Nuffnang Ads

Sabtu, 18 Ogos 2018

Jangan Buka Periuk Andai Nasi Belum Masak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perkongsian yang amat menarik sewaktu mengikuti Group Online Awesome  (Wahmillioare)  - iReach. Group yang banyak memberi perkongsian serta disini jugalah kita belajar mengenali diri secara tidak langsung melalui kisah yang memberi inspirasi. Semoga anda juga mempunyai inspirasi dan motivasi melalui kisah kali ini.

******
secebis kisah tentang gambar ini:
 

Jangan Buka Periuk Andai Nasi Belum Masak, Kerjakan Sesuatu Mengikut Waktu"

Beberapa minggu lepas, saya menghadiri Majlis sambutan Master Celebration Untuk kedua mempelai ini.

Master Hajah Salwa dan Haji Hussien merupakan super upline saya. Saya cicit di level ke empat beliau.

Pernah satu waktu dahulu terfikir, sampai bila mahu bertahan? Mampukah untuk bertahan? Ada masa depankah jika diteruskan?

Namun selepas mendengar kisah dan penceritaan mereka. Ianya sangat-sangat mengujakan.

Kisah seorang guru yang satu waktu dahulu terpaksa keluar bekerja siang malam untuk menguruskan keluarga dan suami yang sedang sakit.

Namun ujian Allah kirimkan sejajar dengan waktu dan kemampuan. 20 tahun mereka bersabar menanam dan kini menuai hasilnya.

Bermula mendaftar sebagai ahli Shaklee selepas Master Haji Hussin pencen dari Tentera Laut pada usia 45tahun. Perkenalan indah yang diaturkan Allah dengan upline beliau Master Dato Haji Roslan Ghazali mengubah dimensi kehidupan hari ini.

Berkat sabar Master Haji Roslan, akhirnya mereka setuju untuk join ahli dengan berfikir

 "Selepas ni pasti orang ni tak ganggu aku lagi, asyik datang setiap hari. Ianya sangat merimaskan"

Mereka rimas diganggu oleh Haji saban hari yang mengajak mereka untuk menjadi sebahagian dari ahli pasukan.

Master Hajah Salwa mempunyai pengalaman buruk dengan MLM sebelum ini sehingga beliau menjadi anti kepada semua bisnes yang berkonsepkan MLM.

Namun berkat sentuhan dan keikhlasan Haji Roslan mahu membantu mereka dan menyebarkan keistimewaan produk Shaklee telah mengubah hidup mereka sekeluarga.

Perjalanan mereka tidak sepantas saya dalam bisnes ini. Mereka join ahli pada tahun 1995 dan mencapai gelaran Master Coordinator pada tahun 2013.

Itu merupakan kunci dan kekuatan yang saya pegang selepas pulang dari Master Celebration beliau.

Bukan seberapa pantas saya boleh capai pangkat Master Coordinator itu, tapi selama mana saya sendiri yakin dan boleh bertahan untuk terus konsisten berkongsi manfaat dalam dunia Shaklee ini.

Sejauh mana saya sendiri yakin dengan produk dan Syarikat untuk terus bertahan dan menyakinkan lebih ramai orang sehingga berpuluh tahun lamanya.

#yesShaklee

~ master zura~
*****
Kesimpulannya dari perkongsian kisah ini…
Kehidupan ini tidak seindah dan semudah yang kita impikan.  Namun selagi kita sabar dan yakin,  In Sha Allaah, kebahagiaan  milik kita dengan izin dariNYA.

Usia sekadar angka bukan alasan untuk menghalang kita dari mengecapi kejayaan. Syukuri nikmatNYA.

Berusahalah untuk kecapi kebahagian yang kita inginkan. Cepat atau lambat adalah dari usaha kita dan atas keizinNYA. Usah berputus asa akan .hidup ini kerana ia ada keindahannya  yang tersendiri.

0 comments: