbuk perasa
Ø Dah lembut bunga kantan
boleh angkat & hidangkan.
Makan dengan nasi panas-panas, ikan
goreng cicah sambal lada….
Tak nampak dah, orang lalu belakang…
Selamat mencuba.
Isnin, 1 Julai 2019
Pentingnya Akal Berlandaskan Agama
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian ilmu dari Takzirah Ringkas
.Diantara kisah yang tercatat di dalam Surah Al Kahfi adalah kisah seorang lelaki yang memiliki dua kebun anggur yang cukup subur yang dipagari oleh pokok pokok kurma.
.Ditambah pula di antara celah celah kebunnya itu terdapat saliran air yang cukup sistematik untuk memudahkan pengairan ke dalam kebun kebun anggurnya.
.Tetapi malangnya, lelaki pemilik kebun kebun anggur ini angkuh lalu merasa bangga dengan segala kenikmatan yang diperolehinya. Keangkuhannya itu terzahir melalui kata katanya yang dirakam di dalam Al Quran;
."Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".(18:34)
."Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya".(18:35)
.Kata kata yang dituturkan oleh pemilik dua kebun ini membuktikan bahawa akalnya tidak berlandaskan kepada agama ketika berkata kata. Ini kerana, sifat materialistik yang telah menguasai dirinya telah menjadi hijab untuk dia melihat segala kurniaan yang diperolehinya itu datang daripada Allah SWT. Bahkan tidak juga dia itu berfikir Allah bisa sahaja menarik dan menghancurkan kebun kebunnya dalam sekelip mata.
.Keangkuhan pemilik kebun anggur itu telah ditegur oleh rakannya yang beriman yang menutur kata melalui akal yang berlandaskan agama; "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?" (18:37)
.Dipendekkan cerita, Allah SWT telah membinasakan kebun kebun anggur milik lelaki yang angkuh itu; "Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan"(18:42).
Maka tersedarlah pemilik dua kebun anggur yang angkuh itu tadi akan kesilapan yang telah dilakukan lalu menyesalinya dan merintih; "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!" (18:42)
...
Oleh kerana itu, pentingnya kita ini
dipandu oleh akal yang berlandaskan agama. Ini adalah kerana, akal yang
berlandaskan agama sebagai panduan tidak akan bermudah mudah untuk menutur kata
dan melakukan sesuatu perkara yang menyanggahi syarak.
.Kita berhati hatilah! Wallahu'alam.
.#AkhiAdifGorment
18 Disember 2018#takzirahringkas
#selfreminder
Rabu, 26 Jun 2019
Ibu.... kuatlah demi keluargamu
Perkongsian kisah untuk renungan kita bersama.
Sebuah percakapan
Iblis kepada anak buahnya...
"Jika kau
ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!"
Beri dia perasaan
akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.
Jika dia sudah
merasa lelah, ambil rasa syukurnya.
Biarkan dia
merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak
memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya.
Setelah kau ambil
rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri.
Sibukkan
pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain.
Buatlah dia lupa
akan kebaikan yang dia miliki.
Buatlah dia
merasa kecewa dan tidak berharga.
Jika itu sudah
terjadi, ambillah juga sabarnya.
Gaduhkan hatinya
agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya.
Buatlah dia
merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya.
Goda lisannya
untuk berkata kasar,
hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu
bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura syurga dalam rumah.
Dan kau akan
menemukan perlahan, rumah itu rosak… dari pintu seorang IBU
....
Sekali lagi,
makhluk penting itu bernama Ibu.
Lelah yang tidak
selesai menjadi tempat masuknya syaitan,
Ia mengambil
bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.
Jangan biarkan
syaitan mengambil itu.
Jika kau lelah,
rehatlah.
Jika kau lelah,
berbagilah.
Sungguh tak ada
satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai
dirimu.
Ringankan tugasmu
ibu.
Jangan menekan
dirimu terlalu keras.
Sesekali tidak
mengapa rumahmu kotor.
Tidak mengapa
betapa banyaknya pekerjaan yang belum kau selesaikan.
Jangan terjebak
dalam waktumu, ibu.
Sungguh tugas
muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang kau lakukan setiap hari.
Rehatlah,
Walaupun tak mungkin kau tempuh jarak puluhan kilo untuk segarkan diri.
Sekadar
menyendiri, menyendirilah.
Beri waktu untuk
dirimu sendiri.
Sekadar melihat
betapa banyak kebaikan yang kau punya.
Betapa manisnya
keceriaan anak-anakmu.
Betapa
bertanggungjawabnya suamimu.
Rasakan
pelukannya.
Ada cinta dan
ketulusanmu dalam tegap badannya.
Kau berharga ibu,
jangan pernah lupakan itu.
Tetapi, saat
mendengar masalah orang lain,kita semakin sedar bahawa perspektif kita
menentukan cara pandang kita terhadap masalah.
Jika kita melihat
perkara ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.
Jika kita
memandang diri hanya sebatas pelaku rutin biasa, kita tidak akan menemukan
rohnya.
Berilah
penghargaan kepada diri kamu, ibu.
Sungguh perananmu
jauh lebih besar dari semua keluhanmu.
Jangan biarkan
syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU kerana dari
bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga
Baarakallahu
fiikum...
Selamat menjemput
syurga dalam aktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.
Selalu ada
BAHAGIA di segala cuaca.
Renungan untuk
para ibu Dan wanita2 solehah...
#SmartParentingId
#SumberIstiqomah
#Terapialami
#selfreminder
#Copypaste








