Nuffnang Ads

Isnin, 20 Ogos 2018

6 Jenis Vitamin Bakal Ibu Kena Tahu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Perkongsian kali ini istimewa buat mereka yang bergelar ummi, mummy, emak, ibu, mama dan buat semua wanita diluar sana yang merancang untuk mempunyai cahaya mata atau telahpun mempunyai cahayamata, pengikat jantung hati anda dan suami. Anak-anak syurga dunia buat semua ibu.

Jom, kita kenali vitamin-vitamin tersebut dan semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk semua para ibu. 

Terdapat 6 jenis vitamin wajib semua ibu dan bakal ibu  ketahui dan kebaikkannya sepanjang proses kehamilan.

#1 : Vitamin B12

Biasanya didapati dalam daging, ikan, telur, susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.

Ianya diperlukan dalam pembentukan sel darah untuk kebaikan bayi yang dikandung.

#2 : Folik Asid

Ini penting tau. Ianya membantu untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi.

Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari.

Bila perlu ambil?
Ianya perlu diambil dari mula mahu hamil hinggalah 3 bulan pertama awal kehamilan.

#3 : Vitamin C

Vitamin C bantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun.

Semasa hamil sekurangnya sebanyak 85mg sehari perlu diambil.

#4 : Vitamin D

Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin Djuga  membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.

#5 : Kalsium

Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi dan juga kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi.

Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tak cukup pengambilan kalsium, bayi anda akan ambil dari simpanana kalsium ibu dan ini akan menyebabkan risiko ibu terkena osteoporosis (kereputan tulang) di kemudian hari.

Ibu perlukan sekurangnya 1000mg setiap hari semasa hamil.

#6 : Zat Besi

Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi.

Ibu hamil perlukan 27mg zat besi sehari. Jangan skip tau sebab kalau tak cukup zat besi ni boleh sebabkan masalah hb rendah pada ibu.

Masalah hb rendah boleh mengundang risiko pada bayi seperti kelahiran tidak cukup bulan atau pun kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan.

***** 
Semoga pekongsian kali ini dapat membantu para ibu melalui proses kehamilan dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses kehamilan ini. In Shaa Allah.


0 comments: