Nuffnang Ads

Ahad, 23 Jun 2019

Macam mana nak rezeki dari berniaga?


Perkongsian  dari Group  Amazing (WAHM- Ireach)

Effa Jual Shaklee
Macam mana nak rezeki dari berniaga?

Ya bila sebut berniaga dasarnya perlu barang atau produk, wang sebagai pertukaran dan manusia untuk menjalankan urusniaga.

Namun untuk manusia adalah satu makhluk yang unik kerana ia mempunyai hati. Tapi siapakah yang menjaga hati manusia? Ya Allah pencipta sekalian alam. Maka Allah yang izinkan mereka ini tergerak hati nak membeli.

Berniaga ni selain usaha kita memberitahu dunia yang kita mempunyai barang untuk tukaran dengan wang kita perlu usaha nak jemput rezeki.

Antara amalan yang boleh diamal untuk menjemput rezeki :
1. Menjaga solat 5 waktu dengan baik.

2. Menambah solat sunat yang disarankan iaitu solat wudhu, solat sunat sebelum dan selepas solat wajib, sunat dhuha, sunat tahajud.

3. Mengaji Al Quran

4. Berzikir

5. Menghadiahkan bacaan Yassin untuk mak ayah setiap hari.

6. Bersedekah walau hanya memberi kucing jalanan makan.

7. Memaafkan orang sebelum tidur.

8. Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.

9. Telefon mak ayah dengan kerap walau tak dapat setiap hari at least selang sehari tanya khabar. Jika dah meninggal bacakan Al Fatihah setiap waktu solat untuk mereka.

10. Sentiasa mendoakan kebaikan pada orang lain.

Sebenarnya ada banyak lagi cara nak jemput rezeki namun paling utama berapa lama kita boleh konsisten ( istiqamah) dalam melakukannya?

Oh ya, bila usaha melakukan tak perlu tanya mengapa Allah tak beri seperti yang kita harapkan ( rezeki datang cepat) kerana Allah sangat suka hambaNya memujiNya maka bersabarlah dalam mengusahakan amalan menjemput rezeki kerana Allah Maha Pemberi.

Bila kita nak berjaya dalam Shaklee, jangan lupa niat untuk membantu orang lain lebih utama. Jangan sedih bila orang menolak kerana pasti ada yang menghargai sebagai ganti.

Teruskan membuat kebaikan insyaAllah balasan yang baik juga menanti.

0 comments: