Nuffnang Ads

Jumaat, 2 Mac 2018

Sepetang di Pantai Mak Nik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hanya untuk menghabiskan ruangan waktu ketika berada di Kemaman, Terengganu sambil melayan kerenah anak-anak, Pantai Mak Nik menjadi destinasi pilihan.

Ini kunjungan yang pertama ke Pantai Mak Nik, Kemaman. Ternyata tidak mengecewakan. Pantainya yang bersih dan yang paling disukai adalah aneka pilihan gerai makan untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Seperti biasa bila berjalan dengan anak-anak, kebiasaannya taman permainan akan menjadi salah satu pilihan. Sambil santai-santai layan anak-anak bermain ditaman permainan dengan meniup buih sabun, secara tak langsung ianya menghilangkan tekanan seharian. Hati lebih tenang apabila dapat menikmati keindahan Allah.

Tak sangka Pantai Mak Nik ada disediakan aktiviti berkuda. Hmm… Hero kecil memang suka. Berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Bukan kuda pusing dalam kandang tau. Seronok dia dapat  tunggang kuda dipersisiran pantai..

Selesai aktiviti berkuda, kita naik kereta kuda untuk aktiviti sekeluarga. Pusing-pusing pantai Mak Nik..

Dalam masa yang sama hati agak terkilan kerana tidak dapat melakukan aktiviti air yang boleh dilakukan diPantai Mak Nik berikutan faktor ombak yang agak “ganas” pada waktu tersebut.

InsyaAllah, kiranya masih berpeluang kesana disuatu masa, aktiviti air pasti akan dicuba..

Seronok dapat tunggang kuda... sampai tak nak turun.

ingatkan takut..rupanya berani.. seronok dia.

jom naik kereta kuda..
kita tiup belon...

sebelum balik kita main dulu..

0 comments: