السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Untuk perkongsian kali ini, Ummi akan berkongsi cerita yang telah dikongsikan oleh seorang sahabat pada satu ketika dulu.
Dan, terima kasih buat tuan empunya kisah, Semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda. Aminn.
Semoga kisah ini menjadi renungan buat kita agar tidak berhenti mengharap dan sentiasa yakin padaNYA.
KISAH DARI BANDUNG
INDONESIA
Ada sebuah kampung di
pedalaman Bandung, Indonesia. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat
kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap
hari…
Ia merupakan
satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya
merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi,
seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya,
tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari
itu masih belum menjadi, separuh jadi.
Kebiasaannya tempe
beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.
Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu
berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku
dan tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam suasana hatinya
yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang
menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Nya
tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya
Allah, aku memohon kepada Mu agar kacang soya ini menjadi tempe… Aamiin”
Begitulah doa ringkas
yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti
mengabulkan doanya.
Dengan tenang
perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan
dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang
soya.
Namun dia tidak putus
asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka
dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu
bahawa tiada yang mustahil bagi Mu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat
menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang
soya ku ini kepada tempe, Aamiin”
Dengan penuh harapan
dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang
terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempe nya masih tetap begitu !!!!
Sementara itu hari
pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia
tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walau bagaimana pun
kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar
membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun
berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan
harapan apabila sampai di pasar ke semua tempenya akan masak.Dia berfikir
mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.
Sebelum keluar dari
rumah, dia sempat mengangkat ke dua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku
percaya, Engkau akan mengabulkan doa ku. Sementara aku berjalan menuju ke
pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buat ku, jadikanlah tempe ini.
Aamiin”.
Lalu dia pun
berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.
Sesampai sahaja di
pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang
tempenya sekarang mesti sudah menjadi.
Dengan hati yg
berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap
bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia
membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi?
Tempenya masih belum menjadi!!!! Dia berasa amat sedih lalu menarik nafas
dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa
kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan
tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya,
hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari
pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir
habis.
Dia tertunduk lesu
seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan
yang boleh dibawa pulang. Namun ja
Namun jauh di sudut hatinya
masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.
Walau pun dia tahu
bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap
berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempe ku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia
dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin
bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah
pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan
terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual
tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab
sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya
Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti
semula, Aamiin”.
Sebelum dia menjawab
pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah
seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi!
Dia pun rasa gembira
dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis ke semua
tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu
pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum
jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa.
Memandangkan tempe
itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum
jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna.
Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak
elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun
kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Pengajaran/Moral
kepada kisah ini:
Pertama:
Kita sering
memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah
lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:
Sentiasalah berdoa
dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan
sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.
Percayalah bahawa
Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar
jangkaan kita.
Ketiga :
Tiada yang mustahil
bagi Allah.
Keempat :
Kita sering ingin
Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah
seperti menjaga sembahyang 5 waktu, menyegerakan solat, berkata-kata perkara
yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.
Mudah-mudahan Allah
suka dengan apa yang kita buat...
Sesuatu yang baik,
belum tentu benar...
Sesuatu yang benar,
belum tentu baik...
Sesuatu yang bagus,
belum tentu berharga...
Sesuatu yang
berharga, belum tentu bagus...
Dan sebenarnya anda
lebih berani dari apa yang anda duga...
lebih kuat dari yang
anda tahu...dan
lebih pintar dari
yang anda sangka...
namun itu semua
tersembunyi di sebalik dinding bernama keraguan...
In Sya Allah, Dia
lebih mengetahui segalanya...
Jangan berhenti
berdoa...
Doa pasti makbul.
Cepat atau lambat sahaja, dan pasti tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
******
Semoga kita beroleh mafaat dari kisah ini. Aminn
|
Tempe - Google |