Nuffnang Ads

RESEPI

Sayur Bunga Kantan Goreng

PETUA

Petua Membersihkan Sotong

SHAKLEE

Terbaik Dari GLA

Keluargaku Syurgaku

Hari Keluarga Zalya 2019.

Lain-Lain

Renungan.

Selasa, 2 April 2019

Sedikit Renungan Dari Master Norita


Perkongsian testimoni dari Amazing (WAHM- Ireach)
-----------
sedikit renungan yg best dari moyang shaklee iaitu master norita:

Nak berjaya dalam bidang diceburi ELAKKAN 3C.

Selepas habis UPSR kami terus balik ke KL untuk menyambut Master Celebration mak dan ayah mertua saya yang juga upline kami. Ia berlangsung di Istana Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kami berpeluang bertemu dengan ramai susur galur kami dalam majlis tersebut.

Antara yang menarik yang disampaikan oleh ayah mertua saya dalam ucapan beliau ialah tips yang perlu diamalkan untuk berjaya dalam Shaklee namun ia juga boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Elakkan 3 C dalam hidup :

C yang pertama ialah Complain.
Mereka yang banyak komplen sebenarnya adalah mereka yang suka merungut dan secara tak langsung menjadikan kita hamba ALLAH yang tidak bersyukur. Daripada banyak komplen kita dinasihatkan memberi cadangan dalam mencapai penyelesaian untuk cabaran yang datang. Nak berjaya dalam bisnes kurangkan komplen. Jika kita dah berusaha, berdoa ...terus istiqamah kerana ALLAH tahu the best time untuk makbulkan doa kita. Jika ALLAH tak beri apa yang kita mahu ALLAH tetap akan beri apa yang kita perlu.

Kurangkan komplen tapi ikut nasihat mentor yang dah berjaya....insyaALLAH kita juga berjaya seperti mentor.

Teringat pantun masa kat sekolah...
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

C yang kedua ialah Compare
Jika kita sibuk nak banding-bandingkan apa yang kita dapat dengan orang lain...sudahnya kita tiada masa usaha untuk majukan diri sendiri. Sebab adakala kita lihat rumput rumah orang lebih hijau dari rumput rumah sendiri namun tanpa kita sedar rumput orang itu ialah rumput palsu.

Jika ada orang yang berjaya lebih cepat dari kita, jangan bandingkan dengan kita. Hakikatnya kehidupan dia dan kehidupan kita pasti berbeza. Paling penting ; ini yang selalu suami saya tekankan : Tidak penting dimana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir.

 Jadi kita kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi disamping terus usaha untuk menambah nilai dalam kehidupan kita. Jika rezeki yang kita perolehi semakin bertambah , cara untuk menambah nilai dalam kehidupan ialah beri mak ayah elaun setiap bulan lebih baik dari sebelumnya, buat sedekah pada kucing yang lalu lalang, beri hadiah pada sanak saudara dan rakan taulan dan banyak lagi amal makruf yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.

C yang ketiga ialah Compromise
Di sini bermaksud jangan benarkan alasan menghalang impian kita. Nak berjaya kena cari peluang bukan cari alasan. Jika ada kelas upline atau syarikat usahakan, pastikan cuba hadir. Ramai orang beri alasan sibuk atau tiada masa padahal semuanya boleh diatur. Bila mahu semua boleh jadi kenyataan. Jangan jadikan alasan ada anak kecil tak boleh berjaya kerana hakikatnya anak itu datangnya dengan rezeki dan tuah mereka tersendiri.

Saya lihat sendiri beberapa ibu yang mulanya bersemangat nak berjaya tapi bila mengandung beri alasan untuk tunggu selepas melahirkan. Selepas bayi lahir, si ibu nak tunggu anak besar dulu. Akhirnya anak dah besar 4-5 tahun...matlamat tadi terus hilang begitu sahaja.

Kalau usaha secara istiqamah insyaALLAH lambat laun ada hasilnya.

Pokok perlukan masa untuk berbuah, begitu juga bayi dalam kandungan perlukan masa untuk membesar....samalah dengan bisnes. Ia perlu masa. Paling utama usahakan secara berterusan dan istiqamah.

Jujurnya satu masa dulu , saya pernah teringin nak buka syarikat kapal terbang bila pakcik suami ada syarikat kapal terbangnya sendiri....namun nasihat beliau terpahat dalam kepala saya sehingga hari ini :

Bukan tak boleh nak buka bisnes lain jika ada modal namun sangat bagus jika mahirkan diri dalam bisnes yang kita ceburi sehingga menjadi seorang profesional. Pakcik suami berkata dia buka syarikat kapal terbang kerana beliau ialah seorang pilot maka beliau ada ilmu tentang bidang itu. Ya kerana itulah kami menjadikan Shaklee bisnes utama kami dan sehingga hari ini kami masih terus belajar kerana bisnes itu adalah suatu yang dinamik. Walau dah berada 17 tahun dalam dunia Shaklee namun setiap hari pasti ada ilmu baru yang kami belajar secara langsung memperbaiki kemahiran kami dalam bidang kesihatan.

So jika anda baru dalam dunia bisnes...perbanyakkan membaca dan pengalaman berikteraksi dan berkomunikasi dengan prospek sangat membantu kita matang dalam bidang yang diceburi. Jangan lupa dekati ALLAH kerana rezeki itu tetap datang dari ALLAH. Hakikatnya blog, fb, ig atau apa juga medium internet ia hanya menjadi medan penghubung sesama makhluk namun rezeki itu tetap datang dari ALLAH juga.

Selamat beramal, selamat berusaha semoga terus berjaya!

Ahad, 17 Mac 2019

Amanat Dari Master Zainul


Perkongsian testimoni dari Amazing (WAHM- Ireach)
-----------
baca amanat ni ~ dari master zainul~

Korang Semua pun kenal siapa Roger Barnett ni kan?

Buat2 tak kenal pulak. Siapa dah yg berebut2 nak ambek gambor dengan pakcik masa NC tahun lepas? Ha, buat2 tak ngaku pulak dah...

Anyway, Bagi yg belum kenal, dia ni lah CEO Shaklee. Sebab dia punya saham dalam Shaklee paling banyak, so technically speaking Shaklee ni dia punya.

Walaupun dia ni CEO Shaklee, dia pernah cakap ke SID lebih  kurang begini,

"...saya bekerja keras untuk SID seluruh dunia. Bangunkan produk, uruskan kos, jaga pemasaran dsb sampai tak cukup masa untuk anak/family. Pun begitu, gaji saya lagi sikit drpd sesetengah SID. Korg; Master Coordinator Shaklee, raih lebih banyak income drpd saya & staff2 lain walaupun kami di Shaklee berhempas pulas di tempat kerja..."

Haa, begitu lah.

Kami pun baru tau.

Hj Roslan baru cerita.
Walaupun korg nampak Master2 korg tu selebet, serabai & colour blocking, bonus2 diorg lagi kencang drpd President & CEO Shaklee Msia tau. Eh, maybe jugak lagi banyak drpd gaji Roger Barnett tu sendiri.

Bukan lah nak soh korg jadi selebet serabai macam Master2 korg tu. HuHu. Tapi, tolong jangan pandang biz Shaklee ni sebelah mata hanya sebab upline2 korg tak pakai blazer, kot or bawak MyVi je. Dan lebih penting, korg pun boleh kecapi sama. Dengan syarat, duplicate betul2 apa yg mak/nenek Shaklee korg buat sungguh2.

Jangan pikit2 lagi dah.
Jangan tangguh2 pun lagi.

Just Do It!

Khamis, 7 Februari 2019

Kisah Motivasi - Jualan Vivix


Perkongsian testimoni dari Amazing (WAHM- Ireach)
-----------
Setiap hari saya share pasal Vivix di Blog, Instagram dan FB..Ada juga ceritakan secara offline pada kawan kawan di office. Mereka memang sudah lama mencari suplemen yang makan sesudu je untuk total wellneaa and here we come.ada juga yang try vivix untuk pelbagai penyakit dan untuk kesuburan.

Saya juga ada bermain kutu Vivix dengan kawan kawan di office.Mereka sangat berminat dengan Vivix sebab macam miracle..ada yang badan cergas..kulit makin pinkish..ada yang dulu cepat sakit sekarang dah ok.sihat..

Macam baru je semalam saya dapat mesej dari customer yang bagi free vivix kat pak cik dia mengatakan pakcik dia dah ok..mata dah kembali normal ( sebelum ni dia rabun) sebab ada masalah retinopati..kesan dari penyakit diabetis..alhamdulillah..dah ok sekarang..dah nak repeat order lagi..syukran Ya Allah..Saya juga menggunakan medium FB..Kalau kat FB Ni ramai kawan2 sekolah dl..ada juga lah 2 3 orang yang bertanyakan khasiat vivix..memang best vivix ni..

Ada juga customer yang dapat no phone saya dari google..berkat kesabaran duk sharing setiap hari ada juga rezeki dari google. alhamdulillah..rezeki tak pernah salah alamat kan..saya kena gandakan lagi sharing di semua medium yang ada baru lah proses penjualan vivix makin kencang..nak jual banyak banyak banyak dan banyak lagi nak tolong semua yang sakit dan sihat dengan vivix..tapi semuanya dengan izin Allah Taala..

Tadi baru je jumpa customer..nak naikkan platlet sebab platlet rendah..tapi check kat doc..belum lagi naik..tapi ni..nak consistent amalkan vivix harap harap platlet customer saya cepat naik..VivIx insyaAllah dapat membantu kesemua masalah itu..

Memang best jual ViVix ni..majoroti yang ambil memang nak repeat order..sekarang dah agak ramai yg nak repeat..walaupun baru 6 orang..tapi agak ramai tu bagi saya yang baru belajar nak jual vivix ni..Macam minggu lepas saya memang bawak vivix saya ke office bagi kawan kawan rasa sedap ke tak sedap ke..kalau sedap diorang nak..apa lagi..dah memang sedap kan..so hasilnya terjual lah 2 botol vivix.. ok la tu..puas dah..kan..dapar twinpack vivix..bulan senang nak jual vivix ni..tapi kalau nak jual offline ni..kita memang kena well prepared. sebab customer akan tanya macam macam..apa dia rasveratrol..apa itu anggur muscadine..macam macam lah..so kena buat kelas sikit dan cerita kat kawan kawan..sebab sebenarnya diorang ni memang nak..just nak tunggu explanation dari kita je..kannn...kikiki..Selain dari tu..nak jual vivix kita kena lah makan vivix jugak.at least kalau orang tanya apa rasanya..apa kesan kat awak..apa iti apa ini..kita boleh lah men jawab dengan jujur based on our own experienced..tak gittu...kan...

di samping itu juga..vivix ni kita tak sesuai la nak jual macam kat pasar malam..sebab vivix ni kan exclusive..premium suplemen gitu..so yang menjual kena ada knowledge yang banyak..pergi ke kelas dapatkan ilmu ilmu dari pakar nutrisi sebab kita kan jual suplemen..so nanti customer akan tanya macam macam..so kita sendiri kena ada satu buku nita pasal suplemen yang kita jual..rujukan macam buku nutrisi, buku testimonial vivix dan lain lain lagi..pelbagai bahan bacaan kita boleh dapatkan.Justeru itu juga vivix ni kan dah memamg glamour..yang paling senang nak jual kalau diorang memang dah search lama tinggal nak beli ngn siapa je..yang tu lagi senang kita nak follow up..satu lagi pastikan ada group broadcast wasap untuk semua pengguna vivix..senang kita nak update pembelian vivix nanti..

Vivix Oh Vivix..Come to me..come to me..saya akan pastikan aaya berjaya lagi menjual vivix 14 botol atau kebih bulan ni walaupun bukan bulan promo vivix..nak share kebaikan..lagi lagi pada customer yang memang ada masalah kesihatan..saya suka sangat dapat membantu orang di luar sana..at least kita dapat lah pahala dari Allah Taala atas niat membantu orang lain..Aminn...

Credit: Nur Hidayah Ahmad (Gopeng, Perak)

Rabu, 2 Januari 2019

Penyakit Sembuh Asbab Bervivix

Perkongsian  dari Group  Amazing (WAHM- Ireach)

Pertama kali cuba vivix untuk bapak sendiri yang menghidap penyakit kulit yang tak dapat dikenal pasti apa punca nya. berkudis penuh di tangan dan kaki.

kongsi duit antara tiga beradik beli time promo twin pack. nak beli sendiri memang tak mampu sebab tak bekerja dan bonus vivix pun baru takat 2 angka. tu pun on and off.

alhamdulillah baru minum seminggu vivix tu gatal-gatal dah mula hilang. kudis pun dah mula reda. lepas tu mula berharap dengan asbab ambil vivix moga boleh lah dia berhenti merokok. tapi misi tu tak kesampaian lagi. huhu.

orang kedua yang mencuba vivix adalah ibu mertua. dia ada masalah sendi. lama jugak bersolat secara duduk atas kerusi. terapi boleh dikatakan setiap minggu sekurang-kurangnya tiga kali. setiap kali terapi charges dalam rm100++ sekali dengan ubat. ubat pun sekadar pain killer.

bila makan elok tapi dalam masa beberapa jam saja. suggest pada suami untuk try vivix pada mak. sebab tengok respond positif daripada bapa saya.

Alhamdulillah 13 beradik kongsi untuk beli vivix pada mak. diorang lagi senang kan kongsi tiga belas beradik. huhu.

Alhamdulillah memang keluar dari mulut mak sendiri yang dia berpuas hati degan vivix.

Mertua saya ni seorang yang sangat cerewet bila berkaitan dengan ubat. dia lebih suka kan ubat dalam bentuk jamu ataupun yang berkaitan makanan sunnah. paling tak dia akan suruh beli ubat dari farmasi. almaklumlah menantu ni sekadar surirumah yang hanya menjual supplement milik orang omputih. huhu.

Tapi sekarang dia laa yang paling lantang mempromote vivix asal ada kawan-kawan or anak-anak yang mengadu badan tak sihat. heheheh.

Sekarang ni bersolat pun dah tak perlukan kerusi. baru-baru ni pergi umrah siap orang yang lebih muda tegur "lajunya laa kak pah jalan". huhu.

Dan hotel yang diorang duduk masa kat mekah memang sangat jauh. dia cuma rasa lenguh biasa je. balik dari umrah pun dia takde batuk or demam.

Kalau tahun sebelumnya balik dari umrah mesti mak akan rasa letih. kadang siap asyik baring tidur je. tapi kali ni balik dari umrah selang dua hari boleh gi berjalan ke rumah sedara kat kuala lumpur. anak mana tak happy bila tengok mak camtu kan.

Saya sendiri baru tahun lepas cuba amik vivix time berpantang. mula tak berani ambil sebab diorang cakap ibu menyusu tak boleh ambil vivix. tapi heran sebab banyak je testimoni ibu berpantang dengan vivix. so nekad nak try.

Takkan nak bagi mak bapak je sihat. kita pun kena sihat sama ka. hehehe. memang terasa perbezaan nya. dah laa kali ni berpantang sendiri. bertungku hanya seminggu time berurut je. mana nak jaga askar-askar lain yang tengah dalam proses melasak.
Yang paling best sebab ada kawan mak yang datang melawat tegur "wani nampak sihat". mula saya tersentap jugak. sebab ingatkan sihat tu maksudnya gemuk. huhu.

Tapi lepas tu dia sambung "mestilah kena sihat sebab nak jaga anak-anak yang lain lagi". dan-dan laa tersenyum lebar je hari tu. heheheh

Bila dah cuba sendiri dan nampak kesannya pada diri sendiri dan orang-orang terdekat baru saya berani untuk menjual.

Dulu nak jual sebotol vivix pun rasa tak confident. bulan lepas memang saya ambil kesempatan cuba promote vivix bersungguh-sungguh. saya gunakan kebanyakan testimoni yang di share dalam group ireach dan dalam group whatsapp.

Alhamdulillah walaupun masih di takat permulaan dan tak jual berpuluh-puluh botol macam orang lain, sekurang-kurangnya saya berjaya memecahkan rekod diri sendiri.

Kalau dulu nak jual sebotol pun bercinta sebab takut orang tak mampu.

Tapi sekarang asal boleh je mesti saya akan suggest vivix mengikut pada masalah customer. saya berpegang pada kata-kata upline "anggap je yang semua customer kita ni banyak duit."

InsyaAllah saya berharap dapat meneruskan lagi momentum bulan lepas bagi bulan-bulan yang berikutnya.




Credit: Adeq Wanie (Taiping, Perak)

Ancaman Kepada Pencipta Dan Menyebar Fitnah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Perkongsian ilmu dari Takzirah Ringkas
.
Sabda Baginda SAW ketika menceritakan tentang Alam Barzakh (selepas kematian) yang bermaksud :
.
“Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.; “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” (Hadis Riwayat Bukhari: Bil. 7047 dari hadis Samurah bin Jundub R.A).
.
Jika kita fahami hadith ini, sebenarnya Nabi SAW telah lama memberi amaran dan mengingatkan kita tentang bahaya fenomena penyebaran pembohongan (fitnah) yang cukup membimbangkan yang berleluasa berlaku pada hari ini.
.
Setiap berita mahupun cerita yang kita perolehi wajib kita cermati agar kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang disebut oleh Nabi SAW sebagai "kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia".
.
Manusia di zaman edan ini sanggup meninggalkan kehidupan beragama dan hidup tidak bermoral demi untuk meraih kenikmatan dunia yang sedikit. Umpamanya mereka ini punya pancaindera tetapi telah tertutup daripada melihat dosa kemungkaran, kesan buruk dan kebinasaan yang bakal berlaku apabila tersebarnya pembohongan (fitnah) yang mereka lakukan.
.
Dalam satu rakaman yang ditularkan di media sosial tentang seorang lelaki yang bernama Mirko Ceselkoski (The Man Who Helped Donald Trump Win US Election) mengakui bahawa dia dan pelajar pelajarnya telah memanipulasi maklumat atau membuat ''fake news'' lalu menyebarkannya ke seluruh penjuru dunia sehingga menyebabkan Donald Trump memenangi pilihan raya di Amerika Syarikat.
.
Pelbagai isu telah dimanipulasi dan berita palsu dicipta untuk diperdendangkan kepada rakyat Amerika Syarikat agar mereka cenderung memilih Donald Trump sebagai President negara Uncle Sam itu. Ini telah membuktikan bahawa moral telah mati dikalangan pengamal "fake news" ini sehingga memangsakan mereka yang bermudah mudah percaya kepada sesuatu isu atau berita.
.
Yang lebih membimbangkan lagi adalah apabila ''fake news'' (berita palsu) dijadikan satu industri (perniagaan) yang mana pakar pakar pembuat ''fake news'' ini dibayar untuk mencipta satu satu isu atau pembohongan untuk disebar luaskan dengan tujuan untuk memenangkan pihak yang membayar mereka.
.
Justeru, melalui kehidupan yang tidak bermoral ini jugalah telah timbul pula satu "sihir baru" yang menakutkan kita pada hari ini iaitu , "Post Truth" yang membawa maksud kebenaran hanya dirungkai atau diketahui selepas terjadinya satu satu pembohongan yang telah direka untuk membohongi individu atau masyarakat. Ini cukup bahaya! lebih lebih lagi melibatkan suatu kuasa pemerintahan yang bermotif jahat yang jelas tidak bermoral lagi jauh daripada landasan agama.
.
Allah SWT telah mengingatkan kita di dalam Al Quran agar kita berhati hati dan membuat semakan atau mencermati satu satu berita yang kita terima. Ini kerana, dengan berbuat demikian kita boleh terselamat daripada terjerumus ke lembah kebejatan umat manusia yang hidup dengan pembohongan yang tidak berkesudahan ini.
.
Kita berhati hatilah!. Tidak seharusnya kita orang orang yang beriman, mudah mudah untuk dibohongi oleh musuh. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
20 Disember 2018

#takzirahringkas
#selfreminder

Selasa, 6 November 2018

Testimoni Berjaya Hamil - GLA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Alhamdullilah bertemu lagi kita diruangan ini.
 Untuk mengisi ruangan kali ini. ummi akan kongsi testimoni mereka yang telah berjaya hamil asbab mengamalkan GLA shaklee sebagai supplement

. Diruangan terdahulu, Ummi pernah kongsikan fungsi GLA Shaklee dan kebaikannya terhadap wanita.

Hidup berkeluarga seringkali dirasakan tidak lengkap tanpa adanya kehadiran seorang zuriat. Kehadirannya sering dinanti, menambah kebahagiaan hidup berkeluarga. Ianya juga sebagai penyambung legasi keluarga.Namun tidak semua insan memilikinya. Namun usah berputus asa, berdoa dan mohonlah kepadaNYA.

Doa Nabi Ibrahim a.s. ketika belum punya anak dan meminta keturunan:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Rabbi hablii min ash-shalihiin.

Artinya: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. (As-Shaffat: 100)




Dan ingatlah rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Anak adalah rezeki dariNYA. Cepat atau lambat telah tersurat dan kita sebagai insan berusaha dan bertawakal agar diberi kesempatan menikmati rezeki terindah dariNYA.


Kami pengedar Shaklee pilihan utama anda boleh dihubungi melalui:-
ü  SMS/W'app/ Telegram :  ☎ 011-3236 0179 (AnnaZalya)

Ingin mendapatkan GLA Shaklee dengan harga istimewa  :-  
           Wasap.my/601132360179/GLA Shaklee

Ataupun ingin dapatkannya secara terus daripada Shaklee Malaysia hanya klik gambar dibawah.


Pilihan Bacaan Lainnya :-

Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT (dalam pemantauan doctor) , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan
p/s: Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.
** Produk ini tdak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Isnin, 10 September 2018

Berbaloi-baloi Hasilnya


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdullilah,
Inilah hasil  tuaian pertama cendawan tiram. Terasa amat seronok bila mengutip hasilnya. Yang lebih seronoknya ianya boleh dituai setiap minggu.. Amatlah berbaloi-baloi..
Hanya bermodalkan rm4.50 untuk satu bag cendawan… bila keluarga besar, saatu mana cukup.. kita beli 20bag. Boleh bertahan hingga 3-4 bulan bergantung pada cara penjagaan. Tak jaga macammana nak dapat hasilnya dan bertahan lama. Betul tak???
Apa yang pasti, ianya amat berbaloi-baloi. Tak percaya boleh cuba sendiri..





Sebelum dituai

hasil tuaian

Hampir 700g untuk tuaian yang pertama.






Jumaat, 7 September 2018

Kenali Set Resdung Shaklee


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hmm….. hari nie jom kita berkenalan Set Resdung  dari Shaklee. 

Set Resdung  terdiri  dari  Alfafa Complex , VitaC & BComplex. Kalau nak tau, Set Resdung ini berfungsi untuk memperbaiki kecantikan  dari dalam… 

Haa….. dari  dalam tau.. bila  dalaman dah  cantik ..terpancarlah  kecantikan tu dengan sendirinya… tapi hati pun mau baik jugak..hehehe. Klau  tak sia-sia  je la cantiknya…. Kalau  hati pun tak begitu  cantik.. ye idok…??

Jom  kita kenali Set  Resdung & kelebihannya.

     VitaC (Sustained Release Vita-C Plus) 
Ø  Ianya bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin,
Ø  Membantu  menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh,
Ø   membantu mencegah penyempitan tiub brokiol,
Ø  Membantu  meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahanan badan, sel darh putih.
Ø  Ianya juga membantu meningkatkan pertumbuhan tisu






  Alfafa Complex
Ø  Mepunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
Ø  Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari eksema, resdung,alergik dan gegata
Ø  Pesakit SLE tidak digalakkan mengambil  Alfafa






    Vitamin B ( BComplex)
Ø  B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
Ø   Membantu tubuh dalam pembinaan protien dalam tubuh.
Ø  Membantu menghasilakan kolegen yang diperlukan oleh kulit untuk menyikirkan sel-sel mati.
Ø  Serta membantu memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti stress



Apabila kesihatan  dalaman kita elok dan sistem imun berfungsi dengan baik  secara tidak langsung ianya akan kelihatan dari luar dengan kulit yang semakin sihat dan cantik. Tentu seronokkan bila mempunyai tubuh yang sihat serta kulit yang cantik. Btul x???

Jom order sekarang  Set Resdung Shaklee hari ini agar tubuh sihat dan yang paling best…. Kulit semakin cantik…

Kami pengedar Shaklee pilihan utama anda boleh dihubungi melalui:-

                  SMS/W'app/ Telegram :  ☎ 011-3236 0179 (AnnaZalya)

Ingin mendapatkan SET RESDUNG SHAKLEE dengan harga istimewa  :- 
         
Wasap.my/601132360179/SETRESDUNGSHAKLEE

Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT (dalam pemantauan doctor) , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan

p/s: Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.

** Produk ini tdak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Selasa, 4 September 2018

BAPA MERTUA DAH TAK PERLU INSULIN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perkongsian dari Group WAHMillionare-Ireach

TESTIMONI VIVIX -BAPA MERTUA DAH TAK PERLU INSULIN
===================
Kisahnya,bapa mertua ni ada penyakit kencing manis. Tahap gula yg tinggi. Tapi tak pernah nak berpantang makan dan.sebagainya.

Nak dijadikan cerita,satu haritu dia buat kerja2 dekat luar rumah. Kaki terpijak paku berkarat. Kaki jadi luka dan tak baik2. Bernanah dan berdarah berterusan keluar. Jadi nak solat pun susah.

Kesian dgn.keadaan kaki dia yg tak baik2 tu...dan takut kena potong. Akhirnya akak perkenalkan vivix pada abah.mula2 memang susah nak ambik. Rasa macam tak percaya. Semasa ada promo vivix,dia beli dan join member.

Bila 1-2 botol minum,dia rasa badan ada panas2 dan gatal2 tapi tetap teruskan. Bila dah ambik sehingga 5botol..doktor sahkan abah dah tak perlu insulin. Kaki pun bertambah baik dan luka semakin kering dan tak bernanah lg. Bila abah teruskan pengambilan vivix yg ke 6 botol,keadaan dia semakin baik dan dah boleh solat dan berjalan.seperti.sediakala.

Dengan pengambilan 2 kali.sehari abah dah boleh berjalan dengan baik.

************ 

Alhamdullilah, apabila ibu atau ayah kembali sihat , hati anak pastinya berlagu riang, tersenyum gembira tanda kelegaan. Betul tak???

Haa….. apa tunggu lagi.. Jom dapatkan Vivix hari ini untuk insan kesayangan anda.

Kami pengedar Shaklee pilihan utama anda boleh dihubungi melalui:-
SMS/W'app/ Telegram :  ☎ 011-3236 0179 (AnnaZalya)

Ingin mendapatkan Vivix Shaklee dengan harga istimewa  :-
 Wasap.my/601132360179/VIVIX



p/s: Shaklee adalah supplement dan bukannya ubat. Segala kesembuhan adalah dengan keizinan dariNYA. Kita berusaha untuk yang terbaik namun ketentuan adalah dariNYA.

 ** Produk ini tdak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Sekiranya anda mempunyai ALAHAN, PENYAKIT (dalam pemantauan doctor) , HAMIL atau MENYUSUKAN BAYI sila dapatkan pandangan atau khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum pengambilan


Ahad, 2 September 2018

Sepandai-pandai Tupai....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kata orang dulu-dulu sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.


Anak tupai yang tersangkut pada pagar rumah
Begitu jugalah nasib sianak tupai ini, yang akhirnya jatuh ketanah.
Berjaya diselamatkan dari jadi korban  dan akhirnya dikembalikan ke habitat asalnya.
Tak jauh pun…. Tepi rumah je.. dan tak pernah muncul lagi…


Berjaya diselamatkan

Saat dilepaskan kembali

Berfikir sejenak sebelum menghilang.