Nuffnang Ads

Khamis, 4 September 2014

Ubi Kayu???? Ade Aku Kisah???

Assalammualaikum……

       
       Baru-baru nie akak gi jalan-jalan rumah kawan tempat kerja, tujuannya nak ambil buah rambutan. Tapi sayangnya hajat tak kesampaian sebabnya pokok rambutan tu tinggi amat .. dan yang menariknya tak ada dahan kecuali dibahagian atas.

         Tapi yang lebih  menarik perhatian akak … pokok ubi kayu yang ditanam dibelakang rumah.

Ala….  Ubi kayu jer…apa yang hendak dihairankan..Betul tak???? 

       Sebenarnya ..akak tertarik dengan daunnya yang berbentuk bunga...  dan kecil comel tidak seperti daun ubi kayu yang kita biasa ditanam atau ubi kayu gajah yang sering terdapat ditepi jalan dikampung-kampung…  kat bandar susah nak jumpa… yer kn…

Alahai .. ubi kayu pun nak kecoh  ker???? 



Jangan fikir ubi kayu tak bernilai.. tak ada jasanya... Cuba tanya datuk nenek yang masih ada.. betapa ubi kayu menjadi santapan harian waktu  dulu-dulu.. 

Betapa susahnya.. kehidupan generasi dulu, ubi kayu jadi santapan.. buat  bekal anak, buat bekal  suami yang bekerja dibendang membanting tulang untuk mencari rezeki keluarga... Dan betapa senangnya, kehidupan generasi sekarang dengan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu. 

      Bersyukurlah... kita hidup dizaman yang penuh kemewahan, dimanjai dan hampir semuanya mudah untuk diperolehi. Usah sia-siakan pengorbanan mereka...


Jadilah  seperti ubi kayu...diam-diam berisi... dan kemana pergi tahu membawa diri.... Nak tau sebab ape??? Dulu-dulu.. campak jer batang ubi  kayu..InsyaAllah ..ianya akan hidup dan ada hasilnya.

Jadi dalam hidup ini .. pandai-pandailah membawa diri , jangan mudah merasa bongkak hanya kerana kita berkemampuan.Usah  membangga diri hanya dengan kelebihan yang kita miliki.... Setiap yang kita miliki ada pemilikNya yang sebenar... Beringatlah..dan salinglah memperingati diantara kita...


Antara juadah yang terhasil dari ubi kayu....... yummy..yummy..sedapnya...


 


 





 *** gambar ihsan Mr.Google


0 comments: