Nuffnang Ads

Ahad, 7 September 2014

Ikut Resmi Padi?????.

Assalammualaikum…. 

          Hari nie hati rasa tak begitu tenang, tanpa mengetahui  ape sebabnya. Duduk mengadap computer tanpa ade ape-ape perasaan…Tetiba jer teringat pepatah lama…  ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Kenapa nk ikut resmi padi???? X faham  la….
Mengapa seringkali kita dipesan agar mengikut resmi padi… jom kita intai  maksud tersurat disebaliknya….
          Cuba lihat padi.. keindahannya sawahnya seluas mata memandang. Bila masa padi masak,warnanya kuning keemasan yang mengasyikkan. Bila padi mulai berbuah atau berisi… semakin lama ia membesar,semakin menunduk padi.. Padi bila masa dituai, diambil isinya menjadi beras, jeraminya dijadikan baja dan dedak padi dijadikan makanan ayam.

          Begitu banyak kelebihan padi namun ianya tetap menunduk.. begitu jugalah kita sebagai manusia..Semakin kita berjaya hendaklah semakin  kita merendah diri. Hidup bermasyarakat, membantu dengan kudrat yang ada. Bukannya apabila kita semakin kaya, kita semakin lupa diri dan sombong dengan mereka yang berada disekeliling. Kehidupan insan lain ditindas semata-mata ingin mencapai apa yang dicita-cita kan.   

            Oleh sebab itulah .kita sering dinasihatkan . . agar mengikut resmi padi.. yang secara tersiratnya bemaksud sekiranya kita telah berjaya dalam hidup, memiliki segala yang kita angankan usahlah kita membangga diri dengan apa yang kita miliki.  Bersikaplah merendah diri dan menjauhi sikap sombong yang akan membuatkan orang lain merasa kecil hati. Walau sekaya masa seseorang itu, sekiranya dia sombong dan berbangga diri ,ianya akan dibenci dan dijauhi oleh orang sekelilingnya dan hidupnya tidak akan bererti.

         
Jadilah seperti padi, memberi kebaikan kepada semua yang ada disekelilingnya, agar hidup  kta lebih bererti…. Jom… berubah  kearah hidup yang lebih baik dan diredhoi Allah.

0 comments: